~ahah. tajuk aku memang sengaja walaupun fenomena NoraElena telah berlalu. Banyak blog yang punya syok post pasal NoraElena tu. Tidak kurang juga yang meluah perasaan kerana tayangan drama tersebut telah memberi impak kepada segelintir anak cucu Adam yang menontonnya penuh perasaan. Pastinya yang terlebih emosi adalah kaum Hawa, tidak kira yang masih single mahupun tak single. Pendapat masing2 kan. Dah nama pun adaptasi novel, memang jalan cerita pun melayang-layangkan jiwa la jugak kan. ~ahaha. sila jangan tiru aksi melayang2 ni. :P
Sabar ke dia? Tak cukup kot. Ok. Memang aku tengok. Tapi, bukan dengan emo terlebih sampai berangan nak calon imam di hati persis watak Seth Tan tu. Part perangai baik dia, bolehlah. Part lain? Nono no! Nak cari calon, cari kat dalam program Imam Muda tu haa. jumaat ni dah final dah..~ahah. tu pun ada dah kena cop kot. ~eheh. jangan nak berangan s a r. forget it! betulkan mana yang tak betul lagi tu :p.
Jangan kata bab seSabar Seth tu, part2 romantik dalam drama tu pun jadi isu. Bak pendapat seorang rakan ku "istilah romantik mesti berlainan pada setiap individu, setiap orang mesti ada pandangan masing2 macam mana boleh menganggap sesuatu perkara itu sebagai romantik" Persepsi aku juga mungkin lain.
Bila fikir balik, ada ke semua part2 dalam drama tu sekarang ni? ~ahah. aku tak tau. Tapi dalam menjaga keharmonian rumahtangga, pokok pangkalnya, tetap agama. Islam sendiri ada menggariskan panduan dalam menjaga keharmonian rumahtangga. Just follow the step bak kata seorang rakan :). Seorang rakan ku tadi, menambah pula tentang tanggungjawab antara keduanya. Sedar akan tanggungjawab yang sewajarnya dijalankan as husband and wife.
Kita kan ada Rasulullah saw yang maksum. Baginda contoh terbaik apa... Macam-macam dia ajarkan untuk mengekalkan keharmonian dalam perhubungan. Cuma bab yang boleh kahwin 4 tu ramai yang dah salah guna. Bab sunnah tu bukan main lagi nak ikut ye. Sunnah lain takmo pulak ikut.
Kembali kepada H A T I. Hanya Dia yang tahu apa sebenarnya yang tersurat dan tersirat dalam hati kita. Hmm...
~oh maaf. terEmo sikit. Ketiadaan hati melampau sekarang ni. Diri ini memang tak arif dan tak layak langsung bercerita bab nikah kahwin. Just basic ilmu dan fakta dari pengajian lalu serta pemerhatian sekeliling. Maaf sekali lagi. :)
Sekian...
"Dalam kehidupan kita, Allah SWT memberi kita untuk berjumpa dengan orang yang betul-betul menyayangi diri kita. Sekiranya leka, kita akan kehilangan buat selama-lamanya. Tapi kita tidak pernah tahu siapa orangnya, jika kita sendiri tak pernah sedar dan tidak pernah mencuba untuk menilai kehadirannya. Mungkin setelah segalanya berlaku dan kita kehilangannya barulah kita mula sedar kehadirannya cukup bermakna. Mungkin kita tak berpeluang untuk memiliki dirinya pada saat itu. Jadi, fahamilah hati seseorang itu sedalamnya dan curahkanlah rasa kasih sayang padanya dengan seikhlas hatimu" ~quote ni lupa sudaa dari sape. :D