~bukan sesi mengata apatah lagi mengutuk tapi itulah hakikat yang harus ditelan nampaknya. Alkisah tika aku membuat lawatan ke jusco bukit tinggi. Uih! makin dekat maghrib, makin penuh. Parking pun penuh! Tapi bukan nak cerita pasal orang sembahyang maghrib kat jusco. :D. Sahabat sejak tadika ajak menemaninya untuk ilang stress di kedai buku. Maka aku layan je.
Kisahnya dia mengadu akan bosnya selalu membangga diri dan menunjukkan dengan bahagia sebab dia ada scandal. Aku yang dengar, mak oi, panas telinga kot. Ada jugak orang macam ni. hm.. kesian wife dia...kesian baby dia... ish ish ish... apa daa.. tak dapat meseg, surat pun jadi. belum lagi main pos2 bunga tu. ish ish ish... takmo aku... jauh jauh jauh..
sememangnya tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada... |
Bos dia kata dalam hidup rumahtangga ada dua perkataan: SAYANG dan KESIAN. Apa punya konsep entah yang dia guna (dalam kes scandal dia). "Kalau dah rasa sayang takda, maka tinggal rasa kesian!" Katanya konsep nabi. Kalau rasa sayang takda pada perempuan tu, maka haruslah ada kasihan. Sebab tu dia still dengan wife dia lagi. ~Pernah dengar kata2 ni sebelum ni. Tapi aku tak tahu kesahihannya.
Jangan salah faham pula kalau rasulullah ikut konsep ni. Kalau adapun, baginda lakukan atas jalan yang benar. Bukan jalan yang kaw buat ni wahai encik bos. Salahguna konsep dah kaw. ~kawan2 betulkan jika saya salah :)
Aku jawab balik pada sahabatku itu; "Amboi! kalau bab nikah kahwin, bukan main nak pakai hadis segala. Bab lain taknak pulak ikut hadis." Ni samalah konsep poligami. Salah guna hadis dah aku rasa ni. Sah ada skru tanggal!
Sahabatku ada menjawab pada bosnya; "bos, kalau macamni la perangai lelaki, alamatnya lambatlah saya kahwin...tak boleh percaya."
kasihanilah anak kaw encik bos! |
Moralnya di sini wahai kaum Adam dan Hawa.
Jagalah hati orang lain akan perilaku yang kamu buat. Sebab kaw terlebih jaga hati kaw lah, orang lain makan hati masak kicap. Gunakanlah konsep SAYANG dan KESIAN tu balik. Kalau rasa kesian tu ada, maka henti2kanlah berperangai sedemikian rupa. Jangan salah konsep. SAYANG PUNYA PASAL, hati orang lain yang terkesan dengan perangai kaw tu, kaw TAK KESIANkan pun. ish ish ish. Jagalah hati! Sekian. :D
22 comments:
kan senang je cakap sebenarnya tak puas beristeri sorang je.. direct to the point je la......
SALAM,
ITULAH HAKIKATNYA SEKARANG . TAK MALU MELAKUKAN PERKARA YG TIDAK BAIK DAN KEMUDIAN TUNJUK BANGGA PULAK. KITA DOAKAN YG TERBAIK UTK MEREKA INI. SEMOGA ALLAH TUNJUKKAN JALAN KEBENARAN KPD MEREKA
#miss gee.
eheh. itulah sebenarnya. mata. tau2 ajalah gee. mudah je tergoda dengan apa yang dihidangkan.
