Wednesday, June 29, 2011

seSABAR Seth Tan?

Assalamualaikum kepada yang sudi menjeling-jeling ke blog ni :)

~ahah. tajuk aku memang sengaja walaupun fenomena NoraElena telah berlalu. Banyak blog yang punya syok post pasal NoraElena tu. Tidak kurang juga yang meluah perasaan kerana tayangan drama tersebut telah memberi impak kepada segelintir anak cucu Adam yang menontonnya penuh perasaan. Pastinya yang terlebih emosi adalah kaum Hawa, tidak kira yang masih single mahupun tak single. Pendapat masing2 kan. Dah nama pun adaptasi novel, memang jalan cerita pun melayang-layangkan jiwa la jugak kan. ~ahaha. sila jangan tiru aksi melayang2 ni. :P

Sabar ke dia? Tak cukup kot. Ok. Memang aku tengok. Tapi, bukan dengan emo terlebih sampai berangan nak calon imam di hati persis watak Seth Tan tu. Part perangai baik dia, bolehlah. Part lain? Nono no! Nak cari calon, cari kat dalam program Imam Muda tu haa. jumaat ni dah final dah..~ahah. tu pun ada dah kena cop kot. ~eheh. jangan nak berangan s a r. forget it! betulkan mana yang tak betul lagi tu :p. 

Jangan kata bab seSabar Seth tu, part2 romantik dalam drama tu pun jadi isu. Bak pendapat seorang rakan ku "istilah romantik mesti berlainan pada setiap individu, setiap orang mesti ada pandangan masing2 macam mana boleh menganggap sesuatu perkara itu sebagai romantik" Persepsi aku juga mungkin lain.



Bila fikir balik, ada ke semua part2 dalam drama tu sekarang ni? ~ahah. aku tak tau. Tapi dalam menjaga keharmonian rumahtangga, pokok pangkalnya, tetap agama. Islam sendiri ada menggariskan panduan dalam menjaga keharmonian rumahtangga. Just follow the step bak kata seorang rakan :). Seorang rakan ku tadi, menambah pula tentang tanggungjawab antara keduanya. Sedar akan tanggungjawab yang sewajarnya dijalankan as husband and wife.

Kita kan ada Rasulullah saw yang maksum. Baginda contoh terbaik apa... Macam-macam dia ajarkan untuk mengekalkan keharmonian dalam perhubungan. Cuma bab yang boleh kahwin 4 tu ramai yang dah salah guna. Bab sunnah tu bukan main lagi nak ikut ye. Sunnah lain takmo pulak ikut.

Berbalik kepada pegangan agama jugalah akhirnya kan. Maka, andai berlaku kepincangan dalam perhubungan anda, kembali semula tanya hati sendiri. Tapi, mesti nanti ada yang mempersoal "macam mana pulak kalau wife dah baik sangat, tapi encek husband dok ada gurl lain?" Hmm.. Kembali semula kepada tanggungjawab masing2lah. Pasti ada yang tidak kena disebabkan ianya berlaku kan. If keduanya sedar akan tanggungjawab dan ilmu yang cukup mengenai perhubungan, masalah payah timbul dan kalau ada pun, dari pihak lain yang sengaja meruntuhkan masjid tersebut. Astaghfirullah....

Kembali kepada H A T I. Hanya Dia yang tahu apa sebenarnya yang tersurat dan tersirat dalam hati kita. Hmm...

~oh maaf. terEmo sikit. Ketiadaan hati melampau sekarang ni. Diri ini memang tak arif dan tak layak langsung bercerita bab nikah kahwin. Just basic ilmu dan fakta dari pengajian lalu serta pemerhatian sekeliling. Maaf sekali lagi. :)


Sekian...



"Dalam kehidupan kita, Allah SWT memberi kita untuk berjumpa dengan orang yang betul-betul menyayangi diri kita. Sekiranya leka, kita akan kehilangan buat selama-lamanya. Tapi kita tidak pernah tahu siapa orangnya, jika kita sendiri tak pernah sedar dan tidak pernah mencuba untuk menilai kehadirannya. Mungkin setelah segalanya berlaku dan kita kehilangannya barulah kita mula sedar kehadirannya cukup bermakna. Mungkin kita tak berpeluang untuk memiliki dirinya pada saat itu. Jadi, fahamilah hati seseorang itu sedalamnya dan curahkanlah rasa kasih sayang padanya dengan seikhlas hatimu" ~quote ni lupa sudaa dari sape. :D



16 comments:

Mohd Yusuf said...

tak pnh tgk lagi citer nora tu. ha3...mcm tak best je citer tu...

