Saturday, June 18, 2011

Malu aku

Assalamualaikum :)

"Jika kamu mahu melihat nasib masa depan bangsa, masyarakat, dan agama pada masa akan datang, lihatlah keadaan remaja pada hari ini. Jika mereka baik dan hebat, maka keadaan yang sama akan berlaku pada masa hadapan dan begitulah sebaliknya." 
(Imam Al-ghazali)

Kali kedua aku post (entry lalu) petikan ayat kat atas tu untuk ingatan diri sendiri sebenarnya. Agak klise nak cerita fiil anak remaja sekarang kan sebab semua dah tahu tahap masalah sosial remaja kita hari ini. Dulu tajuk 'kemaruk berhibur', dan pengalaman aku sendiri menghadiri majlis besar. majlis meriah II. Hanya untuk peringatan. Terutamanya yang bakal menjadi ibu bapa kelak. ~insyaAllah, termasuk aku. Cabaran begitu hebat pada masa akan datang. Tengok sahaja apa yang berlaku pada hari ini.

Kalau dulu, aku pernah tengok adegan merajuk memujuk di tepi jalan. Tapi hari ni, pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan adegan tampar menampar plus sound mensound di hadapan rumah. Apakah??? Malu aku... ~maaf bukan aku yang terlibat. Aku sekadar pendengar sebab ianya berlaku di hadapan rumah aku dengan high pitch sehingga jiran tetangga keluar melihat adegan tersebut. Aku tak tahulah pangkal pokok ceritanya sebab aku jenis malas nak ambik tau hal keluarga orang. Aku nak tutup telinga pun tak boleh. Sebab kuat sangat jeritnya. Tadah je ler.

Apa yang aku boleh kata dari butir bicaranya, makcik ni memarahi satu couple (gurl tu ada ikatan sedara dengan makcik tu). Makcik tu kebetulan lalu dan nampak si guy menampar si gurl. Sekali kene basuh kaw-kaw dengan makcik tu. Yang gurl tu paling dasyat kena marah. Sebab setahu aku gurl ni agak sosial. Umur sangatlah muda. Tinggal kat kawasan rumah aku ni tak sampai setahun pun. Asalnya duduk bandar. Tak tahulah apa kes yang menyebabkan orang pekan boleh pindah duduk kampung jauh dari mak ayah. Aku rasa ada sebab lain agaknya yang menyebabkan makcik tu hangin satu badan. Cuma apa yang aku tahu, hari-hari couple ni mesti lalu depan rumah aku ni.

~gambar memang takda kene mengena :)

Aku kata malu tadi sebab, melibatkan orang perempuan. Kesalahan jatuh terus menerus atas perempuan. Sebab apa? If tak pandai jaga batas pergaulan, lain jadinya. Orang sekeliling takkan salahkan lelaki. Orang akan sebut perempuan tu buat tu, perempuan tu buat ni. Keburukan semua jatuh pada perempuan. Kesan semua pada perempuan. Punca pun semua pada perempuan. Astaghfirullah...

Allah jadikan wanita dan anak sebagai satu ujian di dunia. Sebab wanita tak menjaga aurat dsb, boleh menimbulkan fitnah umpat keji manusia. Anak, salah asuhan padah pula jadinya. Jauh berbeza anak muda dulu dengan kini. Hilang segalanya. Islam hanya pada nama. Melayu hanya pada rupa. Astaghfirullah... ~ingatan untuk diri ini.

Kini, menjadi cabaran kepada ibubapa. Dunia semakin maju, bukan semakin mundur. Bertambah maju, bertambah advance juga pemikiran anak muda sekarang ni. SubhanaAllah, bila tengok apa yang dah jadi depan mata, semakin takut nak membayangkan apa pula yang jadi pada masa hadapan. Astaghfirullah... Semoga Dia melindungi kita dari segalanya. InsyaAllah...

14 comments:

Kakzakie said...

