"Setiap Ujian adalah peluang"
Sungguh bermakna kata-kata ni dan pastinya mesti ada yang pernah dengar ayat ini dituturkan. Kata orang hidup ni satu perjudian. 'Life is gamble'. Tu orang katalah. Eh, lupa pulak, Life is an open secret kan. :D. Diakui segala perjalanan dan ketentuan hidup kita sudah tertulis. Hanya kita yang tidak tahu ke mana arah yang sebenar dan tidak dapat hendak meramal atau mengagak apa sebenarnya yang berlaku pada masa hadapan. Tu yang orang cakap macam tu kot. Di sinilah pentingnya panduan dan petunjuk dariNya kan.
Makanya, dalam penentuan hala tuju hidup, selain milikNya mutlak, kitalah sebagai pelakon yang membuat keputusan untuk menyelesaikan segala pertimbangan. Semua atas diri kita. Nak baik, maka berbuat baiklah. Begitulah sebaliknya. Hmm..
About test. Siapa kita untuk mempersoal ujian yang diberi. Persoalan KENAPA atau WHY memang takda jawapan. Kerana ia milikNya. Apa yang dimaksudkan oleh "setiap ujian adalah peluang" di sini adalah peluang atau kesempatan kita merapatkan diri denganNya apabila tiap kali dihujani ujian dan dugaan. Tapi, harus diingatlah. Bukan time susah aja baru nak cari Dia. ~ni dah salah ni. susah senang kerana Dia kan. :)
Ujian yang Dia turunkan kepada kita merupakan peluang terbesar untuk kita merapatkan diri denganNya. Pernah kan dengar orang kata 'alaa... dah terkena baru nak ingat Allah'? Manusia tak lari dari melakukan kesilapankan. Syukur Alhamdulillah diberi lagi peringatan agar kita kembali kepadaNya. Cuba bayangkan pula kepada mereka2 yang langsung tidak mensedarkan dirinya terhadap ujian yang diberi. Still buat tak tahu aja, malah ada pulak yang sesuka-suki memarahi dan semakin hilang percaya pada Dia pula. Gila ke apa. Kaw nak kena panah petir ke oi! Jangan sesekali dibuat ok. Yakin!
Contoh macam kita nak berjaya. Banyaklah juga ujian dan halangan yang kita lalui kan. Kalau kita tak lalui, manakan kita nak dapat peluang untuk berjaya kan. :) ~eh macam tak kena pulak contoh ni ha... maaf
~ni memang ambik PELUANG untuk TIDO! :p |
Oleh yang demikian. Janganlah lepaskan peluang yang ada. Mungkin ianya peluang yang terakhir, atau juga peluang yang mempunyai seribu hikmah yang tersembunyi dan kita sendiri tak dapat nak pastikan. Allah tak pernah janjikan keburukan kepada manusia yang sentiasa beringat kepadaNya. InsyaAllah. Beruntunglah dan bersyukurlah s a r dengan apa yang diberi dan diperingatkan kepadamu selama ni. SubhanaAllah. Alhamdulillah. InshaAllah.
#~one of the dialogues in Nur Kasih the movie. :D
17 comments:
baru perasan, ko baru je post kul 11pm. haha~ aku suka gambar kucing ko ni :) banyak betol gambar kucing ko..haha~
aku selalu komen tak kena tajuk dan isi post ko kan? ehe~
hm..ikan tu ko ke yg sorang2 tu? letak la satu lagi beb :P
~ahaaha. aku kan pencinta setia haiwan berbulu ni. ehehe. salahnya kucing ni bukan kucing aku. kucing pinjam je. :D
kaw kan suka komen lari topik. tapi takpe, aku terima kelarian topik kaw tu. :P
kalau aku letak 2 eko, nanti aku nak kena letak nama lagi satu pulak. tu satu je nama tu, maknanya buat masa ni satu je la. ahah. tunggu berdua la baru letak. :P
rasa mcm sedih pula bila betul2 baca entri kali nie. Ujian adalah peluang utk dekatkan diri dengan Allah... TQ kongsi entri nie... :)
assalamualaikum...hmm...orang2 yang diberi rasa kehambaan akan merasai bahawa ujian itu nikmat kerana dengan ujian dia sedar bahawa Allah amat menyintainya, dengan ujian dia pasti sedar bahawa Allah itu maha besar...sedangkan, orang2 yang lalai merasakan ujian itu seperti beban..sedangkan dia tidak menyedari nikmat yang diberi kdang2 melalaikan..jadi, itulah yang dikatakan nikmat itu ujian..dan ujian adalah nikmat...(",)
#encik askura
:)
sama2 kaseh.
