Monday, June 20, 2011

Gagal bab tegur!

Assalamualaikum :)

Hmm. Aku gagal di situ! Aku sendiri dalam proses memperbaiki diri agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kerana aku rasa aku tak layak untuk itu, maka aku memang gagal bab tegur walaupun aku sering diingatkan agar sentiasa ingat mengingati.

Aku kecewa kerana aku gagal menegur kerana aku juga seorang wanita. Mungkin disebabkan kedudukan, keberadaan dan kebandaran mereka menyebabkan aku tak berani dan rasa tak layak nak menegur. Aku tak punya kekuatan itu. Aurat! Sedih! waa..

Aku ingat lagi apabila abahku sendiri menegur cara pemakaian ku dulu dan aku ingat sampai sekarang. Disebabkan aku seorang yang lain jantina dari my siblings. Thanks Abah! Alhamdulillah. Aku dulu juga pernah ditegur oleh seorang hamba Allah yang berada hampir dengan ku. Aku ikut dan ingat lagi kata-katanya. Kenapa tidak kita berubah untuk kebaikan atas teguran orang lain yang lebih nampak tentang diri kita kan.

Tapi hari ini. Apakah yang berlaku sebenarnya??? Kenapa orang yang disayangi tidak ditegur seperti dia menegur ku dulu??? Bila ada orang lain mempersoalkan hal tersebut, jawabnya: "dah tak larat nak menegur sar. berbuih dah mulut ni bercakap." 

Aik! senangnya berkata. Okey fine! nampak gayanya memang dia tak kisah dah. Lupa ke pada hukum-hukam aurat yang pernah diturunkan kepada aku dulu. Hmm. Aku sedih sebab aku tak mampu nak menegur tentang hal itu semula kepada orang yang disayanginya. Sebab aku tahu, dia lebih sedia maklum tahu akan duduk perkara itu. Malah lebih expert dari aku yang masih jahil bab hukum hakam ni.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi anak saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang beriman, supaya kamu berjaya. 
(An-nur:31)


Sudah terang jelas lagi nyata takkan nak pakai sportlight stadium pula kan. Aku mengaku aku gagal untuk menegur sebab aku tak punya kekuatan itu. Dan aku tahu juga hukum apabila kita sama bersubahat dengan perkara yang kita tahu tapi tak mampu berbuat apa. Aku turut rasa tempiasnya... Astaghfirullah...

Tapi. apa yang aku boleh buat sekarang berdoa supaya mereka yang terlibat ini cepat tersedar dari lena yang hanyut dibuai mimpi indah bertemankan nafsu gelora dan hasutan makhluk yang sedang bergelak ketawa bertepuk tampar kerana kenyang dan senang hati melihat anak cucu Adam terus hanyut melayari tuntutan dunia yang sementara. 

teringat satu ayat: "Selangkah anak/perempuan keluar rumah tanpa menutup aurat, selangkah juga ayah/suami menghampiri neraka." SubhanaAllah...

~ingatan untuk diri ini juga agar sentiasa beringat. InsyaAllah..

18 comments:

Mohd Yusuf said...

sy pun susah jgk nk tegur org...nanti cakap saya nk tunjuk pandai plak... hu3

s a r said...

hmm. tu la tu. lsgi kslsu orsng terdekat. risau pulak terasa hati, sentap ke.
paling takut if dorang ingat tunjuk pandai pulak. tu yang tak nak tu.

Kakzakie said...

Apa pun cara menegur kenalah berhemah. Tidak boleh juga sesekali kata sudah tak larat nak memberi teguran jika ia adalah tanggung-jawab kita. Kelak akan dipersoalkan juga.

Bersama kita ingat-mengingatkan ye sar...

dreamygirl said...

sekurang2nya kita tunjuk contoh yang baik..dan doakan dia -)

Wan said...

hi cik sar :)

suka sy baca blog cik sar ni..byk ilmu yg bole dikongsi..slalu mengingatkn sy waktu sek dulu..hihi

Dalam membicarakan mengenai amar makruf nahi mungkar ini, kita tidak dapat lari dari satu hadis yg cukup popular iaitu:

Maksudnya: Daripada Abu Sa’id al-Khudri ra katanya, “Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman".
[Diriwayatkan oleh Imam Muslim]

sama2 la kita ingat mengingati ye..

takde lagi ke gamba kucing..hihi

s a r said...

kak zakie :)

ya kak. betul tu, lagi-lagi kalau nak menegur orang yang lebih tua dari kita. berat sikit tanggungjawabnya.

iya kak. InsyaAllah. akak pun boleh tegur mana saya if mana yang tak betul. thanks kak zakie :)

s a r said...

cek dreamygirl :)

yup beb, setakat ni, itu je yang mampu aku buat. kekuatan untuk menegur yang sepatutnya belum lagi ada. tapi aku akan cuba mana yang mampu. InsyaAllah :) thanks beb :)

s a r said...

encek wan :)

hi! :D

thanks encek wan.

saya pun suka kalau encek wan yang comment. mesti ada something nak share. I appreciate it! thanks a lot. sangat bermakna. :)

InsyaAllah. kita boleh saling ingat mengingati. :)

gambar kucing ada. kecik ada, besar pun ada. ayah dengan mak pun ada. eheh. tunggu la kalau ada post yang boleh letak gambar kucing2 berkenaan. ehehe

liyana said...

