Tuesday, February 22, 2011

Niat

Assalamualaikum

~sekadar penambahan info kepada diri ini yang sering alpa dan yang sudi membaca :)

Sebagai muslim, mesti kita tahu cara berwuduk kerana ianya dilakukan dalam harian untuk mengerjakan suruhanNya. Malah banyak fadhilat berwuduk sekiranya kita sentiasa dalam wuduk. Antaranya kita sentiasa di dalam suci dan dengan berwuduk juga dapat menenangkan hati yang sedang marah atau juga tidak tenang. Mungkin ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai seribu satu hikmah. ~termasuklah yang menaip ni.:p

Sabda Rasulullah:

"Barang siapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya" (hadis riwayat muslim)

Wuduk yang sempurna sudah pasti dirahmati Allah yang disertakan dengan niat. InsyaAllah, kita akan lebih khusyuk dalam solat. Banyak hikmahnya berwuduk disertakan dengan niat kerana ia bukan sahaja berguna di dunia, malah di akhirat dengan keredhaanNya. InsyaAllah.

  • berkumur - "ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini" - ini kerana setiap hari kita berkata perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam sedar mahupun tidak. Dengan niat tersebut, semoga kita tidak lagi memperkatakan sesuatu yang tidak membawa kebaikan.
  • membasuh muka - "ya Allah, putihkanlah wajahku di akhirat kelak, dan janganlah Engkau hitamkan muka ku ini" - Ahli syurga, wajah mereka berseri-seri dan semoga kita tergolong di kalangan mereka. InsyaAllah.
  • membasuh tangan kanan - "ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini" - ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan.
  • membasuh tangan kiri - "ya Allah, janganlah Engkau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini" - ahli neraka diberikan hisabnya di tangan kiri.
  • membasuh kepala - "ya Allah, lindungilah aku daripada panas terik matahari di Padang Masyar dengan Arasy-Mu" - panas di Padang Masyar seperti matahari di atas kepala.
  • membasuh telinga - "ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini" - setiap hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain perkataan buruk.
  • membasuh kaki kanan - "ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratulmustaqim" - ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
  • membasuh kaki kiri - "ya Allah, bawakanlah aku pergi ke masjid, surau dan bukan tempat maksiat" - qada' dan qadar kita di tangan Allah SWT.
Amalan yang baik, tidak salah kalau kita amalkan bukan? InsyaAllah dengan keikhlasan hati. :) Maaflah, mungkin antara kita tahu akan hal ini malah lebih arif. Alhamdulillah. Sekadar perkongsian info kepada diri sendiri dan yang sudi membaca. :)


**Ini sekadar pengisian blog yang semakin kurang bersemangat sekaligus ingatan kepada diriku. huu.
Cuma, mungkin diri ini yang selalu tersyok sendiri sangat sampai terlepas pandang. :)

No comments: