Friday, March 18, 2011

Senyap diam

Assalamualaikum

"sar, lama tak dengar cerita?"
"sar, diam je sekarang kaw"
"sar, apa cerita kaw sekarang?"

Semalam dan tadi, dua orang sahabatku yang sudah lama tidak berutus khabar, tiba-tiba bertanya khabarku. Jawabku ringkas, "takda apa yang nak aku ceritakan, senyap je la aku".

Diam merupakan salah satu cara untuk mengelak dari sebarang gosip-gosip kurang jinak mahupun berita-berita yang kurang sejuk. For me, itu mungkin jalan yang terbaik. ~itu yang dilakukan kini :p. Contohnya, kadang-kadang diam adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan diri daripada terjebak dalam suatu perbalahan yang serius mahupun perbincangan yang boleh membawa pergaduhan. Bukan selalu yang menang bersuara itu terbaik. Lainlah kalau dalam mahkamah. Pastinya masing-masing menegakkan hujah masing-masing.

Orang kata, "diam-diam ubi berisi". Ini bermakna, bukan diam semata sehingga boleh pula digelar seperti "katak di bawah tempurung". Huh! Lain sudaa jadinya tuu. Jangan pula sampai begitu. ~bukan saya :). Diamku bermaksud. Mengambil langkah sedemikian rupa kerana bagi mengelakkan sebarang provokasi perihal diri. Cukuplah orang di sekeliling bertanya perihal yang sama dan jawapan yang ku beri tetap sama.

Diam juga sebenarnya dapat menguji tahap kesabaran kita. Siapa yang tidak mahu berbalas kata andai apa yang diperkatakan oleh si pihak lawan sebenarnya tiada kebenaran. Diam juga adalah yang terbaik. Mengajar kita lebih sabar daripada kita berkata-kata perkataan yang kurang enak didengar dan dapat mengelakkan kita berperasaan marah. Syaitan gemar akan hamba Allah yang sedang marah supaya dapat menambahkan ahli mereka di neraka kelak. SubhanaAllah..

Kalau sudah diam, tentu juga cuba mengasingkan diri bukan?

Ibnu Taimiyyah mengatakan: "tidak dapat tidak seseorang hamba itu harus ber'uzlah (mengasingkan diri) untuk beribadah kepada Allah, berzikir kepadaNya, membaca ayat-ayatNya, melakukan muhasabah terhadap dirinya, berdoa kepadaNya, memohon keampunanNya, menjauhkan diri dari kejahatan, dan sebagainya."

~Peace and quiet~

Itulah yang sebaiknya. Bukan diam bermakna tanpa melakukan apa-apa, tapi berusaha melakukan sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat untuk diri sendiri di samping memberi kebaikan kepada orang sekeliling juga. Cuma, orang di luar sana mungkin tersalah tafsir mahupun beranggapan negatif kepada mereka yang diam dan mengasingkan diri ini. Itu hak mereka untuk menilai. Apa yang penting kita tahu apa yang kita lakukan dan segalanya adalah antara kita dengan yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui. InsyaAllah lebih diberkatiNya. :)

~ohh ~_~ sedikit kecewa dengan final raja lawak. kurang kelakar kot :p

No comments: