Tuesday, February 22, 2011

Kurang mudah

Assalamualaikum

~back to myself. i'm still myself! :)

Kan hadis ada menyebut "permudahkanlah urusan orang lain, nescaya malaikat akan permudahkan urusan kita". Bukan merungut bukan bengang. Tapi sedikit kecewa apabila yang dicari tidak dijumpai. Setelah membaca arahan yang diberi, tetapi hasilnya agak mengecewakan.

Sebagai contoh: seperti dikhabarkan oleh seorang sahabatku agar aku mengisi suatu borang. Pada mula asalnya memang agak takda hati kerana sebelum ini pernah mengisinya tetapi mendapat feedback yang tidak memberangsangkan. Makanya, aku pun mencarilah borang tersebut untuk mengisi atas nasihat sahabat-sahabatku yang lain. Siap sudah baca arahan dan mengikut pandu arahnya, tiba-tiba borang yang dicari tidak diketemui. Alangkah baiknya andai satu link sahaja untuk mendownloding borang tersebut. Tidak perlu link dalam link. Kan ambil masa yang panjang tu.

Hmm. Yela, apa boleh buatkan. Akhirnya aku give up buat hari ini setelah hampir satu jam aku merenung website tersebut tapi, borang masih belum diketemui. Kemudian nanti aku cari gali lagi ikut kemampuan dan kesabaranku. hehe. Orang kata, sekarang segalanya di hujung jari. Yup, itu aku akui tapi kadang-kadang betul-betul menguji kesabaran pada tahap yang paling tinggi.

Contohnya, jika dahulu slip gaji kakitangan kerajaan masih dikeluarkan dan sampai pada tangan si penerima. Tapi kini, ~setahu aku la, sebab ada orang disekelilingku sedikit tidak berpuashati kerana tiada lagi slip gaji (hardcopy), segalanya perlu di ambil sendiri dengan melayari laman web. Segalanya di situ. Bayangkanlah andai ada kakitangan yang tidak mahir akan penggunaan komputer kerana bidangnya bukan memerlukan penggunaan komputer, bukankah agak kesian. hmm. Lainlah anak muda sekarang, makin advance sekali, lebih daripada itu mereka tahu. hee.

yela, mungkin ada aplikasi yang lebih mudah dan menyenangkan pengguna. Aku akui yang itu. Contohnya lama sosial yang menjadi kegemaran setiap internet addict! :p. Tapi, ada pula yang tujuan asalnya untuk memudahkan pengguna, tapi pada masa yang sama agak menyukarkan pula. Contoh lain, perlu mengisi form. Hish! benda paling yang aku kurang suka kerana terlalu banyak form yang perlu diisi dalam melakukan sebarang urusan. Sabar je la. Mungkin ada yang tidak bersependapat dengan apa yang aku nyatakan. Tapi, itu realiti kini. Terpulang kepada individu. :). Andai suka, sukalah. Andai tidak, maka tidaklah. hee.

**uih. still tak jumpa..~_~

2 comments:

Kakzakie said...

Kalau yg duduk kat kampung tak ada line macam mana agaknya ye....

s a r said...

assalamualaikum kakzakie!

u make me smile la kakzakie. hehe.
tu la kakzakie. b4 ni saya pun susah jgak kalau nak cari int. cuma sekarang mudah sikit. alhamdulillah.

kalau dah ceruk kampung memang payahla. cyber cafe pun kurang. nak taknak kene keluar jauh sikit. tu belum orang 'lama' yang tak berapa arif dengan komputer ni.

thanks for comment kakzakie :)