Memandang scenario yg sar paparkan kecut kakak kerana kakak punya 3 anak dara. walau semuanya masih kecil dan belum mengerti rencah sekitar kenalah kita jaga dari sekarang. Iman amat penting itu yg mesti.

Takut seperti kata imam Al-Gahzali kerana anak muda inilah yg akan jadi pemimpin akan datang.

s a r said...

hmm. tu la kak. sangat bahaya sekarang ni. Tak boleh sikit pun terlepas pandang dengan anak-anak ni. Lagi2 time dorang remaja. Jiwa berkobar lain macam kan.

InsyaAllah kak. anak-anak akak, akan jadi anak2 yg baik. InsyaAllah.

Saya yang belum lagi ke alam tu pun, dah risau dah. Bukan apa, zaman saya nanti lagi advance kan. Takut je.

Mohd Yusuf said...

pnh jgk dgr kata imam Al-Ghazali tu. Tak tahu la skrg nie dgn mslh sosial...Dalam paper pun ada rancagan nk buat universiti sosial kot. Ish2...

s a r said...

hmm. tu la tu. tak berani nak cakap lebih. semua atas diri sendiri je sekarang ni. Kurang pegangan yang sebenar, lagi mudah kita tersimpang jauh.

astaghfirullah. semoga kita semua diredhai. InsyaAllah.

nobody said...

Assalamualaikum adik manis :)


mish u mish u
^^

saje singgah lepas rindu :)

teringat pesan Nabi,
" Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu"


*yang sedang mengupgrade rasa malu*

:(

thanks atas ingatan ni dear :)

take care ^^

s a r said...

waalaikumussalam my dear :)

miss u too ^^,

waa..busy kamu ya. semangat study. :D
gudgudgud! :)

^__^ untuk ingatan bersama, InsyaAllah...

take care kembali dear. ^^,

ganbatte! :D

liyana said...

salam kak

hmm..nape leh jd cmtu eh..
sbb krg kasih syg ke?
ssh gk nk jge anak pmpuankn

s a r said...

waalaikumussalam liyana :)

hmm..entahlah liyana. Akak pun tak tahu. apa-apa pun, semuanya dari pucuk asuhan mak ayah jugak. Sebab anak dibentuk dari macam mana mak ayah tu asuh.

macam orang kata, jaga sorang anak perempuan lagi susah dari menjaga sekandang kambing.

hmm. semoga kita sentiasa beringat je liyana. pada masa akan datang pun kita tak tahu apa jadi kan. :)

hansuke said...

salam.

dah lama aku tak baca post ko. aku perasan ko skang dah semakin improve dalam style penulisan. ada flow dari segi perbincangan, aku suka..:)

teruskan usaha sar..

memang pon isu ni tak mungkin boleh abis dalam masa terdekat, sebab bila remaja yang bermasalah tu dah dewasa, akan datang pula remaja yang lain pula pada tahun berbeza-beza, so sampai bila mungkin semuanya ok agaknya? susah jaga.

tapi yang penting, dakwah harus diteruskan untuk mengajak manusia kepada kebaikan selaras dengan ajaran Rasulullah saw. inshallah.

s a r said...

waalaikumussalam :)

:D
thanks beb sebab sudi dan sempat lagi baca blog aku. Aku tau kaw busy dengan kerja :)

InsyaAllah. thanks again. Aku cuba lagi baiki mana2 yang kurang sebab aku tau before ni more to emosi. ~malu aku :p

hmm, yela beb. macam takkan habis je. silih berganti saban tahun.

InsyaAllah. buat termampu. thanks eh beb. banyak ingatkan aku before ni. :) kaw take care :)

liyana said...

sar,..
aah kak..nice explanation..thanks

s a r said...

:D

u r most welcome liyana :)

hansuke said...

susah jaga anak pompuan dari jaga kambing? aku ingat ko yang kambing sar..hahahah~

s a r said...

cessss....

banyak la kaw punya kambing.
masyaAllah mulut kaw. ade ke pulak aku yang kambing. hampeh! :p

ibarat je la pakcik oi. bukan aku kata, orang yang kata. ~ahah ;p