Surah Al-Maidah ayat 3 diturunkan...
"....pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu...."
Pesan Rasulullah saw:
"Yang pandai berbicara itu adalah Al-Quran, yang diam itu ialah maut. Apabila ada persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadisku, dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkanlah ia dengan mengambil pelajaran dari mati"
Rasulullah bertanya kepada Jibrail...
"Wahai Jibrail, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah SWT"
Jibrail menjawab....
"Sesungguhnya semua pintu langit telah di buka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu di langit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu."
Bertanya lagi baginda...
"Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti."
Jawab Jibrail...
"Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, Sesungguhnya Aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum dikau masuk terlebih dahulu, dan Aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."
Pergilah kekasih Allah dijemput Izrail seperti yang diperintahkan olehNya....
Allahuakbar..
2 comments:
Ya-Allah betapa rasulullah di saat nyawa telah sampai halkum masih lagi mengingati umatnya.
Moga kita sentiasa mengamalkan sunnahnya dan mendapat syaffatnya di akhirat kelak.
assalamualaikum kak :)
InsyaAllah..ammin..
betapa sanggupnya Rasulullah memohon kepada Allah kesakitan ketika sakratul maut mengambil nyawa, hanya dia yang menanggung dan tidak kepada umatnya kelak. SubhanaAllah..
hanya pujian kepada kekasih Allah yang mulia. terpelihara seperti yang telah dijanjikan.. InsyaAllah..
Post a Comment