Sunday, March 6, 2011

Ikhlas

Assalamualaikum.

"jangan nak merungut-rungut dalam hati buat kerja tu. ikhlaskan hati kalau buat tu even tanpa rela pun. paksakan jugak hati tu untuk ikhlas. belajar untuk ikhlas sebab Dia"

Ayat tu, selalu aku dengar dari mulut adik. Berulang-kali sehingga aku dah ingat tiap butir bicara dia yang selalu ingatkan aku sebab dia kata aku kalau buat suatu kerja macam tak ikhlas sebab banyak tanya kalau buat satu kerja yang bukan bidang aku. maaf! hehe. Kini, dah jadi sebati dalam hidup aku bila buat sesuatu yang sememangnya bukan kerja aku. Dengan pesanannya itu, banyak mengingatkan aku tentang keihlasan hati semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah swt. Terjumpa pula catatan Ust. Hasrizal tentang ikhlas yang sangat menarik. :)


Ikhlas ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah swt, tanpa dicampuri dengan tujuan dunia. Amalannya tidak dicampuri dengan keinginan dunia, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan tinggi di kalangan manusia, meminta pujian, lari dari kejian, mengikut hawa nafsu yang tersembunyi atau lain-lain lagi yang boleh dihimpunkan dalam : “Melakukan amalan bukan kerana Allah.”

Ikhlas dengan makna ini adalah buah dari tauhid yang sempurna iaitu mengesakan Allah taala dalam ibadat. Kerana itulah riya’ (menunjuk-nunjuk) yang merupakan lawan kepada ikhlas adalah perbuatan syirik. Syidad bin Aus berkata : “kami mengira riya’ adalah syirik kecil pada zaman Rasulullah saw.” 

Sentuh sedikit tentang riya' yang juga merupakan salah satu penyakit hati. Aku agak sedih apabila melihat seorang yang dilihat cukup ilmu agamanya, tetapi tidak sedar akan apa yang dilakukan telah jatuh riya' dan juga ujub di hati. Sedih kurasakan apabila diri ini rasa tak layak untuk menegur kerana dia lebih arif akan hal tersebut. Lagi tambah sedih apabila ianya berterusan berlaku. Tabahlah wahai hati!

"Allah tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan jika memenuhi dua rukun iaitu; ikhlas dan bertepatan dengan sunnah dan syara'."

Rasulullah bersabda berkenaan rukun yang pertama bermaksud:


“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.” 

“Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak ada kena mengena dengan agama kami, maka ia adalah tertolak.”

Firman Allah swt:


“Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah dalam dua keadaan dia berbuat baik, sesungguhnya dia telah berpegang pada ikatan yang teguh.” (Luqman: 22)

Menyerah diri kepada Allah adalah mengikhlaskan niat dan beramal kerana-Nya. Membuat baik pula adalah mengikut sunnah Rasulullah saw. Fudhail bin ‘Iyadh berkata tentang firman Allah taala (al-Mulk : 2) yang bermaksud :


“Supaya dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang baik amalannya.”

Amalan yang paling baik ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar.”Orang bertanya kepada beliau: “Wahai Abu Ali, apakah yang dimaksudkan dengan yang paling ikhlas dan benar itu?” 

Beliau menjawab : “Sesungguhnya sesuatu amalan itu, jika ia ditunaikan secara ikhlas sahaja tetapi tidak menepati kebenaran, maka ia tidak akan diterima. Begitu juga jika ia menepati kebenaran tetapi jika tiada ikhlas, maka ia juga tidak diterima. Amalan yang diterima ialah yang ikhlas dan menepati kebenaran. Ikhlas adalah semata-mata kerana Allah dan kebenaran adalah mengikut sunnah.”

Kemudian Fudhail membaca firman Allah Taala dalam surah al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud :

“Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan tuhannya, maka ia hendaklah melakukan amalan yang soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.” 

Dari perkara tersebut, dapat kita ketahui bahawa niat yang ikhlas semata-mata tidak memadai supaya amalan diterima selagi tidak bertepatan dengan sunnah dan syara'. Begitu juga dengan amalan yang menepati syara' tetapi tidak disertai dengan niat yang ikhlas kepada Allah tidak akan diterima.

~hmm. banyak rupanya lagi yang terlepas pandang. Ingatan terbaik untuk diri ini yang selalu terlupa dan asyik dengan godaan dunia. Astaghfirullah..

No comments: