Friday, July 15, 2011

5-1= 0, 6-2=0, Ramadhan terakhir.

Assalamualaikum :)

*si jantung hati diberi sedikit sinar :)

Siapakah yang mengajar 5 - 1 = 0, 6 - 2 = 0??

Nuu..atas nuu.. Dia yang ajar macam tu. Bukti?

5 - 1 = 0

Pergi haji dah dua kali, tapi solat tak berapa nak cukup.
Puasa tapi tak solat. ~maaf. tak tuju pada sesiapa. :D

6 - 2 = 0

Buat mazhab sendiri tak nak ikut apa yang dah tertulis dalam Al-Quran.
Tak nak ikut apa yang ditulis dalam Al-quran, tapi bangga pula mengikut budaya barat. ~maaf tak tuju pada sesiapa :)

Apa yang dinyatakan, itulah hakikat yang berlaku kini.
~astaghfirullahal'azim. Ingatan untuk diri sendiri. :)

**persamaan di atas, di tolak dari no 1-5, jawapan tetap ZERO. No excuses! 

****
~takde kene mengena ^^, tapi sebab aku suka :P

Sambil mata meliar memandang sekitar rumah Allah yang telah lama tidak ku jejaki, kali terakhir3 tahun lalu tika mendengar tazkirah ijab qabul sahabatku, ~ teruk betul kaw s a r! :P. Kaki melangkah deras sebab penyampaian ilmu dah pun bermula. Aku mengambil tempat di sisi-sisi orang yang tak ku kenali. Dia orang pun pandang aku pelik. Mana tak pelik, macam orang luar masuk kampung. ~nampak sangatlah kaw tak kenal dengan orang kampung kaw sendiri s a r. :P. Ok habis intro. Back to the topic!

Ustazah yang menyampaikan ilmu itu menyebut persamaan matematik tersebut dan ianya cukup buat aku tersenyum sendiri. Nasib baik takda orang kata aku sewel. Sebab aku pandang orang lain macam takda perasaan je. ~ahah. mungkin aku je yang excited terlebih. :P

Keindahan Islam menjadi topik dan menjadi keutamaan adalah tentang pesona bulan Ramadhan. SubhanaAllah. Bulan tarbiah diri kata ustaz pula. Setuju dengan kata-katanya. Bulan yang penuh rahmat. Rebut pahala di bulan yang penuh barakah itu.

Ustaz kata, ada yang berpuasa dah tersalah niat. Bukan keranaNya tapi kerana nak kuruskan badan, nak jimat cermat. Jangan tersalah niat! ~aku senyum lagi dan tetiba terasa mula pedas pula. ahah :D

Ditambah lagi, bulan pesta makan. Sibuk kita nak pergi bazaar ramadhan nak membeli belah. Borong apa yang nampak. Tak cukup tu je, mata pun jadi tak terkawal sebab macam-macam rupa orang yang kita jumpa kat bazaar tu. Padahal syaitan diikat, macam mana boleh tersyok sangat tu. NAFSU. Gagal kawal nafsu. Kalau boleh tahun ni buat azam baru tak pergi ke bazaar. Suruh wife masak sendiri kat rumah, takpun moreh di surau/masjid je katanya. ~huu. aku senyum lagi, dan tetiba rasa pijar pulak. :D

Seterusnya, NIATKAN INI RMADHAN TERAKHIR. Sebab? Kalau tak, mesti akan kata, 'tahun depan ada masa lagi, tahun depan pun boleh pergi'. ~terasa darah menyerbu ke muka pulak ni haa..ambik! :P

Astaghfirullahal'azim kaw s a r. :D

Sekian... :)


Hello! kaw confirm ke yang kaw sempat jumpa ramadhan yang akan datang???

haish! tak tak tak tak... tak confirm tak confirm tak confirm...nak pergi tahun ni. InshaAllah :)






*antara lain yang menarik;

"Ya Allah ya Tuhanku, sampaikanlah aku ke bulan Ramadhan yang bakal tiba ini. Berikan kesempatan untukku beribadat kepadaMu."

16 comments:

Piasara said...

