Saturday, March 12, 2011

Ada apa dengan nama?

Assalamualaikum

~Feel sorry to Japanese people that received the recent disaster. But i don't want to discuss about that topic because many of the blogger have been discussing about the topic on their entry. He tests, no one can stop.More and more disasters as a warning to His servants. SubhanaAllah.


Back to the topic. Hmm. Ada apa dengan nama? Nama indah yang diberi kepada umat Muhammad saw yang baru melihat dunia adalah amat penting malah akan menggambarkan perwatakannya pada masa hadapan seperti yang diharapkan oleh si pemberi nama berdasarkan nama-nama yang diberi.

Tidak dinafikan, banyak nama-nama Islam yang indah boleh diberikan. Tetapi, pada zaman kini banyak nama sangat cantik pada pendengaran kita tidak seperti zaman dahulu. Apa yang agak mengecewakan, ada di antaranya memberi nama yang sekadar indah pada bunyi tetapi tidak pada makna. Siapa taknak beri nama yang sedap-sedap pada anak bukan? Semua ibubapa akan bergitu teruja dalam memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir terutamanya ibubapa moden kini.

Dua contoh nama yang membuat aku rasa nak menulis tentang topik ni. Mikail Yahya Ilyas dan Jibrail Mikail Michelle. Dua nama yang mungkin jarang sekali aku dengar (tak tahulah blogger lain). Kalau waktu sekolah dulu, ada seorang ustazku menegur akan setiap nama-nama kami dalam kelas. Dia bertanya akan maksud nama kami dan sempat berpesan "seelok-elok nama biarlah bermula dengan nama Muhammad terutamanya bagi yang lelaki kerana akan didahulukan di akhirat nanti dan mempunyai makna yang baik-baik. Bukan yang hanya sedap disebut tetapi tidak mempunyai makna".


Antara nama lain : Machiko Aida, Umi Eva Maya. ~sahabat, kupinjam nama kalian. hehe. Aku tak katakannya ia nama yang tidak baik, sebab aku sendiri kurang arif akan makna nama-nama yang ada dalam muka bumi ni. Banyak lagi rasanya nama-nama yang agak jarang kita dengar. Kalau dulu nama-nama seperti nama-nama nabi dan isteri nabi sering digunakan, kini tidak lagi. Malah ada pula yang berasa malu akan nama yang diberi oleh ibubapa dahulu kerana beranggapan nama yang agak kekampungan dan sanggup tukar nama panggilan tersebut. Astaghfirullah. Apalah salahnya nama tersebut sekiranya ia membawa makna yang baik.

Sebaik-baik nama biarlah indah pada maknanya dan juga tidak menyukarkan anak-anak tersebut pada masa hadapan. Kerana, ada juga kes yang aku dengar, nama seseorang itu perlu ditukar gara-gara membawa makna yang agak berat dan tidak terbawa oleh anak tersebut terutamanya semasa dia masih kecil. Kesukaran dalam mengisi borang juga kadang-kadang memberi masalah kerana ketidakcukupan ruang. Cukuplah sekadar nama tersebut sedap didengar dan sedap juga pada maknanya. InsyaAllah lebih keberkatanNya.

ingatan pada diri sendiri dan masa hadapan :)

~wangi-wangian maksud namaku. thanks to my mom and my abah :)

No comments: