Wednesday, February 16, 2011

Bermula dengan yang baik

Assalamualaikum.

Untuk berubah menjadi yang lebih baik, sebaiknya bermula dengan sesuatu yang baik. Tidak perlu menunggu sesuatu perkara berlaku, baru nak lakukan perubahan. Tetapi, itu jugalah yang sering berlaku kini. Jika musibah menimpa atau perkara yang buruk, baru ingin berubah. hmm. Alhamdulillah andai itu yang terbaik bagi menyedarkan kepada yang masih ingat bahawa Dia sentiasa ada di sisi ketika susah dan senang, cuma kita manusia sering melupakannya. Pokok pangkalnya, HATI!

~Alhamdulillah, diri yang sering alpa ini dikelilingi dengan orang-orang baik dalam usaha untuk berubah menjadi yang lebih baik. Takdirnya untukku mengenali insan-insan sedemikian. Syukur kepada kebesaranNya.

Perbaiki segala kekurangan yang ada seperti dalam solat dan banyakkan membaca Quran antara terapi yang terbaik dalam menenangkan jiwa. Tidak percaya? Lakukannya dengan tenang dan keikhlasan hati kerana apa yang dirasai merupakan ketenangan yang luar biasa. InsyaAllah dengan izinNya. Lagi menyayat hati bila tiap kali mendengar bait-bait ayat suci al-Quran yang dialun. Lebih baik andai dapat mengenali setiap apa yang cuba disampaikan dalam setiap ayat suci tersebut. SubhanaAllah.

Selain mengenali ilmu-ilmu yang dapat dijadikan sebagai panduan dan dengan perbaiki amal ibadat yang sedia ada supaya menjadi lebih baik seterusnya mendekatkan diri denganNya, adanya sahabat yang baik juga dapat membantu kita untuk memulakan sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah.

Sahabat yang baik. Sahabat yang baik sekaligus dapat mempengaruhi kita untuk jadi yang lebih baik dan mungkin juga dengan keadaan mereka sendiri akan menyebabkan kita menjadi lebih 'segan' seterusnya kita sendiri dapat mendidik diri supaya menjadi lebih baik seperti mana sahabat anda itu tadi. InsyaAllah. Tak percaya? Cubalah bersahabat dengan sahabat yang boleh diklasifikasikan sebagai "sahabat baik".

Sepanjang aku bersahabat hampir tiga dekad ni, alhamdulillah boleh melihat dengan jelas beza antara rakan dan sahabat. Pengalaman lalu banyak mengajarku apa erti sahabat. Bukan semua rakan, boleh kita jadikan sebagai sahabat. Seorang sahabat adalah seorang yang sentiasa akan mengunjurkan sesuatu yang baik untuk sahabatnya. Bukan yang selalu akan menjatuhkan semangat sahabatnya, bukan yang ada jeles-menjelas terhadap perkara yang tidak-tidak, dengki-mendengki, juga bukan yang menyumbangkan idea yang kurang bernas plus tak boleh pakai langsung dalam menyelesaikan sesuatu masalah. hmm. Apakan daya, bukan semua sahabat sedemikian rupa.

~Nobody's perfect.
The fact that we must accept. He was so natural tendency to fix it.

Sungguhpun tidak dapat menjadi yang terbaik, sekurang-kurangnya kita sentiasa berusaha dan cuba untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Kenangan lalu yang juga mungkin merupakan sejarah pahit, mungkin sukar untuk luput mahupun musnah dalam ingatan. REDHA. Yup! itu yang terbaik. Adanya sikap menyesali di dalam diri akan segala perbuatan lalu, merupakan suatu tanda adanya sinar untuk kembali ke jalanNya dengan erti kata yang sebenar. IKHLASkan hati dan BERSYUKUR atas apa yang sudah berlaku. InsyaAllah.

Sebuah teka-teki dari seorang sahabat kepada sahabat-sahabatnya yang lain,

"
Dalam banyak banyak pintu, pintu apakah yang apabila ia terbukak, tak boleh tutup. Tapi apabila ia tertutup tak boleh bukak? " (hmk,2011)
~jawapan: pintu taubat

Allah Maha Besar, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Sahabatku bilang, 'lakukan sementara masa dan waktu masih ada'. Tidak perlu menunggu apabila sudah nyawa di hujung waktu baru rasa ingin berbuat demikian. Untungnya manusia yang tau akan hari kematiannya kerana dia sempat berbuat taubat. Tapi bagi yang tidak tahu akan bila Dia akan menjemput, adalah kurang bernasib baik andai tidak sempat untuk berbuat demikan tatkala Dia menjemput tanpa pesanan. Astaghfirullah..



** terima ksaih kepada sahabat-sahabat yang banyak mengingati plus tidak pernah give up membebel akan perkara-perkara yang banyak memberi kesedaran pada tahap yang memungkinkan untuk menggariskan sedikit senyuman ~but bukan ujub di hati. thanks a lot and i appreciate it till the end of my life. InsyaAllah.

~post ini tidak dituju khas kepada sesiapa yang masih bernafas mahupun yang sudah kembali kepadaNya, melainkan untuk ingatan kepada diri ini yang sentiasa alpa juga kepada yang sudi membaca :). May Allah bless us always. InsyaAllah.


4 comments:

Kakzakie said...

Dalam menulis terutama bila bab pengalaman yg baik takut pula ada yg bersalah-sangka wlau sebenarnya tidak terlintas utk bersifat ujub tersebut.

Balik tanya hati kita moga sentiasa dilindungi Allah...

s a r said...

salam kakzie :)

betul tu kakzie.
terima kasih sebab ingatkan.
i appreciate it!

yela, kadang-kadang sebenarnya tak terniat pun. tapi, tanpa sedar benda tu sebenarnya orang dah boleh salah sangka dan jatuh ujub.

betul la segalanya berbalik kepada hati. Moga Dia sentiasa merestui. InsyaAllah.

dreamygirl said...

-)

s a r said...

erk?? :p