"astaghfirullahal'azim.....terasa panas,pijar,pedih ,pedas semua ada ni...hehe..semoga kita semua tak tersalah niat Ramadhan ini..smga sempat bertemu ramadahan ini...juga ramadhan thn2 dpn juga supaya kita dpt mengumpul sebanyak pahala utk dibawa bekal ke sana.."

Kakzakie said...

Assalamualaikum sar,

Sayangnya kalau 5-1=0 Kalau Mekah tu dekat tak apa juga. Ini keluar duit ribu-raban hasilnya 0. Dari buang duit bagilah pada anak yatim banyak faedah.

Ada juga yg puasa tahan seharian, solat yg tak sampai 10 minit tak tertunai. Kesian kan...

Samalah kita beringat dik...

s a r said...

*kakpiasara

Akak berdua ni buat saya tersenyum la. :D

~ehehe. tu la pasal kak. saya pun amat terasa sangat. uhuu.

astaghfirullahal'azim

semoga kita diberi kesempatan kak untuk melalui saat itu. Bukan untuk tahun ni je. Tahun2 yang seterusnya juga kak. InshaAllah. :)

sama2 kita rebut peluang nanti. InshaAllah :)

s a r said...

*kakzakie :)

waalaikumussalam kak :)

hm, tu la kak. tu belum lagi ada yang pergi sana dengan niat yang tak bape nak betul. Pada yang tak mampu, begitu teringin nak pergi, tapi yang dapat pergi pulak, hmm, tak hayati betul2 pula. membazir dah kat situ.

hm, ye la kak. ada jugak yang macam tu. puasa jadi sia2 je.

inshaAllah kak. sama kita beringat. :)

delarocha said...

selamat beramal

s a r said...

selamat kita sama2 beramal :D

vampire's lovex said...

ha'ah kan,budaya barat skrg ni semua nak ikot. pastu mcm bangga giler dapat ikot budaya barat.

mungkin ini ramadhan yg terakhir,baru la kita menghargai nye kan..

^^

s a r said...

yup. dah banyak dah jadikan.

malu mengaku anak melayu anak islam sekarang dah. :)

yup. InshaAllah diberi kesempatan. :)

thanks sudi ke mari :)

ghost writer said...

memula tadi aku tak faham dengan formula tuh..

-kerjakan apa yang diperintah-NYA.

ghost writer said...

*terlupa kalau kita wajib meninggalkan apa yang dilarang-NYA.

She's Gee said...

a'ah la.. terase pedas d ctu.. hehe.. tapi nasib baik gee ni jenis manusia yg tak suka makan banyak lauk. cume 1 atau 2 lauk je sekali... harap2 dikekal begitu pada bulan puasa nanti. insyaAllah.. ^^

selamat berpuasa sar.. (hehe.. lagi brapa minggu da...)^^

s a r said...

*ghost writer

yup. tinggalkan apa yang sepatutnya tapi syok buat yang tak sepatutnya. :)


*miss Gee :)

~eheh. tu la pasal gee. sama la saya pun. tapi sebab mata ni kekadang tak boleh nak control, maka beli jugak. lepas tu tak habis. ~uhu. astaghfirullahal'azim.
syaitan bertepuk tampar di situ. uhuu.

selamat berpuasa kembali gee. :D
(tinggal berapa hari je lagi :D)

Mohd Yusuf said...

waalaikumussalam :)

formula tu bagus sgt...setuju!!!

itu la yg peliknya, kalau syaitan diikat, mcm mana kita boleh buat jgk dosa...itu semua sbb gagal kawal nafsu... moga tahun nie sempat kita berjumpa dalam bulan Ramadhan. Insyaallah...

nice entry...bkn nice sar... hahhaa

I-one said...

hoho..Ramadhan as soon as..

ramadhan,iam coming...

salam perkawanan,iam indonesian..^^

s a r said...

*encek mohd yusuf :)

terima kasih.

hm, tu la tu. still jugak buat dosa. hmm, nafsu la paling payah nak kawal bila musim2 puasa ni. hmm.

yup. InshaAllah. bukan tahun ni je. tahun2 akan datang juga. InshaAllah dengan keizinan dariNya. :)

amboi encek mohd yusuf! :P

btw, thanks ke mari. :D

s a r said...

*encek I-one :)

terima masih sudi ke mari. :)

iya,ramadhan is coming. :)

salam perkenalan juga.