Sunday, June 5, 2011

Kata-kata

Assalamualaikum. :'(

Hanya kata-kata
Kerana kata-kata
Sekuat mana, segagah mana
Lagi kuat kata-kata

Kerana kata-kata
Hancurkan hati yang kuat
Punahkan semangat menggunung
Lumatkan lunyai hati perasaan

Kerana kata-kata
Rasa gagal segalanya
Rasa hina tak terkata
Rasa kerdil di hujung mata

Apa ada kata-kata?
Senjata tajam telus menikam  
Dihunus terus menikam dalaman
Punca lemah kondisi badan
Punca kuat gelap hati di dalam

Pendam rasa secebis kekuatan
Memohon mengharap hati ditetapkan
Dia Melihat lagi maha Menentukan
Pohon ditetapkan iman kekal di dalam.

Astaghfirullahhal'azim...
Astaghfirullahhal'azim...
Astaghfirullahhal'azim...

~by s a r



19 comments:

Anonymous said...

bagus kata2 nie. Lebih baik kita fikir dulu seblum berkata-kata sbb dgn kata2. mcm2 bleh terjadi...

s a r said...

hm, itulah yang sebaiknya. sebelum berkata fikir dulu apa kesan dari kata-kata kita tu.

terutamanya orang yang mendengar tu. boleh effect macam2.

liyana said...

amin..
hmm..thinks before ckpkan..
btw best lgu ni..tjuk pe?

s a r said...

cek liyana ;)

~eheh. ni bukan lagu cek liyana.
just luahan hati. ~uhu..

nurul said...

what has been said cannot be unsaid..
what has been done cannot be undone..
however we can repair it-but it depends..
so..the wise thing to do is think before we act..speak..
tq sar -)

dwatyKNY said...

benarla kata org... terlajak perahu boleh diundur... terlajak kata... tak dape nak tolong...

Kakzakie Purvit said...

Lidah dan mulut berfungsi mengeluarkan kata-kata
Terluah dari minda yg telah berfikir
tajamkan minda sebelum terluah kata-kata itu....

nobody said...

Assalamualaikum dear :)

~ehehe
memang dah agak akan ade orang ini lagu...

tu lah
hebat adik manis kite ni
luahan hatinye amat bermakna

are you baby?
hope you ara fine :)

Mari kita hayati ayat ni
An-Nahl 16: 97-99

Dan sunggu, Kami mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan, maka bertasbihlah dengan memuji TuhanMu dan jadilah engkau di antara orang yang bersujud, dan sembahlah TuhanMu sampai yakin (ajal) datang kepadamu...

Muga dapat jadi penawar hatimu, sayang :)

s a r said...

cek dreamygirl >

you are most welcome dear :)


cek dwaty >

~eheh. memang takda sape nak tolong. makan hati ooo.. ~uhuu


kakzakie >

Luv kakzakie ^^,
kadang2 apa yang difikir juga lebih dipengaruhi emosi menyebabkan apa yang terluah lebih menyakiti demi memuaskan hati. thanks kakzakie :)


dear kaklong :)>

~eheh.malu saya. uhuh. nak luah straight malu. :p ni je yang mampu.


alhamdulillah, seperti hari2 sebelum ni juga. cuma nak jadi lebih kuat je. ~eheh :)

kamu sunggung ke'busy'an ya?? :p

thanks dear atas ingatan. luv u cek nob. :)

kamu pun. hope lebih kuat hadapi semua. espacially about your heart. :) take care :)

Wan said...

hi cik sar :)

Nabi Muhamad SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara,yakni perkara baik dan buruk.

sebgaimana sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud:“Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku(Muaz)menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas,jagalah ini (lidah) baik-baik.Aku(Muaz)pun berkata pula:Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami?Lalu Baginda SAW menjawab:Moga-moga Allah peliharakan engkau.Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

cik sar,gamba pisau tu ganaz la..hehe

s a r said...

hi encek wan :)

i was very touched. ~uhu.

thanks a lot and i really appreciate it. :)

terima kasih atas perkongsian. terharu sangat. :)


encek wan, biasalah kalau ikut perasaan. gambar pun nak ikut rasa time post ni. ~ehehe.

thanks again :)

Wan said...

hi lagi cik sar :)

tu la sy baru pasan..selain gamba pisau..gamba smiley pun sedih je...

Bila ketetapan tuhan.Sudah ditetapkan..Tetaplah sudah..Tak ada yang bisa merubah Dan takkan bisa berubah..

Semua kan baik baik saja ;)

s a r said...

hai lagi encek wan :)

~ehehe.

hm, betul tu. dah berlaku seperti yang dijanjikan tetap akan berlaku. terima seadanya. tu je yang boleh buat kan?

insyaAllah. thanks encek wan :)
~nak pupuk supaya jadi kuat lagi je ni. uhu.

sekadar satu coretan said...

selamat malam...
kak ain singgah bace ye...

s a r said...

selamat malam kak ain.

sila-sila. terima kasih sebab sudi ke mari :)

chichi said...

saya manusia biasa yg lemah pada kata2 tajam berbisa..hati saya tak kuat untuk menampung penderitaan..air mata pula senang jatuh mcm hujan..

salam kenal.

nobody said...

Assalamualaikum dear :)

~ehheehehe
saye memang "busy" sikit
taip komen kat awak pun tunggang langgang...
heheeheh

salah eja lah hapelah
sowie ye adik manis :)


muga awak makin kuat ^^

cayang die
mmuuuahhhh >"_"<

s a r said...

chichi>

hi salam perkenalan. thanks sebab sudi datang jenguk sini :)

hm, tu la. kadang2 sebab kata-kata je hati hancur luluh. kesabaran yang tinggi yang diperlukan. insyaAllah. semoga tabah :)

s a r said...

cek nob dear :)

eh kamu, tidak mengapa. saya tahu kamu busy. thanks, sebab susah2 jenguk2 sini :)

insyaAllah. thanks dear :)