Saturday, October 22, 2011

Lain orang lain cara

Assalamualaikum :D

seronok rupanya cerita jom kahwin ni. hee. walaupun brodband aku telah mensewelkan dirinya dan aku? terpaksa mencari alternatif lain dan ditambah pula akan emosi yang dilanda tiupan angin mana entah. :P.

Ok kali ni jom ke sesi adat yang agak mencuit hati tiap kali bertandang ke majlis orang. Lain orang, lain caranya untuk mengelak hujan ketika majlis. Maaf andai aku tersilap. Almaklumlah ramainya buat majlis musim hujan (hujung tahun). Ni apa yang aku nampak dan sempat tanya ajalah. :D

~aku suka gambar lesung batu ni ha :D
orang Perak : Meletak baju si pengantin di atas bumbung.

ada orang Selangor: Dilarang menyapu di atas rumah waktu majlis.

orang Pahang: merebus anak lesung batu sepanjang hari berlangsung. kalau seminggu majlis, seminggu la rebus gamaknya. :D

negeri lain tak tahulah pulak, sebab aku tak sempat nak jeling2 lelama. hee.

Bila fikir balik agak melucukan. Kekadang lepas aku balik rumah, mesti aku fikir balik. Senyum sendiri aku. Tapi itulah adat orang2 kita. Banyak lagi sebenarnya adat merapu repek. Tapi next time ajalah aku bebelkan.

Tentang nak halang dari hujan ni, erm, tu kan kuasa Allah. Siapa kita nak halang. Kenapa tidak dengan tangan kita memohon, kenapa perlu buat benda ni semua eh? Erm, mungkin aku tak cukup arif. Sebab ni semua kan petua orang dulu2. Turun temurun katanya. Mau khurafat percaya benda2 macam ni.hmm..

Tapi rasanyalah kan, belum pernah pula aku pergi majlis orang kahwin hujan lebat. Alhamulillah. Melainkan ada kes2 kat belah pantai timur yang time banjir dulu dalam berita. Kesian... pengantin. Nak tak nak majlis still kene teruskan jugak sebab semua dah dirancangkan.

Semoga jumpa lagi kita ke sesi lain.. InshaAllah  :D

13 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum sar... kakak pernah pergi majlis perkahwinan (masih saudara kakak di S'pore) dia pasang pelita minyak tanah macam hari raya tu bubuh di dapur (masuk dalam cabinet lagi - pintu cabinet dibuka. Kakak tak tahu dia kata tak mahu hujan dia buat macam tu.

psst..: Bapak kakak solat hajat (sebulan) mohon jangan hujan masa majlis kawen kakak dulu. Syukur sewaktu majlis kakak kampung sebelah banjir hingga kereta pun tak boleh masuk, tapi rumah kakak tak ada setitik air pun turun walaupun mendung. So fikirlah yg karut atau doa bapak kakak yg miracle?

fuad ansari said...

iyelah kan..
pelik gak petua2 tu.. iman sukar nak terima.. akal pun sukar nak terima..

kadang2 terpaksa buat sbb nak sedapkan hati orang tua2.. cuma kena buat dengan keyakinan bahawa yg bagi hujan atau tidak adalah Allah swt..

Cikgu Ma said...

kedah tak tau la apa petuanya..tak pernah tahu..hehehe...

***nanti nak kawen bulan 12 la..hik3..

couverv said...

orang penang pulau nak elak hujan masa kahwin dekat dewan je, hehe, nice :)

RuMaH TuA said...

Zaman budak dulu... Pernah menyaksikan orang campak baju pengantin atas bumbung... Macam2... Siap bismillah... Tapi waktu tu tak tau la pulak kenapa... La ni tau da la.. (^-^)y

s a r said...

#kakzakie.

waalaikumussalam kak. thanks for sharing info kak. erm, saya takda lah tau sangat kak. setakat ni je la tahu. lain negeri lain caranya kan. pelik gak tu kak.

betul apa yang ayah akak buat tu. itu lebih baik dari kita buat benda yang pelik2 ni. tapi biasanya semua ikut petua orang lama kan, tak taulah. Allah akan perkenan asal niat kita betul kak. tak salah kan kita minta pada Dia. InshaAllah dperkenan. :)

s a r said...

#encik fuad.

erm, betul. saya lagi la tak tau pantang larang orang lelama ni. nampak memang cam pelik je. tapi tu la, kalau dah libatkan majlis besar ni, nak taknak kena dengar juga kata orang lama. erm, maybe moral terbaik tak perlu rasanya majlis besar2 sangat kan. cukup seadanya dan yang terbaik ikut syarat je. :)

#cikgu ma

erm, saya pun tak tau. hee. amboi, dah rancang nak kahwin hujung tahun. eheh. jangan lupa jemput! :D

s a r said...

#courve

~eheh. itu yang terbaik rasanya, ahah. nikah dalam masjid pun tak kena hujan kan. :D

s a r said...

#rumah tua

erm, saya tau pun sebab mulut saya ni terlebih ramah tanya tuan rumah sebab tak pernah pun tahu sebelum ni. hee.

Norsha said...

Salam sar,
akak org pahang tapi tak tahu pulak ada adat rebus lesung batu tu, ish...ketinggalan betul, pepun yg betulnya, buat solat hajat mintak dgn Allah...

Unknown said...

SALAM,
SINGGAH DAN BACA

ghost said...

dan aku pulak tak tau sangat pasal adat.asyik dengar pasal pantang larang..

s a r said...

#norsha

waalaikumussalam kak.

eheh. saya pergi majlis kat sana la perasan benda ni kak. terkejut gak, sebab tak pernah nampak b4 ni.

#luahfikiran

waalaikumussalam. terima kasih doktor :)


#encik ghost

pantang larang pun satu hal gak. macam2 hal.