Monday, February 28, 2011

Adik-adikku

Assalamualaikum

M: kaw tengok cerita apa?
ak: adik-adikku.
M: hmm? ~angkat kening
ak: haah. makin best kita rasa dari yang tahun lepas punya.
M: ooo..~terus tinggalkan.

Mungkin sesetengah orang tak perasan program kanak-kanak sekarang ni kerana terlalu banyak. Lebih-lebih lagi, kumpulan sasaran adalah golongan kanak-kanak sahaja. Contohnya, ada program-program yang hanya berkisar kepada hiburan semata tetapi masih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Tidak aku katakan yang program sebegitu tidak baik. Pasaran penyiaran sekarang lebih kepada program-program yang berbentuk hiburan. Ianya sekadar pendapat aku. Tetapi tidak pula bagi program Adik-adikku yang masih di dalam platform hiburan tetapi lebih kepada ilmu-ilmu agama atau dengan erti kata lainnya menerapkan unsur-unsur keagamaaan dalam diri kanak-kanak tersebut. Satu pendekatan yang baik dalam memupuk generasi yang berguna pada masa hadapan. InsyaAllah.

Jika dilihat, adik-adik yang menyertai program ini juga terdiri daripada mereka yang berlatar belakangkan pegangan agama yang baik yang mana ahli keluarga sendiri yang memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai program sebegini. Selain dapat mencungkil bakat anak-anak ini, mereka juga diberi tunjuk ajar dalam segala hal tetapi masih di dalam landasan yang sama iaitu lebih kepada keagamaan. Program ini memperlihatkan keberanian adik-adik dalam berkomunikasi dengan lantang di hadapan orang ramai sekaligus menunjukkan kebolehan dalam menyampaikan suatu info yang sangat berguna kepada kita. Ini kerana secara tidak langsung, adik-adik ini sebenarnya sebagai penyampai dakwah cilik kepada penonton-penonton berdasarkan hujah-hujah yang disampaikan.

Tidak salah andai kita yang sudah berumur ni ~sudah berumur mungkin :p~ menonton program kanak-kanak seperti ini kan. Yela, mungkin bagi diri ini yang masih kurang ilmu agama teramatlah sesuai kerana dalam setiap hujah yang disampaikan tidak kiralah sama ada kisah-kisah nabi topiknya. Tetapi, contoh-contoh akhlak nabi, hadith-hadith Rasulullah, hadith-hadith Allah yang begitu menarik perhatian selain contoh-contoh daripada kehidupan harian kita menjadi isi-isi penting dan boleh dijadikan ikhtibar.

Bukan semua orang berani bercakap dengan lantang di hadapan orang ramai bukan? Aku sendiri belum tentu boleh buat sebaik anak-anak ni. Alhamdulillah, setiap penyampaian anak-anak ni mendapat pimpinan daripada Murabbi-murabbi pengalaman yang dilantik. Sangat bertuah anak-anak ini. Dari kecil lagi telah diasuh dengan didikan yang cukup baik daripada keluarga dan berpeluang pula menyertai program seperti ini. InsyaAllah anak-anak ini nanti menjadi orang yang berguna pada masa hadapan. InsyaAllah. Seperti pesanan Imam Al-Ghazali:

"Jika kamu mahu melihat nasib masa depan bangsa, masyarakat, dan agama pada masa akan datang, lihatlah keadaan remaja kamu pada hari ini. Jika mereka baik dan hebat, maka keadaan yang sama akan berlaku pada masa hadapan dan begitulah sebaliknya"

Dari sudut positif dengan melihat daripada program ini, InsyaAllah, lahirnya anak bangsa yang berguna pada masa hadapan. Jika kita lihat dari sudut negatif dan berdasarkan pemerhatian kita terhadap isu-isu sosial yang berlaku kini, ianya agak membimbangkan apabila adanya kes-kes salahlaku jenayah dan masalah sosial melibatkan golongan remaja. SubhanaAllah. Tidak tahu apa yang perlu aku katakan kerana ianya berada pada tahap yang membimbangkan. Sebagai contoh kes pembuangan bayi yang tidak pernah surut. Itu belum lagi menyentuh masalah sosial lain pula. hmm.

Seperti hadith Rasulullah saw yang menyebut:

"Umat Islam diakhir zaman yang ramai tetapi sekadar buih-buih di lautan" 

Yang bermaksud, tiadanya kekuatan seperti buih-buih tersebut yang terlalu rapuh dan akan hilang sekelip mata andai di pukul ombak. Begitulah juga manusia, andai hilangnya pegangan dalam hati, tidak mustahil kita juga menjadi buih-buih tersebut yang terlalu rapuh dan akhirnya hilang tanpa arah dalam dunia mereka sendiri. Astaghfirullah.. Andai ianya terjadi, di manakah kedudukan kita di sisiNya nanti? Wallahua'alam. Hanya Dia yang mampu menilai.



~Dr. S! cayalah doc! Lama sudaa tak nampak! thanks doc! :)

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak suka rancangan ini. Inilah satu-satunya masa anak kakak boleh menonton tv (selepas mandi petang) waktu lain terhad.

p/s: suka budak lelaki yang azan mangalahkan bilal masjid. :)

s a r said...

salam kakzakie! :)

oh yeke kakzakie. bagus la. terlebih tengok tv sangat pun tak ok sangat sebab banyak citer yang kurang info dari yang melalaikan. :)

~betul la kakzakie. kalau diorang kasi contoh ayat al-quran pun, sedap je diorang alun macam bertadarus.

thanks comment kakzakie :)