Assalamualaikum. :)
Minggu lalu aku ada memberi sedikit komen terhadap satu siaran tv yang memaparkan kisah-kisah bencana alam yang maha hebat dalam sekelip mata tanpa sebarang pesan. My lil bro yang promote ajak tengok sama. Dia kata macam best gak citer tu. Aku yang tak pernah pun nak tengok, maka tengoklah. Satu ayat keluar dari bibir. "Tengok Allah kasi petunjuk!" ~sebab time tu tengah papar sebuah gereja runtuh dengan tiba-tiba.
Petang hari tersebut pula aku baca satu buku tentang motivasi muda mudi dan adalah sedikit diselitkan bencana2 alam yang pernah berlaku dalam dunia ni dan mendapat liputan luas. Salah satunya tsunami. Malam itu juga, hujan lebat melanda, sehinggakan kawasan rumah aku dilanda banjir. Hujan turun lain macam plus angin kuat. Tenggelam sudaa rumah aku air takat lutut jugaklah. Terzahir lagi dibibir. "Alamak! salah aku ke semalam mengata gereja yang runtuh tu" Astaghfirullahal'azim... Sungguhlah aku menyesal! Allah bayar cash ok! Astaghfirullahal'azim...
ok habis kisah aku... aku nak share apa yang aku terbaca sebenarnya. Ada point2 menarik perhatian aku. Perihal manusia yang menyebabkan Allah turunkan bala kepada mereka dan dijanjikan neraka pula pada yang tetap ingkar. Maybe sedikit sambungan daripada entry sebelum ni. :) ~terutamanya untuk peringatan diri ini.
Dari Ibnu Abbas r.a dalam peristiwa Israa' wa mi'raaj. Rasulullah bertanya kepada Jibrail apabila melihat kumpulan wanita ditempat pemanas sedang tubuh mereka menjadi hitam. Jawab Jibarail: "mereka inilah yang wanita2 yang mencelupkan rambut2 mereka dan mengubah (bentuk) kejadian (ciptaan) Allah. (mengerintingkan rambut, memancungkan hidung dengan plastik, membuang urat2 di leher, hitamkan uban dsb)."
Dari Abdullah bin Mas'uud r.a. Rasulullah saw bersabda:
"Allah melaknat wanita2 yang mencacah dan yang minta dicacah, juga Dia melaknat wanita yang mencabut rambut diwajahnya dan wanita yang mengubah giginya yang renggang untuk jadi indah yang mengubah ciptaan Allah."
hmm. bab ni. Nauzubillahminzalik.. sana sini kita boleh jumpa. Aku tak boleh nak komen panjang sebab aku takut dan risau. Sebab aku tak tahu apa yang jadi dengan diri aku esok lusa. Astaghfirullahal'azim. Aku tidak mahu jadi sedemikian rupa. SubhanaAllah...
(H.R muslim) Sabda Rasulullah saw:
"Dua golongan calon penghuni neraka:"
1) Suatu golongan lelaki yang mempunyai cemeti seperti ekor2 lembu yang digunakan untuk memukul manusia yang memperkosa dan menzalimi orang lain.
2) wanita2 yang memakai pakaian semacam bertelanjang (nipis); manakala (jalannya) lenggang lengguk; kepala mereka seperti engguh unta yang miring (dek mengubah rambut: sanggul); mereka2 tidaklah akan dapat masuk syurga dan mereka tidaklah akan dapat mencium baunya; sesungguhnya bau syurga itu akan tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian. (40, 70, 500, 700 thn perjalanan).
Alaahai... wanita jugak nampak gayanya... Astaghfirullahal'azim...
23 comments:
"salam sar...hah,itu lah..siapalah kita nak mempersoalkan?Tapi biasalah kita hanya manusia biasa,yg kdg2 terlepas...yg sentiasa melakukan dosa,,~wanitalah yg ramai menjadi penghuni neraka...walaupun hakikatnya sgt mudah bg kita sekiranya nak menempah kamar syurga.."
menakutkan..
calon menantu ok la jugak..
kalau calon ahli neraka, ishh mintak simpang..
orang tua2 kata, simpang malaikat 77.. (yg ni pelik sikit.. mana ada malaikat 77.. macam2)
tak fhm ayt " suaut golongan lelaki yg mempunyai cemti....." tu. he3
knpa takut nk komen panjang? Amar makruf, nahi mungkar... :D
*kakpia :)
waalaikumussalam kak.
hmm, betul tu kak. paling senang jadi penghuni neraka paling mudah juga menempah kamar syurga. Hukum sebenarnya dah tertulis tapi, hmm.. tak tahulah. manusia bukan mudah ditegur.
seandainya kita terlari sedikit dari landasan, diharap cepat juga kita kembali semula ke landasan tersebut. InsyaAllah.
