Wednesday, March 9, 2011

Hope

Assalamualaikum


Apa sahaja yang ingin dilakukan mesti kita akan tanam dalam diri, walaupun secebis, 'harapan' dengan berharap apa yang dilakukan menemui kejayaan bukannya kegagalan. Tapi apa yang hanya mampu kita lakukan adalah dengan berusaha, berdoa dan bertawakal agar harapan itu tidak hancur musnah.

Tapi apakan daya kita sebagai manusia. Kita hanya mampu merancang dan Allah yang Maha Menentukan serta mempunyai perancangan yang lebih baik berbanding diri kita. Orang kata, janganlah kita terlalu berharap akan sesuatu yang terbaik kerana sekiranya kegagalan berlaku, kekecawaan yang teramat akan dirasakan. Iya, mungkin betul begitu. Tetapi kita sendiri memang tak lepas daripada meletak harapan bukan? walaupun ianya sebesar zarah. Tak salah berharap cuma haruslah diiringai dengan doa dan tawakal sebagai usaha seterusnya.

Jika menemui kegagalan walaupun telah berusaha sedaya upaya? Apa lagi yang harus dilakukan selain redha dan bersyukur kerana apa yang berlaku memang telah dijanjilkan Allah sebagai ujian kepada hambaNya kerana ada perkara yang lebih baik telah dirancangkan untuk kita. InsyaAllah.

Mungkin sesetangah dari kita tidak menyedari termasuklah diri ini apabila ianya menimpa diri. Lupa panjatkan kata syukur padaNya walaupun menerima kegagalan. SubhanaAllah. Belajarlah dari kesilapan agar kegagalan tersebut menjadi pengalaman untuk mengajar kita berusaha lebih kuat lagi untuk capai apa yang diinginkan. Dan jangan jadikan pula ianya sebagai pendorong untuk kita lebih lemah apabila menghadapi ujian yang sama pada masa hadapan.

Percaya dengan adanya hikmah disebalik apa yang telah berlaku itu adalah yang sebaik-baiknya dan terbaik. Cuma mungkin hikmah itu diberi dalam kita tak sedar kerana terlalu memikirkan kegagalan yang telah berlaku. Positive thinking juga diperlukan pada saat ini dalam menghadapi ujianNya dengan tenang selain lebih mendekatkan diri kepadaNya. InsyaAllah segalanya akan lebih mudah walaupun seberat manapun ujian yang diberi. InsyaAllah.. ammiin..


~ingatan pada diri sendiri. ~_~

No comments: