Friday, March 4, 2011

Tepak sireh

Assalamualaikum

Tepak sirih khas digunakan sebagai barang perhiasan dan dalam upacara-upacara rasmi. Oleh kerana tepak sirih penting dalam adat istiadat, ia tidak layak digunakan sembarangan, tambahan pula harganya mahal dan susah untuk dijaga dan dibersihkan (perpustakaan negara,2001)

Begitu sekali, adat yang mengangkat tepak sireh di dalam adat budaya kita.

Menjelang majlis pertunangan yang bakal berlangsung, hmm segalanya macam agak cool je. Cuma yang jadi isu dari mula perbincangan untuk bertunang dulu, tentang 'kehadiran tepak sireh, perlu atau tidak perlu' tambahan pula di pihak lelaki.

Ish, aku pun menyuarakanlah pendapat kepada yang terlibat,

ak: ala, tak payah pun takpe kot, pakai sireh junjung je sebab nak buat syarat je kan, lagipun, sekarang susahlah nak cari tepak sireh.
L: eh kaw ni, nanti orang kata kita tak ikut adat pulak.
aku: hmm. ok. ~aku diam sebab tak guna kita berbalah pada orang yang lebih arif kan. :p

Macam yang aku kata tadi, bukan mudah nak cari tepak sireh sekarang. Memang payah pun. Tetapi disebabkan adat, carilah juga sampai dapat. hmm.

Orang kata "sebab adat, nanti dikata orang". Maknanya, nak elak jadi umpatan orang andai kita tinggalkan adat, maka diturutkan jugalah.

"Islam tidak menyusahkan..."

Bukan nak membelakangi adat, lebih-lebih lagi kita orang Melayu penuh dengan adat. Bukankah lebih elok dan terbaik andai kita sekadar berlandaskan yang disyariatkan Islam. Yela, adat still adat. Bagi yang mampu bolehlah diteruskan segala adat terutamanya dalam perkahwinan tetapi pastikanlah lakukan selagi ianya tidak melanggar segala syariat Islam.

"biar mati anak jangan mati adat..."

Perumpamaan melayu yang mungkin tidak boleh digunapakai lagi pada pendapat aku. Sanggup anak yang mati dari melanggar adat. Sudah tak releven untuk masa kini. hehe. Siapa yang tak sayang anak? melainkan orang yang dah dihitamkan hatinya oleh syaian yang sanggup membuang anak ditepi jalan. SubhanAllah..

Adat dalam perkahwinan, banyak pantang larangnya bukan? Yela, mungkin aku tidak lagi arif akan benda ni semua. Sekadar yang tahu, that's why aku berani keluarkan pendapat kepada orang yang terlibat. Berapa jumlah dulang hantaran, naik pelamin, majlis berinai, kan semuanya adat. Hmm. Aku tak beranilah juga nak berkata lebih-lebih sebab kita hidup dalam adat. Segalanya beradat. Cuma, yang rasa-rasanya tidak perlu, sewajarnyalah ditinggalkan. Bersederhana dalam segala hal. Rasulullah yang mengunjurkannya begitu. InsyaAllah akan lebih diberkati. :)

gambar hiasan.. ahaks :p


"Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka" 
(Riwayat al-Bukhari).

~sekadar pendapat :)

7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Keluarga kakak tidak guna tepak-tepak sireh dalam hal pinang-meminang. Kami utamakan pernikahan. Tepak sireh pun kami tak simpan. Alhamdulillah bahagia bersandarkan pegangan agama.

Cik SHiNJU said...

Adat tu sekadar penyeri selagi x melanggar hukum agama...

s a r said...

kakzakie>

salam kakzakie.
hmm. tu la tu. tu yg terbaik sebenarnya. Ni kalau dah campur kata2 orang, memang macam2 la kakzakie. Kalau ikut rancangan awal, takde pun tepak sireh ni. Kat rumah pun tak pernah ada.

thanks kakzakie :)

shinju>

batul tu. adat just syarat je. rasanya takda apa yg penting pun.
thanks cik shinju :)

hansuke said...

salam.

ko ape cer, sihat?..:P

bab ni memang hangat dalam kepala otak aku sebab kalu dalam bab adat perkhahwinan memang aku tentang habis..aha~

kita sebenarnya lupa dari mana asal usul adat kita. sebelom kedatangan Islam ke tanah air, malaya adalah dijajah oleh agama hindu, sebab itu la ada sanding, dulang2, sireh2 la apa kejadah. tapi bila Islam datang, Islam mengajar kita kesederhanaan, buat benda biar sederhana.

sekarang, orang akan marah kalau orang melayu-islam mengikut adat barat sebab tak ada identiti, tapi jika kita pikir balik, kita ada ke identiti? padahal semua adat bukan dari islam pon? bagi aku, adat yang sepatutnya kita ikut ialah adat2 dalam islam.

