"Cikgu jangan nak marah/rotan saya. Kalau tak saya terjun dalam laut"
~mentang2lah sekolah depan laut.
MashaAllah. Itulah hakikat hari ini yang terpaksa ditelan oleh guru sekarang di dalam arena menyampaikan ilmu di zaman kekuasaan pelajar (gila kuasa) di sekolah berbanding guru. Menyeramkan...
Kesian cikguku itu. "Dulu zaman korang, nakal jugak. Tapi takda pulak sampai nak kena warning dengan korang. Ni sampai cikgu yang takut nak ajar student ni."
Hampir 1 dekad aku tinggalkan zaman sekolah, dan diakui zaman ku itu, senakal-nakal aku dan rakan2, semerajuk cikgu dengan aku dan rakan2, semarah cikgu dengan aku dan rakan2, belum pernah kita orang nak kasi warning kat cikgu if kami kena rotan ke apa ke. Bila mengadu kat mak ayah pun, mak ayah siap kasi lampu hijau lagi suruh tambah rotan. Tu belum kes, kami sendiri disuruh memilih saiz rotan. :D. Ni zaman aku sekolah dulu... dulu kala...
Sekarang? "Kau jangan nak pandai2 sentuh anak aku. Aku jentik dia pun tak pernah, kau jangan nak pandai2 ajar anak aku!" ~skrip drama. :D. Tapi itulah jugak yang berlaku sekarang ni. Pantang anak kena jentik sikit, see u in court! Seram!
~encik jaws, gigitlah dia yang nak terjun laut tu. :D |
Sayangnyalah... orang nak kasi ilmu, dia boleh nak ugut2 pula. Ni kes kecik je ni. Kalau dah sorang buat, tak mustahil satu sekolah pun nak buat kan. Makanya, boleh satu malaysia pun nak ikut cara gaya ugutan ni. Astaghfirullahal'azim. Nanti mak ayah salahkan siapa? Cikgu jugak. Cikgu jugak... Ish ish ish... Rasanya lagi teruk dari kes ni pun adakan. Murid lempang cikgulah... macam2lah.
Ini antara cabaran guru sekarang sebab anak2 sekarang makin advance selari dengan negara yang sama naiknya. Negara makin nak maju, zaman rasanya yang nak mengundur ni. Hmm... nauzubillah... pastinya aku juga makin takut untuk mengharungi zaman mendidik anak di alaf kemajuan melampau nanti. SubhanaAllah. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari itu semua. inshaAllah.
15 comments:
Kakak ada dua scenario betul: -
1. Kakak marah adik. Dia kata "mama jangan marah, nasihat aje..."
2. Anak saudara kakak (lelaki) guru besar sek di Perlis - jenis keb Cina. "Cikgu ambil rotan ini utk pukul anak saya SAJA kalau dia bersalah"
Renungkan sar...
Salam kak Sarku. :)
Betul lah. Dulu kool je kena berdiri atas kerusi. Haha. Sekarang? Hmm. Mak ayah semakin manjakan anak2.
cabaran besar buat para bakal pendidik...
apa nak buat mak bapak lebih prcayakan anak2.
budak budak zaman sekarng ni dah manja sgtt
sayang tul,cepat sangat zaman berlalu.dan ia sekaligus membawa perubahan dalam pendidikkan dan cara didikkan.
selamat pagi cikgu.....(dengan nada upin dan ipin serta kawan2) ngeeee..
sihat ke adik cumil?
ermm...setuju...setuju...lain sangat3..dengan zaman dolu2...dulu, mana ada kes mak bapak saman cikgu..(dipend on situation) kalo cikgu tak cabul murid..
zaman kami dulu cikgu bleh lekuk pale kalo budak main, sekarang budak melawan, kalo tak pecah cermin kete, tayar dibuang angin...
hahaha, ada jgk sekolah tepi laut ye...
sy pun pelik, knpa sampai tak bgi cikgu rotan ank?? tak kan nak manjakan ank kot... agak2 la kalau nk manjakan ank....aish...bdk2, ibubapa2 zaman skrg... harap2 jgnlah kita jadi ibubapa mcm tu...hahhaha muda lagi dh nak jadi ibubapa...
#kakzakie
alamak akak! anak akak pun kasi ayat tersirat tu ha. :D
erm, macam2 hal sekarang ni. tak tahulah kak. risau aja. seram pun ye jugak budak2 sekarang ni. hmm. thanks for sharing kak :)
#cik PENCHENTAqu
waalaikumussalam dik.
betul2. akak pun. siap berdiri atas meja. kene rotan lagi. belum kene jemur lagi. cool je. ahaha.
tapi sekarang. mak oi! mengalahkan apa je dah. makin hebat sekarang. jauh benor bezanya. hmm
#encik abdullah.
sangat betul. dah berat dah.
#cik zue
erm, tu la tu. tu yang kekadang kene tipu depan2 pun tak perasan. hmm. tak tahulah. minta dijauhkan kita dari semua tu. inshaAllah.
#encik delarocha
sangat betul encik. kekadang, manja yang bukan2. mak ayah boleh follow je yang tak tahan tu. hmm..
#encik ghost
erm, segalanya seiring. tapi seiringannya tak berapa nak kena. :)
#cikgu ma
selamat pagi cikgu! :D
alhamdulillah. sihat sejahtera. hati je tak berapa nak sihat lately ni. hee
betul2. sangat susah dengan saman menyaman cikgu masa dulu. tu pun tengok kes. sekarang? tegur sikit anak, kereta jadi mangsa gores dan menang. ish ish. agak menyeramkanlah budak sekolah sekarang. tu belum yang cikgu kene pukul balik. kes cikgu kene buli pun dah tak heran dah sekarang.
hope anak2 murid cikgu yang terbaik. inshaAllah. :)
#encik askura
hahah.. ada. sekolah saya la tu. eheh. sangat dekat dengan laut. huu.
amboi! kamu memang sangat muda. eheh.
hm, tu la tu yang jadi sekarang. out of control bebudak sekarang. siap saya dengar cikgu sekarang mengajar pada mereka yang betul2 nak belajar je. yang nak buat hal tu dorang dah tak cakap banyak dah, biar je sebab budak2 tu tak boleh nak kena tegur sikit. hmm.. bila result teruk, dorang boleh buat cerita kata cikgu tak nak ajar la apa la. hmm.. tak tahu la camne sekarang.
p/s- risau nak jadi parent. uhuu.
salam.betul sar..hari tu ak balik mak aku cite cikgu sekolah die keresahan dah sebab dia pukul/rotan anak muridtu..ank murid ngadu pastu mak ayah repot polis xsilap.mak ak sebagai guru cakapla,orng yang xtahu ape2 mudahje menyalahkan cikgu,tapi xtanye kenapa cikgu tu buat cmtu..
waalaikumussalam nurul
pulak,..
takdanya sampai cedera parah kan.
kekadang makayah ni cepat sangat melatah. tu yang kekadang tak sampai mana pun report polis tu. polis tu pun kekadang malas nak layan kes2 macam ni melainkan kronic case je.
Post a Comment