Tuesday, March 22, 2011

Kejap laa..

Assalamualaikum

Satu perkataan yang selalu juga digunakan apabila seseorang itu disuruh melakukan suatu kerja atau tugasan. Am i right? ~sebab diri ini antara peminat time muda-muda dulu :p

Rasanya macam terngiang-ngiang lagi cara abah tegur kami adik-beradik masa kecil dulu sampai la sekarang. Cara abah, dia tak suka anak-anak dia menangguh-nangguh kerja. Segalanya kena on time. Setiap kali dia tuturkan ayat tersebut, time tu jugaklah masing-masing akan tersentap. Lagi-lagi waktu manghrib dengan subuh.

Di waktu subuh yang dingin lagi hening.

"dah-dah, bangun-bangun. tak nampak dah. dekat terang dah tu" ~abah ketuk pintu, switch on semua lampu.

Lepas tu, mesti ada yang jawab, "yelaa.. kejap laa.."

Maka jawab abah, "yela kejap-kejap, kejap-kejap tu yang tak bangun"

Ada lagi yang jawab, "yela, nanti la jap..bangun la ni.." ~mata tutup lagi tu, cakap je yela, tapi tak jugak bangun. :p

Abah terus jawab slow and steady, "haah, tunggu la sekejap, nanti-nanti. Allah kalau nak cabut nyawa esok-esok pun sekejap-sekejap, nanti-nanti" 

Di waktu maghrib..

Abah mula bersuara, "dah-dah, tutup tv, bangun-bangun. dah tak dengar ke bunyi azan tu.."

Ada jawapan, "yela yela, nanti la kejap"

Macam biasa punya ayat yang buat masing-masing sentap terus tutup tv, bangun..

Abah jawab slow je, "haah, tunggulah kejap-kejap lagi nak cabut nyawa, nanti-nantilah nak cabut nyawa kaw" ~Abah buat dialog tu paling aku tak tahan kot. Sentap lagi but berkesan nak ajar anak-anak yang nakal dan liat macam aku ni kan :p

"Assolaaatutu khairun minan naum" maksudnya, sembahyang itu lebih baik dari tidur

Semua bingkas bangun. hee. Baik punya perli menusuk kalbu la. Sesiapa pun, kalau bab solat, bab tu la yang lagi suka nak tangguh-tangguh dan suka dilewatkan tanpa sebab. Bila time subuh, tau je la kan. Kalau dah tidur lambat, lepas tu subuh tu hujan pulak, memang sedap la kan. Memang tarik selimut la jawabnya kan. Bila maghrib pulak, tau-tau je la tv punya siaran. Time tu jugaklah ada macam-macam cerita. Segalanya melekakan terutamanya yang Muslim ni la.

Rasanya, waktu subuhlah syaitan paling suka menyesatkan anak cucu Adam. Kemain lagi syaitan bertepuk tampar bila tengok anak cucu Adam ni tak bangun solat, malah tarik pula selimut sambung tidur. Bahagialah mereka dapat menambahkan ahli neraka bukan. Astaghfirullah.. Ya Allah, tak tertanggung rasanya solat-solat yang pernah ditinggalkan. SubhanaAllah..

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” (bh,2007)

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh adalah Nabi Adam a.s, apabila baginda dikeluarkan daripada syurga dan diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihat adalah kegelapan dan terasa terlalu amat takut. Apabila sahaja fajar subuh keluar, maka baginda bersolat dua rakaat. Iaitu pada rakaat pertama sebagai tanda bersyukur kerana terlepas daripada kegelapan malam dan rakaat kedua sebagai tanda syukur kerana siang menjelma. 

Rasulullah SAW telah mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi : 28)

Betapa besarnya fadhilat solat subuh bukan? SubhanaAllah.. Ia, mungkin bagi diriku yang masih kurang ilmu agama ni, cukup amat bermakna setiap maklumat yang aku dapat walaupun mungkin ianya agak common bagi yang lebih tahu perihal agama. Alhamdulillah.. Masa tidak menunggu kita. ~ingatan untuk diri sendiri :)

sumber: di sini

~berusaha top-up mana-mana yang masih kurang..subhanaAllah..Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di subuhMu yang dingin ni. Allahuakbar..

2 comments:

dreamygirl said...

aduhai..sungguh terasenye..tept sekali..dr kecik sampaila besar..huhu..

s a r said...

hehehe...

bese la beb. benda yang wajib besenye la yang selalu nak dilewat2kan.. kalau yang tak wajib, malah yang dilarang sekalipun, kemain lagi orang suka nak buat. tanpa suruh pun, orang rela hati nak buatkan.. :p

untuk ingatan bersama beb. hee..

thanks comment beb! :)