Saturday, March 19, 2011

Riak dan ikhlas

Assalamualaikum

Allah sangat murka kepada mereka yang hidupnya menunjuk-nunjuk, mengampu dan mengambil kesempatan. Rasulullah menyatakan riak termasuk dalam kategori syirik dan baginda bersabda yang bermaksud:

"Yang aku paling takuti menimpa kamu ialah syirik yang paling kecil. Sahabat bertanya berkaitan dengannya, jawab baginda, ia adalah riak."

Ringkasnya, riak bermaksud beramal kepada manusia dan bukan kerana Allah. Ada manusia yang diselubungi perasaan beramal kerana Allah, tetapi pada masa sama ada sedikit perasaan riak apabila ingin dilihat orang lain. (zawawi,2011). Rasulullah bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap sesuatu perbuatan itu mestilah dengan niat dan tiap-tiap sesuatu perbuatan itu dinilai mengikut apa yang diniatkan."

Maknanya di sini, apa yang dilakukan perlulah ikhlas semata-mata kerana Allah! ~picit kepala. :p
Ia sukar dilakukan andai masih ada penyakit hati (riak). SubhanaAllah.

Seringkali makna 'kerana Allah' kabur dan tidak jelas. Niat kerana Allah juga bermakna bersama Allah. Justeru, ikhlas membawa makna kualiti kerana rasa diperhatikan Allah sebab Allah sebab Allah sentiasa bersama (zawawi,2011).

Antara petanda yang menjadi ukuran keihlasan sebenar supaya dapat elak daripada sifat riak:
  • tidak mengejar publisiti, melakukan kerja bukan hendak dipuji tetapi menunaikan tugasnya dan bila dipuji tidak lupa diri.
  • tidak suka menyalahkan orang lain. Orang ikhlas kerap menyalahkan diri sendiri. ~ada juga yang sengaja 'buat-buat' salahkan diri sendiri untuk menarik perhatian.
  • bekerja senyap jauh dari sorotan, mereka berkorban tanpa mengungkit. Mereka laksana akar kepada pokok, tertanam di dalam tanpa orang nampak.
  • tidak kedekut untuk memuji orang yang sewajarnya dipuji. Mungucapkan tahiah kepada mereka yang wajar dihargai. ~ada dua kelemahan manusia di sini. Memuji dan memuja pada yang tidak berhak. Tidak memuji dan menghargai orang yang patut dipuji.
  • bekerja tanpa mengira kedudukan, baik sebagai pemimpin atau pengikut.
  • gembira dengan kemunculan tokoh baru dan bersedia memberi laluan kepada mereka membuktikan kebolehan mereka. ~dicemburui sebab orang tidak ikhlas biasanya gelisah dengan kemunculan tokoh baru.
  • sabar dan istiqamah sepanjang masa, tidak lemah semangat, tidak buat ala kadar sebab pendorongnya kerana Allah dan bukan kerana manusia ~jika buat kerana orang, bila dipuji rajin, bila dikeji malas.
Ada seorang rakan blogger, mengingatkan saya tentang riak dalam hal-hal lain yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedar. Contohnya dalam penulisan juga. Tanpa sedar orang lain boleh beranggapan kita sengaja untuk berbangga-bangga dengan apa yang kita tulis. Diharap, tidaklah sedemikian rupa. Biarlah apa yang ditulis ikhlas dari hati dan tidak bermakna apa-apa sehingga membawa kepada riak. InsyaAllah lebih diberkatiNya. ~Seorang sahabat blogger ada menerangkan tentang hakikat riak beserta contoh lain. 

~sumber: harian metro 18 mac 2011

4 comments:

Kakzakie said...

Betapa syaitan tak jemu-jemu menggoda anak-cucu Adam ye. Biar selalu diingatkan tapi sifat riak ini ada waktunya tidak dapat kita sedari. Allahuakbar....

s a r said...

salam kakzakie :)

betul! syaitan sangat suka lagi menyesatkan umatNya yang sedang dalam bahagia hingga lupa asal usul. subhanaAllah.

thanks comment kakzakie :)

Bawang Goreng said...

Istighfar banyak-banyak mampu mengurangkan rasa riak, insya Allah.

s a r said...

salam cik onion :)

one of the alternatives

thanks comment!