Hari baru, tarikh baru, nafas baru. :)
Sirus indah mencorak di langit biru
Cahaya suria menambah seri
Kehijauan melambai disapa angin
Menitik embun membasahi bumi
Terasa dingin angin menyapa
Dengan lafaz bismillah kaki melangkah
Berbekalkan sedikit harapan dan semangat
Meneruskan perjalanan ke tempat yang dihajati
Kiri kanan sunyi dan sepi
Tanda penghuni keluar mencari rezeki
Tertanya sendiri kenapa diri masih kekal di sini
Allah lebih Maha Mengetahui
Kerana tarikh dan hari
Diri melangkah untuk melunasi
Keizinan ibu yang mengiringi
Terus ke destinasi, harapan diberi
Jelas di kejauhan
Sekawan lembu tenang meragut
Setenang angin yang menyapa lembut
Sedikit terganggu bila rasa diri diperhati
Destinasi yang dituju kian menghampiri
Jelas terlihat gerigi besi kaku berdiri
Hati mula berkata tidak pada diri
Ohh..akhirnya memang bukan rezeki
hmmm..
Keluhan terzahir sendiri
Otak mula mencongak tipisnya peluang
Alhamdulillah, satu lagi jalan diberi
Dalam hati mula berbunga sedikit harapan
Indahnya alam Maha Pencipta
Rasa syukur kupanjatkan kurniaan diberi
Peluang diberi terus megah berdiri
Apakan daya, ketiadaan penghuni
Rasa panas mula bermukim di hati
Disapa lembut bayu lautan di sisi
Alhamdulillah, masih ditenangkan hati
Terus sabar menanti peluang yang tadi
Mungkin hati tidak tegar menanti
Otak pula giat memikir strategi
Kaki mula mengorak langkah
Membawa hati yang kian parah
Alhamdulillah, padaMu ku bersyukur
Sekali lagi peluang diberi
Sedikit harapan dan kekuatan
Mengorak langkah ke lain destinasi
Suria mula memacak tinggi
Langkah deras ku atur menuju destinasi
Merenik halus peluh di dahi
Tidak menggugat semangat kini
Sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui
Apa yang terjadi kerana diri
Kealpaan yang bermaharaja
Tanda kelemahan hati
Syukur Alhamdulillah
Sekali lagi kupanjatkan kepadaNya
Kerana sebuah tarikh dan hari
Apa yang dihajati terlunas kini
~__~
s a r what.
s a r what.
2 comments:
kuatkan semangat yang bersisa
sinar kan muncul jua
meniti kehidupan
kesabaran ditagih
setiap penghidupan...
teruskan penitian itu
hingga tuntas hajat disanubari
oh kakzakie.
sekerat ayat yang cukup bermakna.
thanks kakzakie. InsyaAllah
walaupun dengan secebis harapan, sekelumit kudrat, tetap diusahakan.
:)
Post a Comment