Kita akan jumpa dgn org yg betul2 cinta diri kita tapi bila kita rasakan orang tu adalah orang yg betl2 mencintai diri kita tapi rupa2nya orang tu bukanlah org yg betul2 mencintai diri kita. Sbb tu cinta je putus, cinta je putus...ha3

s a r said...

~eheh

tulah gunanya solat istikharah kan encek yusuf. If Dia dah beri petunjuk dengan keyakinan hati yang kuat, insyaAllah, yang kita jumpa tu, itulah untuk kita.

if kita jumpa dan bercinta, even pada mulanya cukup serasi dan kita confident dialah yang sebenarnya, tapi akhirnya terkandas juga, Allah tu sengaja ingin menguji kan.

betulkan if saya salah encek :)

thanks for comment. :)

nobody said...

adik manis :)

^^
comel lah kamu ni
terhibur saye bace psot kamu petang2 ni
lelah rase menghadap buku dari tadi
lagu pun best2

owh alhamdulillah ^^

sayang kamu fillah :)


*tanda2 bengong macam nak datang,aduh sayang tumun saye :(

ehehe... ayuh bangkit !*

dreamygirl said...

salam.betul tu sar:-)

Mohd Yusuf said...

tak tahu la betul atau tidak...lebih baik tak pyh bercinta lagi...ha3

naz said...

nak jumpa pasangan yang di takdirkan bukan mudah :)

s a r said...

*cek nobody>

assalamualaikum kaklong :D

hee, busy sangat kamu ya.
alhamdulillah. maaflah, ayat memang sedikit kekacauan. ~eheh.

sayang kamu kembali keranaNya. :)

p/s-jangan nak layan bengong yang bakal melayang-layangkan perasaan anda. ~eheh. all the best dear! ganbatte!

s a r said...

*cek dreamygirl>

waalaikumussalam beb. :)
hee..


*mohd yusuf>

~ahaha. tu bunyi orang give up and orang dah serik tu. ahah ;)


*encek naz>

yup. betullah tu. bukan senang nak cari yang terbaik dari yang terbaik kan. mohon petunjuk tu pentingkan. :)

thanks sebab sudi ke mari :)

Wan said...

hi cik sar :)

saya suke ngan nora elina tu..cantik..hihi

yup betul..Rasulullah contoh suami yg terbaik..contoh suami yg romantik kn..

tanya sama hati apa asal sayang..adakah tandanya nampak dipandang..lalalalala..

s a r said...

hi encek wan :)

~eheh. cukup2lah dengan cek bunga sorang. ahaha

yup. Dia terbaik dan telah diajarkan semuanya kepada kita. cuma terpulang kat kita je nak ikut ke tak nak :)

amboi amboi amboi. nyanyi sakan nampak. taulah nak pergi jumpa ibubapa mertuamu. ~ahah.

gudluck kamu ya :D

Lyana said...

salam.

nobody's perfect, rite ? in marriage, kelebihan pasangan seharusnya sesuatu yang patut disyukuri dan kekurangannya adalah untuk diredhai dan menjadi peluang untuk masing2 ambil posisi melengkapkan each other :)

Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud :

"Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang terbaik di antara kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya"

wallahua'lam.

Jazakillah, kak sar :)

s a r said...

waalaikumussalam :)

~terharu cek lyana ke mari. terima kasih. :)

iya. setuju dengan cek lyana. sentiasa bersyukur dan redha atas kurniaanNya. saling lengkap melengkapi untuk kebahagiaan bersama.

alhamdulillah.
terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna. :)

liyana said...

hmm..
xpernh knal seth tan tu yg mne..hehe
hmm..Asalkan kita x terlepas dr mntak segala ptnjuk dlm sgala hal kpd Allah..insyaALLAH Allah sentiasa ngn kitakn..
saling melengkapi tupntg

s a r said...

~eheh.

baguslah tak kenal liyana. tu one of watak dalam drama adaptasi novel. melayang2kan emosi orang yang tengok dengan penuh perasaan. :D

yup betul tu. lengkap melengkapi. bersyukur dan redha atas apa kurniaan Dia pada kita. :)

She's Gee said...

gee tak penah layan citer tu.. hehe.. ^^

s a r said...

~eheh. tak rugi pun kalau tak layan. Gee. :)