"Selangkah anak/perempuan keluar rumah tanpa menutup aurat, selangkah juga ayah/suami menghampiri neraka." SubhanaAllah...

dahsyat gk kak yer..
tu ayat kt mne..

hmm..tegur org..
agak ssh bab part ni
lbih2 lgkalu org tu tua lg dari kita..
niat nk tgur sbb syg kn dieorg
tp x berani..
berdoa je yg termmpu
lainla kalau hati org yg ingn ditgur mdh menrima tguran.kn..
btw teguran tu pntg but dri sy..
bleh baiki yg mne2 ade

Bawang Goreng said...

Assalamualaikum,

BG pun agak sukar buat teguran. Tapi baru-baru ini bila BG tegur seorang 'ustaz', nampaknya 'marah' benar 'ustaz' itu... Mungkin sebab BG tak layak tegur dia, mungkin juga sebab BG perempuan, jadi kepantangan dia ditegur perempuan... Entahlah...

Ustaz pun boleh fed-up? untuk dikongsi bersama.

s a r said...

cek liyana :)

cek liyana, maaf. akak tak ingat dari mana tapi dari someone blog. sorry.

but, hukum still berdosa kan bila seorang perempuan yang tidak menutup auratnya.

contohnya macam girl yang masih dibawah tanggungan seorang ayah. Segala dosanya, masih ditanggung oleh ayah dan ibu. Apabila dia sudah berkahwin, segala dosanya ditanggung pula pada seorang suami.

tidak seperti anak lelaki yang sudah baligh. Dosa dia sendiri yang tanggung dosanya.

maaf liyana. betulkan kalau akak salah. ini yang akak tau la. :)

hmm, yang berusia lagi payah dari kita. yang muda pula bila ditegur, tak dapat menerima malah dijadikan kita musuh pula. setakat ni, berdoa je yang mampu. maybe ada cara lain yang lebih baik untuk menegur. Dia maha kuasa kan. Semoga diberkati. :)

thanks liyana :)

s a r said...

waalaikumussalam cek BG a.k.a cek onion :)

hmm, saya dah baca entry tu. terkejut jugak bila seorang ustaz dengan lantang mengeluarkan pendapat sedemikian. maaf jika saya katakan, ianya keterlaluan menghukum orang.

diakui orang yang 'gilakan harta' seperti yang dikatakan. tapi pada saya mereka hanya telah digelapkan dengan harta yang ada ditambah pula hasutan2 halus. sehingga mereka menafikan hak yang sewajarnya. tapi tidak pula sehingga yang digelarkan oleh ustaz tersebut.

hm, entahlah cek onion. saya pun masih cetek lagi bab hukumhakam agama ni. tapi tak salah kalau tegur menegur ingat mengingati antara kita mana yang salah kan. :)

thanks cek onion kerana berkongsi :)

Bawang Goreng said...

Kadang-kadang bila jadi begini, kita rasa 'malas' hendak tegur, bak kata DrHMTuah... 'fed-up'... :)

s a r said...

hmm. betul la cek onion. saya tak nafikan. memang timbul rasa fed-up tu dalam hati. saya pernah adu benda ni dengan my mom. my mom pun kata tak tahu nak tegur macam mana. timbul juga rasa kecewa dalam hati sebab tak mampu tegur. thanks cek onion :)

Piasara said...

"haaah..akak pernah tegur ank buah sbb dia tak bc buku asyik tgk tv jer..(akk form 5 ms tu)....teruk akk kena ngan mak dia(kak ipar)..kena sembur,nyaris2 nk kena penampar juga seb baik smpat lari..esoknya akk lari dr rumah..skrg dh berbaik..skrg akk cuma akn tegur ank2 sendiri jer dlm semua segi pakaian atau pelajaran dll...org lain lantaklah sbb org skrg tk mudah terima teguran...silap2 dia akn jwb..'mak bapak aku pun tak kisah apasal lak awk kisah'..Ya Allah,bukakanlah hati2 mereka supaya dpt menerima teguran yg baik.."

s a r said...

yup kak. bukan senang nak tegur. lagi2 orang yang memang tak boleh kena tegur. bajet dia sendiri je yang betul. nak tegur orang tua lagi la saya takda kekuatan nak tegur. nanti dia kata saya tunjuk pandai pulak.

saya pun pernah jugak tegur kawan. tapi dia tak boleh terima teguran saya. last2, dia kata saya pulak. hmm. entahlah.

hope dibukakanlah hati mereka untuk menerima sebarang teguran. siapa lagi kalau nak tegur pasal kesalahan diri kalau bukan orang lain sebab diri sendiri tak akan perasan apa yang ada pada diri kita dan apa yang kita dah buat.

thanks kak :)

fa-rho-ha-alif-nun said...

Selemah2 iman adalah dengan membenci perkara itu dengan hati. Tak ada salah jika akak tak mampu menegur cuma kita harus membenci perkara tersebut di dalam hati dn berazam utk tidak melakukannya :)

s a r said...

assalamualaikum farhan :)

thanks for comment. sangat bermakna.

iya, itulah yang terbaik untuk diri sekarang ni. Sekurang2nya jadi panduan dan peringatan diri sendiri. terima kasih atas ingatan.