Sunday, June 12, 2011

Diam!

Assalamualaikum..

Orang berkata itu ini tetapi kaw diam.

Kenapa kaw diam?
     Sebab aku tak nak apa yang diperkatakan berlanjutan dan hati aku jugak yang sakit nanti.

Kaw diam, hati kaw tak sakit ke?
     Sakit! Lagi sakit! Cukup Dia saja yang tahu macam mana sakitnya.

Serius? Why?
     Sangat serius! Sebab hati aku yang dah berkata-kata walaupun tidak dikurnia mulut. Mataku melihat. Telingaku mendengar. Tapi...Hatiku tetap berkata-kata. Tetap boleh mengundang dosa. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui... Astaghfirullah..

Kenapa kaw diam?
     Bila dah berkata-kata, lagi banyak yang buruk dari yang baik. Sekaligus mengundang sakit hati yang maha hebat dari aku diam. Kalau dah banyak kata, mengundang naik suhu kemarahan. Bila suhu kemarahan dah naik, tangkai hati mula dijentik makhluk lain to the maX! Bila dah to the maX! Apa pun boleh jadi. Astaghfirullah... 

Kenapa pulak lagi maha hebat?
     Sebab dengan kata-kata, aku boleh menyakitkan hati orang tu dan hati aku sendiri yang sakit sebab dah menyesal walaupun aku dah balas balik kata-katanya. Tapi...aku takkan dapat kepuasan pun dengan menyakiti hati orang lain. Tak tenteram!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
"Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)" 
(Al-A'raf:199)



~diam tidak bermakna kalah kan...

18 comments:

dreamygirl said...

lebih baik diam di kala marah kan..
sabar ye sar :-)

liyana said...

aah..
learn from life..
diam itu kdg2 lbih baik.

s a r said...

*cek dreamygirl>

yup. itu yang tebaik walaupun pajit. terpaksa telan juga. thanks a lot beb. :)



*cek liyana>

yup. berkata bila perlu. :)

Mohd Yusuf said...

smlm ada org kata kat sy, tapi sy diam je takut jadi perkara yg lain plak nanti...tapi bila sy diam, sy asyik terfikir je apa yg dia katakan sbb apa yg kawan sy katakan tu tak berasas langsung. hehehee

Kakzakie said...

Amboi adik kakak nie.... kakak pun diam juga nie. cuma jari-jemari ini yg bergerak.

Kalau mulut diam tapi mata menginati macam kucing tu. hehe... tajassus tu kucing oiii.... tak baik tau:)

Piasara said...

"banyak cakap byk buat silap!Lebih baik diam drpd berkata-kata kalau kata2 kita bakal 'membunuh' seseorang..."

nicksuhailee said...

betul2,kadang2 diam tu lg dapat selamatkan keadaan..
tp diam itu kadang perit..huu

hansuke said...

pajit? haha~

s a r said...

*encek mohd yusuf

hm, memang pun. kita diam tak membalas, tapi dalam kepala dok ulang tayang je apa yang orang tu kata kan..

lepas tu kepala pun jadi tak bape nak betul dah. ~eheh. ni saya :p

terlebih banyak cakap pun kadang2 lebih banyak yang tak berfaedah dari yang berfaedah. :)

saba je la..

s a r said...

kak zakie :)

ehehe.. angin monsoon bertiup kak. memang macam ni. :p

mulut je diam kan. jari jemari hebat berlari kan kak? eheh.

tu kucing intai sikit je. huu..

s a r said...

kak piasara :)

kak! tetibe saya nak like akak punye ayat. baik punye..!! ~eheh.

betul la tu kak. kadang-kadang tak perlukan kekerasan untuk membunuh seseorang. cukup dengan kata yang tajam menikam akan melumpuhkan jantung hati yang menjadi organ utama mengawal koordinasi badan dan fikiran.

thanks kak :)

s a r said...

cek nicksuhailee :)

yup. betul. dengan cara tu je dapat tutup balik mulut orang yang terlebih kata-kata tu. :)

tapi lepas tu, kena tahan je la bila kata-kata yang kita dengar tu ulang tayang dalam kepala kita. kelat pahit masam masin kena telan ooo... huu

s a r said...

encek hansuke! :p

cess.. bukan main lagi kaw eh. tu pun nampak :p

pajit= paHit la.. ~_*

Khairy said...

ada orang kata, diam tu tanda setuju..wakaka

Wan said...

hi cik Sar :)

Diam bukan mengalah.
Ia cara mencari Rahmah.
Mendekatkan diri kepada Allah.

cik sar byk kn bersabar ye..

kucing tu nmpak garang la..dia tgh marah ye..hihi

s a r said...

*encek khairy>

u make me laugh la encek. ahaha. tu dah masuk bab lain dah. tap ada je yang diam sebenarnya tak setuju tapi terpaksa setuju. eheh.


*encek wan>

hi encek! :)

thanks encek wan.

yup itu salah satu cara kita sentiasa ingat Dia sebelum berkata yang bukan2.

garang sikit je. tapi jinak. eheh.. but tengah merajuk. :p

fuad ansari said...

api kalau bertemu api buruk padahnya..

lebih baik jadi air.. selamat.. (",)

s a r said...

yup. itu yang terbaik. boleh siram api terus padam. huu.

thanks to be one of my follower :)