aku sebenarnya agak sedih bile pikir orang nak kawin, sanggup abiskan puluhan ribu ringgit untuk majlis kawin (akhirnya bapuk gak kaya tipu duit orang..ahah~ - harian metro), tapi diorang takda pon terfikir duit yang diorang simpan tu akan burn dalam sekelip mata je. padahal bagi aku ada wajarnya duit sebanyak itu disimpan untuk belanja buat umrah atau haji misalnya. kalu sekarang ada duit sebanyak tu tapi dibelanjakan untuk kawin, maka sampai bila pula kita nak simpan duit untuk ketanah mekah? takkan la masa tua baru nak pergi..hm..

kadang2 kita dapat lihat masa tunang pon dah abis ribu2 ringgit, belom lagi masa kahwin, yang paling sedih plak tu, kahwin tak sampai 2 bulan dah pon cerai merai, majlis grand, duit dah abis, 'status janda', kompem tak laku. hm..

bagi aku banyak benda tak relevant dan show off dalam perkhahwinan orang melayu kita, kalu dalam bahasa yang kita tahu 'wujudnya riak2 tertentu', itu yang kita tak nak, islam takda pon kata wajib adat, tapi manusia yang bergelar melayu-islam sangat mengutamakan adat sebab takut 'nanti orang mengata' kalu tak buat. padahal, orang mengata sekejap je, kalu boleh tahan telinga kerana Allah, maka yang untung kita juga sebab dapat simpan beribu ringgit untuk ibadah (haji) secepat mungkin, sebab kita tak tahu kita mati bila, dan sapa jamin orang tua je yang akan mati kan? ingat orang muda tak mati ke? aha~ :) maka bijak lah berbelanja kejalan Allah.

wallahua'lam.

s a r said...

waalaikumussalam beb :)

alhamdulillah. cuma, kepala aku je la sepanjang minggu ni macam tak cukup oksigen. ;p

lama tak tak dengar (baca) bebelan kaw. rindu.. ahaks :p
bz sangat kaw erk?? sihat?

thanks sebab kongsi info. :)

aku cuma tau yang banyak adat kita ni ikut hindu. hmm. aku dari dulu pun klau pergi majlis kawen orang tak teringin pun nak tengok sanding2 ke ape2 ke. Sebabnya aku rasa bnda2 tu macam buang masa. Dan dari ape yang aku dah baca n tau, baru la aku tau tu suma memang bukan amalan dalam islam pun sebenarnya. Terfikirlah juga yang sebenarnya tu suma adat semata-mata dan untuk elak orang mengata.

Tu belum yang tunjuk dengan buat majlis besar2an. hmm. macam-macam la. Sayang la jugak, if majlis gah tp akhirnya jodoh tak panjang.

"jangan bercinta lama2, tak menjamin masa depan rumahtangga"-metro hari ni. ahaks :p

"janda ligat" - metro hari ini ahaks :p

hmm. majlis majlis tunang ni, ikut rancangan awal, memang takda apa2 pun. just bawa yang wajib je. Tapi, macam aku cakaplah, kalau dah ramai yang masuk campur, nak taknak abang aku layankan jugak. Klau ada jodoh pun, nikah pun dia ingat nak buat doa selamat je, seringkas mungkin katanya. hhmm. tak tau la tu nanti macam mana pulak.

Sangat banyak beb rupanya yang tak releven. Aku pernah bersuara la dalam family pasal isu ni, tapi sorang pun tak jawab kata aku.
Cuma adik aku sorang je sokong. Aku pun tak taulah nak cakap apa.

thanks beb eh, komen. sempat jugak nak komen. :p

p/s- uitt, pekataan baru ke cerai-merai tu weh? bukan cerai-berai kah? :p

ratukasih said...

org dulu mmg byk berpegang pada adat... biasalah tu.. bnda 2 agak susah nk dihakis....... tpi insyAAllah lama kelamaan masyrkt akan sedar apa yg diperjuangkn oleh islam............. sbgai contoh dulu masyrkt kiter ramai yg tidak bertudung... menjadi perkara biasa... tpi skrg semua msyrkt dah sedar kepentingan menjaga aurat dan sudah bertudung... Alhamdulilah.........

chop2....dekat umah aku ada je tepak sirih... arwah nenek aku simpan.... nk pinjam glah mintak kat mak aku.... hehehhe.. itu pun kalu nklah.... tak mengalakkan apa2 pun...... he he he....

s a r said...

uitt!! salam beb!

haa.. tu la tu.. kadang2 aku makin tak faham. Hari semakin maju, tapi aku rasa orang macam nak kembali semula kat zaman dulu. zaman yang kurang pegangan, yg tak pentingkan agama. hmm.

Hmm. ntah la weh. Alhamdulillah pada yang mula ingat. Pada yang dah ingat tapi sengaja buat lupa or buat tak tau, memang ape je la.

erk? rumah kaw ada ke? haha. terima kasih beb. esok2 lusa aku kawen, insyaAllah, rasanya tak memerlukan, tapi kalau aku mintak kat makcik zaharah, confirm bagi punya.. hahaha..

anyways, thanks for the comment :)

p/s- uit, balik jangan tak balik. ngee..:p