Sunday, February 13, 2011

Sambut V, perlekeh akidah dan pegangan

Assalamualaikum

Ini mungkin sedikit huraian ~sedikitkah? ;p, mengenai sambutan V di dalam masyarakat kita. Aku sendiri tidak bergitu arif akan maksud sebenar sambutan V. Yang aku tahu, masuk sahaja bulan Februari, ianya terus digelarkan bulan kasih sayang, kekasih atau yang seagkatan dengannya. Petikan daripada akhbar berita harian semalam dan agak menarik perhatian aku untuk baca hari ini ~hehe, semalam tak sempat, sekadar untuk menambah ilmu. Ada dua tajuk yang agak menarik; "Cetek ilmu punca persoal larangan rai Hari Kekasih" dan "Sambut perayaan Kristian perlekeh akidah, pegangan Muslim".

Antara yang menarik, tentang 4 pendapat popular mengenai sambutan V:

1) Kaitkan sambutan V dengan pesta sambutan kaum rom kuno sebelum kedatangan agama kristian (Lupercalia) iaitu upacara penyucian diri dari 13 hingga 18hb Feb. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Quenn of Ferish Love) bernama Juno Februata. Pada hari itu, pemuda rom akan memelih nama gadis yang menjadi pilihan dan dimasukkan dalam sebuah kotak, kemudian mereka mencabut nama daripada kotak secara rawak. Nama tersebut akan menjadi pasangan dan objek hiburan seks selama setahun. Pada 15hb mereka akan memohon perlindungan Dewa Lupercalia daripada gangguan serigala dengan menyembelih anjing dan kambing.kemudian memilih 2 orang pemuda rom yang paling gagah untuk menyapukan darah haiwan itu ke badan mereka lalu menyucikan pula dengan susu. Kemudian ada perarakan besar2an dan dua pemuda itu akan memukul orang ramai di laluan dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk menerima pukulan kerana beranggapan akan menambah kesuburan mereka. ~ish. SubhanaAllah. huu

2) Kaitan dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom (Claudius II) yang dikaitkan dengan kisah pengorbanan besar demi keagungan cintanya terhadap agama sementara versi lain cinta kepada seorang gadis.

3) Dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Spain. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu. Disebabkan sumbangan tersebut, dia dianggap kekasih rakyat dan 14 Feb 1492 adalah tarikh kejatuhan islam di Spain yang dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama zalim.

4) Daripada nukilan Geoffrey Chaucer, penyair Inggeris dalam puisinya. Sambutan V bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Feb.

Daripada huraian2 tersebut, kita boleh lihat tiada sedikit pun berhubungan dengan ajaran agama mahupun budaya kita, malah sudah terang lagi mau pakai sportlight ianya mempunyai kaitan dalam memperlekehkan akidah Islam dan orang Islam sendiri. ~SubhanaAllah. Banyak lagi yang tak tahu rupanya. haish! Alhamdulillah, tidak pernah ku sambut!

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam 2005 memutuskan:

"Amalan merayakan Valentine Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh peryaan tersebut mempunyai unsur Kristian, amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang dalam Islam. Oleh itu, amalan meraikannya tidak digalakkan Islam."

Ibn Khaldun menyebut:

"kita ibarat masyarakat madani yang bergaul dengan semua orang dan mengimport budaya luar untuk diaplikasi dalam cara hidup kita. Perkara ini berlaku kerana cetek ilmu dan apabila diberi penjelasan, tidak mahu dengar atau fahami."

Rasanya, memang itulah budaya masyarakat kita sekarang. Kadang2 mereka sebenarnya tahu malah ada yang terlebih tahu pun, tetapi sengaja buat tak tahu ataupun menganggap benda tu tak penting. hmm. Sama2 beringat sebenarnya. InsyaAllah.

