Saturday, October 8, 2011

Pujian adalah umpan

Assalamualaikum :)

pujian itu enak didengari, mengembangkan hati, mengukir indah senyum di bibir...

'eh, cantiknya blog kaw...'
'eh, cantiknya kaw...'
'terbaiklah entry kaw beb...'
'nice entry...
'weh, pandainya kaw bermadah helah...
'sar, pandainya kaw buat ayat... 

~CONTOH mydear :D

~mashaAllah... jangan disebut oi! dah macam masuk bakul, golek2 sendiri ni. ~ astaghfirullahal'azim... geleng kepala berkali-kali

~takda kene mengenan langsung. :D
haish! dengki bebenor oren ni!
Astaghfirullahal'azim...

Aku tak tuju pada orang lain, tapi diri ini sendiri merasai keindahan pujian. Astaghfirullah... ~hentikanlah s a r! Enak yang dirasai, tak enak di sisiNya s a r. 

Hakikat yang manusia ini sukakan pujian tapi sebenarnya dengan pujian ia akan membunuh hati manusia itu sendiri tanpa kita sedari. Again! Encik Syai buat parti liar, bergelak ketawa, berdansa sakan bila manusia terpedaya dengan pujian.

Ada yang menyatakan pujian itu wajar diberi untuk tujuan tertentu. Contoh anak2 kecil. Sebagai ibubapa kita digalakkan memberi pujian sebagai pemangkin pada anak kecil agar dia tidak berjauh hati dalam apa yang dilakukan. Dalam erti kata lain, memberi semangat. Pujian ni sebagai peneguhan. Begitu juga dengan guru2 di sekolah yang memberi pujian kepada anak muridnya agar lebih bersemangat dalam belajar. Demi kebaikan, amat digalakkan. :) ~based on teori pelaziman operan :) 

Tetapi tidak pula yang berlaku pada dasarnya. Pujian merupakan racun kerosakan hati. Dengan rasa bangga yang dimiliki membuatkan seseorang itu lupa, alpa dan leka. Lambungan pujian menggunungkan rasa riak, takbur, ujub dan seadik-beradik dengannya. Hakikat sebenar melumpuhkan hati. Astaghfirullah...

Dia benci manusia yang cuba membangga diri. Tidak ingat pada yang hakiki. Anugerah yang diberi bukan untuk dibanggai, jauh sekali untuk diperagung. Tapi itulah yang banyak berlaku kini. Sebenarnya tanpa sedar ujub di hati bertandang tanpa sedar. Sekecil-kecil pujian, malah sepatah perkataan pujian boleh buat kita berubah hati. Hati lain macam aja dah rasa. Astghfirullah.... Jauhi, jauhi, jauhi...

Penyakit hati ni dah boleh jadi one of silent killer. OOA. Semoga kita dijauhi dari golongan ini. Astaghfirullah... Kita manusia, memang dilahirkan lupa. Jika tidak, kita tak sedar diri pada Maha Pencipta. Entry ni sekadar peringatan pada diri aku sendiri. Kalau dah syok sangat, tak jadi apa pun kan. Lagi Dia sisihkan ada. Astaghfirullah... jauh..jauh..jauh... berlipat kali ganda kita kena mengejarnya semula. ~boleh semput oi! :D

*peringatan pada diri sendiri :)

8 comments:

CikGu Ma said...

assalamualaikum adik cumillll...(",)

triple thumbs up untuk entry ni...boleh ke?? (",)

betol tu..kdg2 akak sndiri macam tu..pantang ada yg memuji sket, mula rasa subur sebuah taman kat hati ni...maklumla tuan tanah bukan jadi pujaan, sesekali dapat pujian, ish, mcm nak rewind berkali2 kata puji memuji tu..tapi mujur kadangkala masih lagi diketuk2 dengan kesedaran yang pujian itulah panahan syaitan...as u told, silent killer...no cure...

kalau rosak hati, rosakla seluruh anggota badan kita...

ghost writer said...

jadi jangan tunjukkan sangat ekpresi teruja dengan pujian2,bersikap biasa dan selamba.itu lebih cool.

~PENCHENTA~ said...

Mari buat belog cincai2. Baru orang tak puji. Boleh tak? Hee. :D

delarocha said...

tak hidup dek puji, tak mati dek caci.

hani@debumelukut said...

Astaqfirullah.

s a r said...

#cikgu ma :)

waalaikumussalam cikgu saya. :)
oh triple? ibu jari kaki sekali ke. ~eheh.

erm, sangat betul cikgu. subur semacam. indah pun semacam je. tapi alhamdulillah. kita masih diberi kesedaran untuk sedar. alhamdulillah. yela cikgu. makin dipuji makin sedap pula ye tak. astghfirullahal'azim.

mau lumpuh sudaa. Dia lagi kasi taman2 bungan dalam hati lagi ada. sampai tak ingat. uhu. minta jauh minta jauh.

s a r said...

#encik ghost.

yep. itu sebaiknya. alhamdulillah pun terbaik. cuma niat di hati kena berpijak pada bumi yang nyata. thanks encik. :)

#adik PENCHENTAqu

~ahah. nampaknya akak pun kena gak tukar ni. uhuu.

takda apalah. selagi rasa di hati tak kembang semacam, ok je. :)

s a r said...

#encik delarocha

sangat betul encik! :)


#cik hani

:)