Terma dan syarat mudah dibaca
Terbuka pula kepada sesiapa
Encek Mohamadazhan penganjur acara
TITISAN NURANI pula yang menjemput saya
Terima kasih kepada keduanya
Rasa tak terhingga terharu tak terkata
Diminta pula tag 3 lagi peserta
Diharap kesudian kalian memeriahkan lagi acara
(~Miss Nobody ~ Encek Wan ~ Miss Gee's~)
*niat hati ingin tag semua. sebab aku tahu kalian sama hebat dalam berkata-kata. :)
Pengubat Resah
Sepi terasa menghuni ruang
kekosongan jiwa kian menggigit dalam
kuat menghentam si rapuh hati
kegelisahan sedia datang bertandang
semakin asyik hingga terleka
mengemudi akal menyusuri nikmat alpa
Astaghfirullahal'azim
Astaghfirullahal'azim
Astaghfirullahal'azim
Detik waktu deras berlalu
sama menghimpit keresahan di hati
persoalan dibenak tetap tidak berjawapan
kian berselirat bersimpul kejap
makin mengasak mendesak simpulan terlerai
penyumbang resah gelisah tidak ketepian
Sedia mengecam punca keresahan
niat diperbetul hala tuju kemahuan
redha maksimum hati memerlukan
puncak kesabaran wajib dalam tawanan
hajat diamal mohon ketetapan iman
taubat dilaksana jadi nadi penguat
dilupa jangan lima panggilan
Maha Perkasa sedia memerhati
memberi ruang tetap terus mencari
secebis kasihan jadi panduan penunjuk jalan
sekelumit harapan melonjak gejolak hati
tidak menanti walaupun sedetik
ke garisan penamat pengubat resah harus dicari
Andai berjaya seperti yang diazam
pohon dikekal, u'jub di hati jangan
keresahan diminta terus tinggal dibelakang
terus berlari menggapai darjat ketinggian iman
tersadung tersungkur cepatlah bingkas
tidak mahu keresahan kembali di hahapan.
~by s a r what
"Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci), kembalilah kamu kepada tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Allah). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hambaKu yang berbahagia dan masuklah kamu ke dalam SyurgaKu."
(al-fajr:27-30)
*thanks pada 'sahabat' dan sahabat-sahabat yang banyak menyumbang pesanan buat diri ini yang kian tersungkur dan tersadung di perjalanan.
thanks a lot beb! ^^, really appreciate it!
25 comments:
tak reti nak berpuisi ni.. huhu
~ahah.
boleh je. agak2 jari jemari tu nak menari, ikutkan saja rentak hati. :)
mmg mantaplah.. gud luck s a r (masih tertanya2 apakah itu s a r??) (",)..
p/s:sy juga ada di tag oleh seseorang utk contest ni.. tak tau lagi ntah ada kesempatan atau tak untuk mengarang.. (",)
~eheh. encek fuad pun hebat dalam berkata-kata. saja joint. tak pernah2 pun joint mana2 contest b4 ni, hee. thanks.
s a r? - stand for my full name encek. :)
p/s- saya ada nama nama encek fuad ada di tag. ~eheh. take your time encek. i know u can do it better ;D
gdu luck untuk kamu juga :)
Ha.... cantik, indah dan suka. Ya, kakak suka sar dah buat. Seronok sessama teman blogger yg penting kan sar.
Moga kita dijadikan sebagai hamba yg sentiasa sedar dimana kita tidak punya kuasa selain atas redha dan kehendakNya jua...:)
~ahah. malu saya.. ~_~"
demi akak ku turutkan jua. :D
yup kak. :)
inshaAllah kak. semoga kita sentiasa tak lupa. sentiasa juga beringat. inshaAllah. :)
p/s-ingatkan saya jika terlupa kak :)
huhu...aku xpandailah puisi2 ni..kalo aku tulis,xdenye puisi yang tersirat..semua tersurat,jelas..he2
~ahah.
demi sahabat, ku turutkan jua. but, apa yang tertulis just based on my feeling right now. uhuu. kaw tau kan. :P
takpa la beb. tak perlu nak tersirat kot. agak2 sedap nak baca, dah baik la tu.
p/s- kaw sikit lagi jadi calon utama aku tau. uhuu
salam ziarah dari saya. puisi yang indah, jelas tak berkabur. semoga berjaya!
:)
thanks a lot sudi ke mari :)
thanks :)
again, thanks to be one of my followers :D
gud luck!
visit here frm Egypt~
http://coretanfadlisabri.blogspot.com/2011/07/wanita-kental-peluru-pun-tak-tembus.html
thanks yep :)
Ada jgk contest puisi ye. tak reti plak nak buat puisi...
puisi nie dh boleh jadi lirik nasyid nie... :D
~ahah. tak pernah2 joint contest. ada someone jemput, layan je. :D
nasyid? ~eheh. macam tak layak je kot. uhu
salam ziarah sahabat, terima kasih sudi sertai contest aku berpuisi =)
Puisi yang indah sarat dengan mesej serta nasihat kepada umat, sangat menarik untuk dihayati supaya hari2 mendatang kian lebih cerah dan gemilang =)
most welcome :)
terima kasih juga sudi ke mari.
inshaAllah. :)
salam s a r.. waduuuhhh, gee baru bukak belog s a r ari nie.. huhuhu.. x perasan kena tag.. hehe.. ^^ masyeh tag gee tapi utk berpuisi, gee dah lame pencen... haha.. (padahal memang x reti pon).. pe pon, gee memang suke puisi s a r d atas.. WOW!!
waalaikumussalam miss gee's :)
~eheh. tu la tu. dah lama kot gee tak pos apa2 kan. just suka2 je gee. try la bcoz i know u can do better. busy eh sekarang?
ada one of your entry tu pun naik kerut dahi nak faham. maka, memang tak salah oranglah saya tag kan. :D
take your time gee. :) anyway, thanks. sudi juga ke mari. :)
sar,shoutout box xde dahke??lagu kt blog ko best2la..aku suke dengar lagu2 nasyid kalo masuk blog..nape ramai orang xsuke nak masuk blog yng ad lagu ye..dl ak ad lagu..aku dah delete..hu2 -)
~ahah. dah buang. ubah angin, :D
thanks beb,.
hm, entahlah. aku okey je. cuma kalau lagu tak sedap nak dengar, aku mute je la. tapi blog tu aku still je boleh baca. mengganggu agaknya. tapi aku okey je. :)
thanks beb eh. nanti aku tukar2 la lagu pulak. ~eheh. takpun playlist sebelum ni aku letak balik. cuma lagu2 kat situ dah banyak tukar. tak macam b4 ni. :D
sukenyeeee
aduhai..
mampu luluh jiwa ni..
heee..
gud luck yep2!
saya join juge
>___<
Indahnya sajak ni... sangat bermanfaat dan jelas.. akan ku susun pertaubatan dengan mengingat rangkap-rangkap sajakmu ^^
thanks a lot.
nothing special. but just from the feeling on that moment. :)
thanks again :)
best!.. gud luck.. :)
thanks a lot.
u too :)
Post a Comment