Kalau dulu masa aku zaman sekolah, waah, bila tiba je 14hb, masing-masing sibuk (bagi yang couple. huu). Hadiah sana hadiah sini. Tukar sana tukar sini. hehe. Ucapan dan kad kreatif buatan sendiri lagi. huu. Bila zaman study pulak, ada jugaklah aku lihat warga kampus sambut. Bunga ros jadi pilihan hati. Kalau hari tu jatuh pada weekend, jangan tanya kenapa kolej sunyi! hee. Masing2 sibuk keluar dengan pasangan masing2 kot. Jalan jam, bas ke komuter pun penuh, komuter apatah lagi! ;p ~biasanya kalau weekend aku balik rumah. haha.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat cara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku."
(Al-Furqan:74)

6 comments:

Cik SHiNJU said...

Raikan hari kelahiran kekasih ALLAH dan seluruh umat Islam pd hari esok...Selawat ke atasnya..Penghulu sekalian alam...

al-lavendari said...

terima kasih kerana sudi follow uncle.

entri ini jauh lebih bagus dari entri uncle yang menyentuh perkara yang sama.

s a r said...

cik shinju> salam

alhamdulillah. insyaAllah.

thankz to be one of my follower :)

s a r said...

uncle>

most welcome uncle.

eh, takda la uncle. entry ni just kongsi daripada apa yang terbaca je uncle. entry uncle pun.. ada yang menarik minat saya untuk baca.

thanks for your comment uncle! :)

hansuke said...

salam.

wei..setiap kali 14hb february je aku mesti sambut, setiap tahun macam tu, isk2..tapi sambut bezday aku je la sar..hehe~

neway thanks wish aku semalam, e-kad ko tu menarik la..:)

alhamdulillah, post ko semakin menarik, ada flow. bagus, teruskan usaha ko.

pasal orang kita sambut benda2 yang tak elok ni memang la sebab kurang pengetahuan agama islam, tapi ada juga yang tahu tapi buat jugak V dan cakap: "ala, kitorg bukan sambut hari V tu, tapi saje je la nak rapatkan lagi hubungan kami". malah orang berkahwin pon ramai yang buat cam gini. padahal, macam la takda hari lain nak pergi candle lite dinner ke jadah. nampak sangat sambut tapi nak cover. lain la kuar sambut besday aku ke ape ke kan..ahah~

sebenarnya, masyarakat kita sangat cetek ilmu agamanya, didikan islam kurang, tak tahu la nak salah sapa, kalu aku salah ibu bapa terus, sebab kat situ la punca segala baik buruk, maaf la kan ini realiti. pastu bila parents out maka cikgu la memainkan peranan yang kedua. aku cakap gini sebab, kat umah dahla parents out, pastu pergi sekolah cikgu la kena memberi imput yang sepatutnya, bukan hanya berharap dengan ustaz atau ustazah je. tapi yang berlaku sebaliknya. pergi sekolah cikgu pon sama, entah pape2 jugak, jadi cikgu sebab nak gaji banyak je bukan sebab nak jadi pendidik, siap pilih kasih lagi, suka masuk kelas budak2 pandai je, budak kelas kurang pandai selalu je tak masuk, budak2 ni selalu je takda cikgu. so, budak2 macam mana? dah la ilmu agama kurang, sape nak ajar mereka ni nilai2 yang baik dalam islam? takda. so jadi la sampah masyarakat, isu sosial pon meningkat. pastu semua duk pening, apa dah berlaku? apa dah berlaku? budak2 dah rosak dah, nak start balik dari mana agaknya?

aku teringat kisah kawan aku citer, cikgu matematik dia, dalam kelas dia selalu citer pasal islam, sampai ada seorang pelajar cina masuk islam sebab terbuka minda dengan ilmu islam yang dia selalu ajar sikit2. ko bayangkan, cikgu maths kot. walaupon cikgu maths tak semestinya dia kurang ilmu agamanya kan? so, maka cikgu diluar sana tahu2 la anda.

then, next to the line, kita-kita ni yang pendakwah bebas ni, kena sampaikan berita baik Allah kepada yang tak tahu.

pasal politik, tak yah citer la, diorang nak untung diri masing2 je, bukan nak buat untuk umat pon.

wallahua'lam.

s a r said...

waalaikumsalam beb!

