Wednesday, June 8, 2011

Kena, baru ingat!

Assalamualaikum :)

Kisah-kisah lalu... zaman-zaman tak berapa nak matang :p. aku tak nakal & pencil box terbang.

Time sekolah rendah dulu, budak ni memang anti dengan math. Disebabkan guru2nya pattern 'seram' maka budak ini memaksa dirinya untuk meminati. Kalau dulu darjah 2 hafal sifir sampai 5 je. ~sebenarnya sampai 12 macam kat belakang buku tulis tu. aku je hafal sampai 5 sebab senang :p. Naik darjah 4, pastinya dah kena ingat semua. Senang cerita, kalau nak hebat math, asasnya adalah SIFIR. Kalau tak, payahlah. Ada satu hari tu, entah angin apa yang melanda cikgu tu, masuk je kelas semua berdiri atas kerusi. Gilir-gilir kena baca sifir. Tiba turn aku, sifir 9! ambik kaw! tak hafal. Tangan kena pembaris panjang plus sila duduk bersila di hadapan kelas. Adoi! malu tak payah cakaplah! Lepas tu, sumpah terus ingat sifir. Dah kena denda baru nak ingat! :p

Kes sekolah menengah pulak..

Al-maklumlah konon senior, kena pulak dah hujung tahun. SPM belum start lagi dah perasan macam orang takda exam. Kelas berjalan seperti biasa. Tapi satu hari tu, subjek fizik yang sememangnya belajar dalam lab. Kaki masing2 bermalas-malasan melangkah. Biasalah, mood hujung tahun. ~eheh

Malang tidak berbau. Rupanya encek cekgu akan mengamuk hari tu kerana markah ujian masing-masing suam-suam kuku. Ambik kaw! Satu kelas berjemur kat kod badminton depan pejabat pengetua ok! Free2 je dapat 'double thumbs up' dari semua cekgu yang lalu kat situ. ~uhu..malu beb! Extra malu bila kelas ku itu ada orang-orang harapan sekolah. ~kene sekali! Memang terbaiklah waktu tu ngam jam 1 petang. Ambik sebijik! Dekat setengah jam la jadi ikan kering. Lepas je kes tu, wah, masing2 semangat pergi lab. On time lagi. Macam biasalah, dah kena denda baru nak ingat baru nak berubah. :) 

ok finish!

~maaf. gambar memang takda kena mengena pun :)
Moral of the story...

Kita akan berubah menjadi lebih baik kerana denda, hukuman yang diberi oleh orang yang kita takuti. Cerita atas tu contoh kecik je la. Hmm, kenapa bila Dia dah beri tanda, denda, hukuman tapi kita still sama. Kenapa kerana takutkan hukuman manusia kita sanggup berubah? Kenapa tidak, kita takutkan Dia dari apa yang dia dah turunkan, hukuman, denda kepada kita. Ada antara kita yang sebenarnya tak perasan ada pula sengaja buat tak perasan. Astaghfirullah... Teringat satu ayat, "Allah bayar cash sekarang. Takda hutang2 dah." :)  i admit it!

Pasti! Manusia tiada yang sempurna. Tapi tak salah kita berubah untuk jadi lebih sempurna dari sebelumnya kan. Hmm.., sedih plus kecewa bila tengok orang lain yang sememangnya jelas Allah swt dah beri peluang plus petunjuk akan segala perbuatannya, tapi tak hargai pun. Dia dah beri dah, tapi still macam tu jugak. Takkan nak tunggu Dia bagi petanda yang maha hebat baru nak berubah. Bukan seorang sahaja yang menerimanya nanti, tapi kita semua.. Astaghfirullah.. sesungguhnya rugi bagi yang tidak menyedari. Dia dah beri peluang kedua tetapi tidak dimanfaati.