~takut dibolak-balik kan hati atas apa yang Dia dah kasi. SubhanaAllah.
*encek fuad>
hmm, memang menakutkan. calon menantu? adoi! memang mintaklah jauh sangat.
hope calon menantu encek fuad yang bukan dari golongan tersebut, InsyaAllah. tapi kenalah buat tapisan2. :D
*encek mohd yusuf>
oh, suatu golongan lelaki tu kira macam penjaga yang memukul manusia2 yang memperkosa dan menzalimi manusia lain. kira orang yang menjadi calon2 tersebut adalah orang yang berbuat zalim dan perkosa tu la. :)
hee. ya betul la tu. tapi mungkin saya terlalu memikirkan kata2 orang lain yang membaca penulisan saya. saya takut orang yang mengenali saya akan berkata:
"eh kaw ni sar. gila poyo. macam bagus sangat, macam kaw baik sangat."
risau seandainya kata2 tersebut keluar. tambahan pulak, saya akui, saya pun takdalah sempurna. masih juga melakukan kesilapan dan saban hari juga cuba untuk perbaiki lagi mana yang tak betul.
maaf encek yusuf. tegurlah andai ada kesilapan. saya still tengah improve lagi penulisan saya. :)
p/s- encek, kenapa tukar gambar? i think latest pict bater than dis one. ~:D or maybe sebab gambar latest tu macam kiut eh. tak macam orangnya yang macho eh? ehehe
terima kasih untuk peringatan ini sar...:)
semoga kita semua bersama berusaha memperelokkan iman & amal kita.
semua tu byk dah berlaku sekarang ni...diubahnye wajah..kononnye nak cantik..tapi mungkin manusia ni terlupa akan balasannye itu nnt..
mintak2 jauhkan dari kite semua perkara2 tersebut..tq sar saling ingat mengingati...kadang2 kite ni mudah terlupa dan lekakan...
Astaghfirullahalazim.. thanks.. terharu bca entri ni, trsentap seketika...
skrg bnyak sgt fesyen2 tdung ,brtudung seolah2 igin menggayakan tduung itu semata2..bnyak sgt org nk ubah kajdian Allah..
skrg ni, bnyk bncana2 yg diturunkan, hnya Allah shj tau mengapa dan kenapa, tu kecik je.. klau kiamat? Ya Allah,xdpt nk bygkan.. mna tmpat kte lps tu.. kerdil sesgt dri kte ni.
*cek iyanshazlind>
sama2. insyaAllah. semoga kita sentiasa di bawah perlindungan dia. InsyaAllah. terima kasih sebab sudi ke mari :)
*ceknoraini.
sama2 kak. hmm, tu la. maybe mereka tak sedar. wallahua'alam. ni baru sikit. mungkin ada banyak lagi yang menanti kita. subhanaAllah. semoga kita sentiasa beringat akan segala yang telah dijanjikan di sana nanti atas apa yang kita lakukan kat dunia ni. :)
thanks for comment kak :)
*cek niena shopping2u>
terima kasih sebab sudi kem mari dan follow saya :)
alhamdulillah untuk ingatan bersama dan diri sendiri :)
yup. semua atas urusan Dia. andai kita tahu, mungkin kita tak buat apa yang dimurkaiNya kan. SubhanaAllah. semoga kita sentiasa beringat selagi masa masih ada.:)
thanks for comment :)
gmbr nie nmpk ganas skit daripada gmbr dulu. ha3
sy pun tak sempurna jgk, byk kelemahan. Kita tegur-menegur cara bijak....he3
ehehe..
ni pun ok juga. ganas ganas ganas. eheh.
yup. betul tu. tegur menegurlah andai ada yang tersilap eh :)
manusia sentiasa buat kesilapan. :D
sentiasa beringat
yup. insyaAllah. :)
hmm..
cacah tu ap kak?
mencacah ni macam lukis somthing la. macam tatoo tu. :)
golongan ke2 calon pghuni neraka tu, meyeramkan...
salam ziarah, singgah sni... maaf bru smpat berbalas kunjungan, :D tgh berkhidmat utk negara smlm cewahhh ^.^
*cek shes gee >
hmm.tu la tu,.
*cek niena>
:)
it's ok. dah sudi singgah kat sini pun dah terbaik. ;)
~eheh. selamat berkhidmat demi negara :)
dan lelaki yang termakan godaan wanita juga sebahagian dari penghuninya...kecuali mereka sempat bertaubat.
yup. masih juga menjadi penghuninya melainkan taubat. thanks sebab sudi ke mari. :)
Post a Comment