Friday, July 22, 2011

HebatNya dia uniknya kita

Assalamualaikum :)

Terbaca entry seorang rakan mengenai "beruntungnya kita kerana nikmat Allah", teringat dulu zaman study di mana aku dan rakan lain diberi peluang untuk melihat the real mayat dan segala struktur badan manusia. Dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki. Menarik sangat dan buat aku terlebih kagum dengan ciptaan Allah. Sebaik-baik manusia dijadikan kita ni. SubhanaAllah.

Semua mengenai struktur badan manusia menarik dan terlebih menarik. Lagi menarik bila diberi kesempatan untuk menyentuh sebab kita tak mungkin dapat sentuh kita punya sendiri. Terutamanya organ dalaman kita.  ~doktor pun sentuh orang lain punya kan. :D. Itulah istimewanya mereka yang bergelar doktor kan.

Selain otak, organ produksi yang menarik. Aku paling tertarik dengan struktur perut kita. ~cek doc sekalian, betulkan jika aku salah sebab aku bukan doktor :D. Perut kita takkan koyak kalau ditumbuk berkali-kali pun (kaw guna pisau, memanglah koyak :P). Jom tengok perut masing2. :D. Ada otot bukan? Cuba tarik. Rasa tebal ke nipis kat situ. Allah jadikan kita dengan 4 lapisan semuanya di situ. Di situlah juga struktur yang paling tebal Allah jadikan untuk melindungi organ dalaman kita. Kalangan mereka yang belajar perubatan mesti tahu benda ni kan. Just nak share sikit pengalaman lalu.

Yang membuatkan aku kagum adalah susunan setiap lapisan tu. Dia tidak meletakkan keempat2 lapisan tu, macam tu je. Ada susunannya.

maaf andai salah susunan ku ini. ~ cek doc betulkan if salah ok! 
*susunan 1 - 4 dari bahagian dalam perut, ke bahagian paling luar.

Hebatnya Dia mencipta kan... Betapa kompleks dan completenya kita dijadikan. Syukur Alhamdulillah. Setiap kelebihan kita wajib syukuri dan kekurangan kita wajib redhai kan. Maka, sentiasalah bersyukur dengan nikmat apa yang dikurniakan.

Antara lain yang menarik perhatian. Kaum wanita punya sistem peranakan di mana tempatnya keturunan dibesarkan. First time dan kali terakhir juga aku tengok. Tempat bayi yang dikandung. Alahai... tengok dengan mata kasar, tak muat kot untuk baby 9 bulan duduk dalam tu. Tapi, itulah kuasa Dia yang Maha Menjadikan makhluknya. Tiub fillopio di mana tempat sperm bergerak, alahai... besar straw kot. Kecik lagi dari tu rasanya. Macam kata doc aku tu, macam wayar charger telefon tu. :D.

Struktur tulang pun begitu juga. Perempuan dijadikan dari rusuk kiri seorang lelaki kan. Tulang yang paling bawah sekali. Yang bengkok nak diluruskan. itu yang payah ye tak? macam tu jugaklah tanggungjawab yang harus dipikul oleh kaum Adam untuk melindungi dan membimbing kaum hawa ni. :)

Dengan erti kata lain, memang semuanya menariklah. Tersangat-sangat menarik. Dan paling aku kesian bila tengok mayat2 yang dijadikan bahan pembelajaran tu. Nauzubillah... Dicerai-beraikan. Hampir terlupa, ada juga janin2 yang tidak cukup bulan diawet. Siapakan identiti mereka, agama mereka tidak ketahuan tetapi aku pasti ada diantaranya Islam. Bab hukum mendermakan tubuh badan untuk tujuan pembelajaran ni aku tak  tahu nak cakap macam mana. Tak arif bab tu. Siapa mereka di sisi Allah, hanya Dia sahaja yang tahu. Semoga diredhai. InshaAllah. Sekian...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Segala pujian bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam (1:1)

مَلِك النَّاسِ

Yang menguasai sekalian manusia (114:2)





**sebelum melangkah keluar bilik tersebut, kami turut dioffer oleh encek doc yang agak kegilaan otaknya di situ agar mendermakan tubuh untuk itu selepas mati nanti. ~uhuu... takot aku jadi camtu oii..

4 comments:

fuad ansari said...

subhanAllah..

mmg benarlah bahawa manusia adalah sebaik2 ciptaan Allah..

hari ni kalaupun kita tak nak tgk ciptaan lain, adalah memadai tgk diri sendiri supaya kita dapat merasa hebatnya Allah..

s a r said...

yup. betul tu. memadai hayati apa yang dijadikan untuk kita. :)

Mohd Yusuf said...

>Salam... Byk nikmat Allah kpd kita. Ada yg kita nmpk, ada yg kita tak nmpk, ada yg kta terfikir, ada yg kita tak terfikir... TQ ats perkongsian nie...

s a r said...

waalaikumussalam.

yup, betul tu. apa yang kita dah nampak dah cukup besar dah rahmatNya pada kita.

most welcome :)