Cuba bayangkan pada yang langsung tidak dapat peluang, dan Dia sengaja biar kita hanyut terus melupakanNya. Astaghfirullah.. Aku tak sanggup nak bayang dah ni. Sebab aku sendiri tak pasti lagi. ~uhu.. SubhanaAllah. Betullah ayat; "manusia sentiasa dalam kerugian". ~ingatan untuk diri sendiri. muhasabah... Astaghfirullah..

Sentuh sikit pasal kes seorang lelaki nak tukar jantina. Alaahaii.. sedih! Satu persatu petunjuk yang Allah beri pada kita supaya beringat. Kes kematian anak-anak sekolah tahafiz..alahai..rugi dah kita kat situ... SubhanaAllah. Sedih plus risau! ~uhu..

Ya Allah, semoga diberkati dan diredhai apa juga yang aku lakukan. InsyaAllah.
Tetapkanlah iman di hati dan jangan Kau bolak-balik hati ini di atas apa yang diberi...SubhanaAllah..

Semoga dilindungi kita semua. InsyaAllah...

10 comments:

Anonymous said...

Kalau diri sendiri kena denda, baru nk insaf..tapi jarang org nk insaf bila org lain kena denda...hehehhe
Bagusnya sar kena byk denda masa f5. hahahaa

ratukasih said...

ada erk kiter kena jemur??? mcm tak ingt jer??? he he he.. mmg kelako tyme tu... semua buat muke toyei jer....

mrilah kiter bersama2 ingt mengingati diantara satu sama len..........

s a r said...

encek mohd yusuf>

~ehehe. memang pun. tapi biasanya itulah pengajaran terbaik. lagi baik untuk diri sendiri. Kalau tak, tak sedar diri gak. ~uhuh.

encek, saya nakal sikit je dulu. ahaha. maka denda pun memang banyak. :p

s a r said...

cek ratu>

kenapa pulak takda. kaw nak aku imbas kembali memori2 luka dan duka eh weh. ~ahah.

memang masing2 buat muka confident tak bersalah. ahaha. tu yang kelas kena band tu weh. ohoho..

ya..marilah mengimbau kembali sejarah lalu. eheh.

nobody said...

Salam adik manis :)

aduh...
terkena pada batang hidung saye

isk isk
dah kena baru nak ingat

alhamdulillah
Allah suwiiittt
bagi lagi peluang nak perbaik diri kan kan?

:)

s a r said...

waalaikumussalam cek nob :)

~ehehe, terkena ke? sengaja nak kenakan. ~ahah.

sorry, takde niat pun. sebenarnya untuk ingatan pada diri sendiri ni. ~eheh

tu la. Dia sentiasa buka jalan n peluang untuk semua kembali pada Dia. Cuma kita ni manusia cepat alpa cepat lupa kan.

InsyaAllah,selagi ada masa, kita boleh lagi baiki diri. :)

Wan said...

hi cik sar :)

dulu2 ni mesti nakal ni..

skang nakal lagi tak..hehe ;)

s a r said...

hi encek wan :)

~ehehe. nakal sikit je dulu. sekarang tak bape nak nakal dah.

baik sudaa.. :p

Kakzakie Purvit said...

Oh... boleh tahan juga adik kakak nie dulu ye. Dah kena baru tahu. Tapi yg nyata kini credit terms dah jarang. Banyak yg Allah bagi cash itu betul sar. Depan mata kakak, terjadi di kg kakak dulu dia tak pernah jenguk mak-ayah dia alasan kerana kerja di Sabah. Hinggalah mak dia meniggal.

Sekarang anak dia pun sama. Hari itu org kg tolong betulkan rumah dia yg roboh kena ribut anak-anak dia tak ada sorang pun yg balik walau dah diberitahu... Nasib baik adik dia ada tinggal di kg sama.

s a r said...

hi akak :)

astaghfirullah... mintak dijauhkan dari jadi sedemikian rupa. astaghfirullah..

yela kak. ada saya dengar..

Allah akan memberati seseorang itu dengan hukuman yang berat di dunia maka di akhirat kelak dipermudahkan manakala yang ringan di dunia, maka memberat pula di akhirat nanti.

SubhanaAllah..