:) senyuman paling macho lagi anggun aku sedekahkan kat kaw bila bace komen kaw ni. heee :D

dulu, masa 1st bace blog kaw yang tarikh 14hb macam tak caya gak la kaw ni lahir 14hb. dalam hati ~
"eh budak ni lahir 14hb la"
tu pun lepas tengok tahun sterusnya punya post. gegege..

most welcome beb! tak cantik kang kaw komen lain plak. haha :p

about the post.hmm. thanks atas galakan. ~aku teringat bila kaw kata:

"kaw ni mudah sangat cakap thanks"

kaw rasa ada perkataan lagi sesuai ke beb nak kasi kat kaw. :p alhamdulillah. aku rasa baiknya menulis benda2 yang lebih berfaedah kan. cuma, kalau time syok sendiri, jangan tanya kenapa la. hehe :D

hmm. tu la.. alhamdulillah. aku tak pernah pun amalkan benda2 ni. Kalau dulu, even aku tak tahu la apa maksud sebenar V ni, memang tak pernah sambut tapi orang sekeliling yang aku tengok beriya. Yang aku tahu hari V memperingati kekasih dengan erti kata lain, menghargai kekasih la kot. huu. (hikmah tak couple :p)

hmm. budak2 sekarang tak tahu la nak cakap macam mana. Bukan macam zaman kaw zaman aku. Time tu, boleh kata zaman terkawal lagi aku rasa walaupun mungkin ada yang tersasar.

Memang mula2 pun dari ibu ayah. mereka yang mencorakkan anak-anak lepas anak2 ni celik je tengok dunia. Pokok pangkal semua pada mak ayah.

betul la kaw kate, cikgu ambik peranan kedua. Kalau time tadika tu mungkin anak2 ni masih boleh dengar kata bila diberi ugutan sbg nya. Kalau yang dah sekolah menengah ni, kalau kene ugut pun, student ugut cikgu balik.

aku teringat la zaman adik aku sekolah f5. dia ada cerita yang cikgu sekolah sampai merajuk2 tak masuk kelas sebab budak nakal sangat. tengok? kalau sebab tu je la dah taknak masuk kelas, agaknya kalau satu sekolah budak nakal, alamat memang belajar pun tak ke mana la kan. lagi pulak yang merajuk ustazah yang ajar agama. adoi! tak tahu la nak cakap macam mana.

aku sendiri pernah dengar dari mulut cikgu sendiri. dia kata:

"cikgu sekarang, cukup bulan ambik gaji, budak2 nak belajar ke taknak belajar ke terpulang"

~sebabnya, cikgu sekarang dah takut nak tegur lebih2. takut dorang kene ancam pulak dengan budak2 ni. Astaghfirullah..

cikgu memang stok mengajar budak bijak je la kan sekarang ni. dah tak kisah dah masa depan anak2 sekarang. walaupun bukan semua la macam tu. tapi sepupu aku aritu, tegur punya pasal, kereta dia dah kene gores dan menang dah. student dia punye keje la kot. hee.

hujung tahun, cek prestasi, down, then buat meeting. pastu naik pulak sampai peringkat lagi tinggi. tukar pulak silibus baru sebab nak atasi. huu..

haish, dengan erti kata lain jugak, selalu dieksperimen masa depan anak2 sekarang. huu. bila hasilnya kureng, mula la pulak tunding jari sana, tunding jari sini. huu.
tak tahu la saya!

hmm.. tu la. sekadar untuk ingat mengingati. Alhamdulillah la if ada yang minat nak tahu. jangan yang dah tahu buat tak tahu. sadis je la. huu

~waahaa.. emo terlebih pulak aku merepek ni. haha. sekali sekala kan. hee..

thanks a lot dengan komen kaw yang sangat menarik lagi bersemangat. :p