#luahfikiran.
waalaikumussalam Dr.
yalah dr. banyak je sebenarnya dah jadi. sebagai ingatan pada diri ini juga dr. takut bila tengok banyak sangat contoh depan mata. thanks dr.
asal bab kawen jerrr nak ikut sunah, bwk hadis, bawak dalil bagai, tp cara tu betul ke? ^^,
biasalah kak. bab macam tu kan memang senang nak ikut sebab suka. erm.. tu yang saya rasa orang2 macam ni membutatuli ikut sunnah tapi tak tahu apa sebenarnya. sampai yang ada salahguna pun ada.
macam bab poligami kan. walaupun ianya sunnah rasulullah tapi saya ada dengar ustaz mana entah tak ingat. benda tu tak digalakkan pun sebab kes yang ada sekarang ni bukan ikut syarat yang betul untuk poligami.
rasanya punyalah banyak sunnah lain yang lebih mudah dan terbaik untuk kita bagi kita ikuti, tapi yang bab2 ni jugaklah yang mereka syok benar nak ikut. bak kata seorang ustaz, baca doa masuk tandas kan sunnah. tak ramai pun nak buat. tapi bab kahwen, bukan main lagi. hee. maaf kak, saya memang suka membebel. :D
Wahhh , thankyouu <3
Hihi , entah pape suami tuh -.- Hihi
lelaki beb..lelaki.
kalau dah ada dalam genggaman.masih nak cari alasan untuk mengenggam yang lain.
#encik ghost
ya. memang 'LELAKI'. agaknya kalau tak buat macam ni bukan 'LELAKI'. Smoga kamu bukan di antara 'LELAKI' ni. hee
sayang itu sememangnya sayang. Kesian itu kadang kala berubah menjadi benci. Kesian juga kerana terpaksa. Masa tu, sayang hanyalah tinggal kenangan. :)
Kalau scandal nie mmg teruk... Kalau nak kawin 4 pun, mtk la izin isteri...kalau istri bagi, baru kawin... kalau isteri tak bagi, tak pyh la scandal2... ingat Allah... :D
merisaukan.. tak suka lah macam ni.. mohonlah dijauhkan dari jumpai dengan pasangan sebegini..
kesian kepada isteri dan anak2 dia..
Dear hati, semoga kamu dapat duduk baik2. Sebab Kak SARku ada pesan supaya jaga kamu baik2. :D
sy rasa...
mungkin ramai yg takut nak buat atas jalan yg benar disebabkan masyarakat masih memandang negatif terhadap poligami.. (jgn marah cik sar.. sekadar pendapat.. peace no war..) (",)
"hurmmmm...tgk lah tu...kesian kan kt isteri dia...kat anak2 lagi lah...kita doakan yg baik2 jer lah utk diorang.."
"salam sar..eh,lupa pulak..akak dah jawab tag kamu tu,tp akak minta maaf sbb tak tag sesiapa,jgn marah tau..."
ish ish ish
kesiannnn
'mcm citer p ramlee pulak'
kesiannnn
aku cuma mau katakan soal kebiasaan.kadang kita sendiri tak dapat lari dari berfikir macam tuh.
#pencari cinta
thanks for dropping by :)
erm, rasanya macam kedua2 perkataan tu bahaya. sewajarnya harus seimbang, lebih selamat. InshaAllah. :)
#encik askura
erm, yang tak bagi tu la yang suka scandal. dah tak ingat apa dah. kalau ingat, mesti tak buat kan :)
#cik faaein
inshaAllah. aminn. :)
#cik PENCHENTAqu
hee. gudgudgud adikku. jagalah hati! ;D
#encik muhammad fuad
eh, takpa encik. boleh aja nak komen. pendapat masing2 kan.
erm, mungkin jugalah. kebanyakan kalau dah sebut poligami, ramai je melenting. tak semua orang boleh terima. thanks encik :)
#kak pia.
waalaikumussalam kak. its ok kak. tak penting pun. anyway thanks sebab sudi juga jawab. :)
#encik delarocha
hee. macamlah jugak. :D
#encik ghost
terima kasih encik ghost. sudi respond. barangkali diriku masih gagal mencerna tiap kali bicara kamu. thanks again :)
keseimbangan dengan adanya iman yang kukuh
itu yang terbaik. :)
Post a Comment