Wednesday, February 2, 2011

Saya Kuat :p

(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka," maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."
(Al-Imran:173)

Penat la kot aku tenung siling, tenung kipas, tenung lampu. Boleh tembus dah aku rasa. ~hish. nasib baik bukan cyclops. hehe. Macam tu jugalah aku rasa. Macam terngiang-ngiang je apa yang aku dengar hari ni dan hari-hari sepanjang aku jadi penunggu rumah. Rasa macam hal kecik je, tapi fikir mengalahkan ape je dah aku ni. Betul kot sahabatku bilang "kaw ni terlebih fikir agaknya". Eh? memang pun. Bukan takat tu je aku fikir, macam-macam lagi konflik. ish. Cuma hari ni aku rasa lain macam sikit. Padahal, apa yang aku dengar, tak seburuk yang sebelum ni. Mungkin disebalik kata-katanya yang buat aku macam ni. Perli makan dalam kot! cess. Ke sebab aku terlebih syak wasangka? tak fikir positif? whatever! lalala.. ;p

"sekiranya Allah menginginkan kebaikan kepada seseorang hambanya pada waktu menghadapi tekanan, maka Dia akan menganugerahkan perasaan mengantuk sebagai perasaan tenteram sebagaimana perasaan mengantuk yang menimpa Thalhah ketika bertempur dalam perang Uhud, sehingga beberapa kali pedangnya terjatuh dari tangannya. Hal ini adalah sebagai tanda bahawa Thalhah boleh merasakan keadaan darurat perang sebagai rasa aman dan istirehat yang nyaman baginya"
(La Tahzan, 2008)

Alhamdulillah. Mengantuk! Yoshh. Mungkin itu la yang aku rasa tiap kali mendengar kata-kata puaka keramat. ~ahaks, agak melampau di situ ;p. Memang itu yang aku rasa tiap kali aku kena condemm dengan orang sekeliling. Memang tidurlah but, sekejap je dan lepas bangun dan sampai sekarang rasanya dok ulang tayang apa yang dah jadi hari ini dalam kepala aku. Rasa macam berbisik je kat telinga. But! bukan ghost ok! setan maybe? yang saja suka nak tengok aku gundah gelana macam ni. Ohh., tak mungkin selamanya macam ni. no no no.

"kepada mereka yang sangat sensitif terhadap sebarang kritikan disarankan agar mereka menuangkan sesuatu yang dingin ke dalam sarafnya ketika menghadapi kritikan yang zalim lagi jahat"
(??,2008 la tahzan)

Tak guna la pun kan if nak sound balik atau dengan erti kata lain maki balik orang yang agak tak berinsurans tu kan. Gila kurang ajar. Sia-sia je balajar bertingkat-tingkat tapi mental tahap zero.

Don't be sad! yup! itu terbaik.

"Sesungguhnya Dia sentiasa membela kita, para malaikat selalu memintakan keampunan untuk anda, orang-orang mukmin bersatu mendoakan diri kita setiap kali selesai soalat, Nabi memberikan syafaat, dan Al-Quran memberikan janji yang baik, dan di atas semua itu rahmat Allah selalu menyertai."
(LaTahzan,2008)



InsyaAllah. Be strong sar! chaiyo! Tabahlah wahai hati. Kuatlah hati. Sabarlah. SubhanaAllah. Banyak lagi hal yang belum kaw selesaikan sar. Cari gali balik law! Dah hari rabu ni. Yang adik kaw pesan pun kaw tak buat lagi. Dekat 10hb dah ni. Yang kawan kaw kirimkan pun kaw tak ambil tindakan. 9 and 10hb? hish! Jangan mengeluh! Orang yang mengeluh orang tidak redha dengan apa yang telah Allah takdirkan. ish. Jangan macam ni! Both of them. Remember that. waaa..

4 comments:

hansuke said...

aku cam kenal je style penulisan macam ni..hm...:P

sabar, sabar dan terus sabar. harini kena balik kat ko..semalam ingatkan aku..huhu~

teruskan usaha anda..:)

s a r said...

eh?
ada macam sape pulak?
tak terniat la pulak nak copy paste segala.. ;p
nanti kaw kate aku plagiat pulak :p

hmm. yela. memang kena kat aku la.. tapi takpe, kalau tak rasa, esok2 tak tahu pulak nak cope kan. ;p

thanks la beb. berusaha sangat2 ni. huu..

tapi ada pulak orang kate aku cepat makan hati.
ceess.. agak sanskrit lagi kuno ayat tersbut :p

sePatu~gadIs~ said...

beb..... nk mntk cket ht...
nk wt msk kicapp....
sedap nye....
wlpn ak xmkn...
ehehhee

s a r said...

ahaa.. mu nk ke?
sjk ble pulak la kaw mkn hti..
aku pun xde la mkn.. skdr telan je 'hati' ni.. gegege