untuk ingatkan diri ini sendiri juga.
thanks yep sudi baca. :)
#cikgu ma
waalaikumussalam cikgu :)
hm, betul cikgu. kekadang kita ni selalu je sebenarnya terlepas pandang. walhal atas segala nikmat yang diberi tu segalanya bersebab. terutamanya nikmat yang baik. kekadang terlalu asyik hingga terlupa siapa pemberi nikmat tu. kesedaran tinggi sangat penting kan. sedar di mana kita berpijak dan sedar akan apa jua nikmat yang diberi.
thanks cikgu. sangat menarik katamu. :)
namanya juga life is gamble,maka ada pasang surutnya ujian yang kita terima.ada yang menarik perasaan suka,dan ada yang membuatkan kita berduka.
di antara keduanya,kita perlu bersedia menerima kemungkinan berjaya dan menemui kegagalan.pada seluruh kesimpulan,ianya didatangkan oleh tuhan,maka dengan itu kita tahu,tuhan sediakan hikmahnya supaya kita senantiasa mengingati-NYA.
yep. itu sebab juga kita tak mungkin lepasakan sebarang peluang yang ada kan.
thanks encik ghost. :)
:)
memang benar kate kamu dear ^^
-muga next ujian, saye lulus cemerlang (selalu tak cemerlang... isk isk)
~haish! kamu jangan cakap macam tu.
setiap ujian yang dihadapi kene diiringi dengan usaha dan doa kan.
chaiyo! chaiyo! kamu boleh dear :)
ujian adalah peluang utk kita jadi lebih kuat
nice entri sar...
hidup adalh peluang... dan kita kenala ingat...
“Sesiapa yang ingin agar Allah memperkenankan doanya di saat-saat sempit dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan berdoa di saat-saat ia senang.”
Read more: http://dwaty85.blogspot.com/2011/08/doa-itu-senjata-mukmin.html#ixzz1ZhA5Idni
"assalamu'alaikum sar..alhamdulillah..kita di beri ujian bermakna allah nak menguji iman kita..makin kuat iman kita makin kita disayangiNya..rugilah kalau kita diuji,tp tak sedar ttg tujuan ujian itu dn makin lupa..malah asyik bertanya why me?..why me?..smga kita bkn dikalangan org2 sebegitu..Insyaallah.."
syukur padaMu ya Allah..
kerana ujian2Mu telah menyebabkan sebilangan manusia dekat kepadaMu dan terus berusaha utk dekat kepadaMu walaupun telah berakhir ujian tersebut..
tatkala tanpa ujianMu menyebabkan manusia leka dan terus lalai dengan kehidupan duniawi..
#cik norsha
inshaAllah kak. :)
#cik dwaty
thanks :)
betul tu. nice quote tu. sangat suka. thanks yep.
#kak pia
waalaikumussalam kak. inshaAllah. moga kita bukan di dalam tu. InshaAllah. yalah kak. apa diturunkan semua sebagai peringatan kita kepada Dia. apa2 sume berbalik kepada Dia. thanks kak. :)
#encik fuad
alhamdulillah. penting ujian yang diberi sebagai peringatan. menjauhi dari kita alpa dan terleka dalam apa jua yang kita lakukan.
Alhamdulillah. jika tidak, sudah lama kita jauh dari Dia kan. Thanks encik fuad. :)
Salam.sar,aku sedihla.Kucing aku pelihara scr xofficial kt umah mati..anak kucing mati.Mak kucing sebenarnye kucing liar,tapi ak selalu bg makan,so die selalula dtng umah aku.mak die dh lahirkan 3 anak.Ak rs 2 dah mati kecik2 lagi.Ade seekorje yang hidup..Family ak blik kg,so xde orng bg mkn 2 hari.Td adek aku cakap dah mati masa bru je balik dr kg td,jumpa kt dalam longkang rumah,mak die mengiau-ngiau.Boleh ke anak kucing mati sebab xbg makan 2 hari?anak kucingtu rsnye umur 2/3 bulanlah..Tapi mak die ada,mesti mak die cuba cari makan kt mane2.Kawsn rumah jiran terdekat2 akutu lagi ada kucing.waahh..sedihnye..ak dahla macam beria-ia nk ada kucing..-((
Post a Comment