Monday, February 7, 2011

Syirikkah?

~Mungkin post kali ini sedikit membosankan kerana bebelan sedikit panjang. huu

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. (Al-Maidah:35)

Syirik adalah menyekutukan Allah dengan selain dariNya. Itu antara maksud jelas yang aku ketahui tentang syirik sekaligus menyimpang dengan ajaran agama Islam yang sebenar. Apabila 'menyukutukan Allah dengan selain dariNya' jelas menunjukkan, kita tidak percaya akan Dia sebagai Pencipta sekelian alam.

Kurang keberanian sebenarnya nak ulas tentang hal-hal syirik serta seangkatan dengannya. Sebab, aku sendiri kurang pengetahuan berkaitan hal-hal tersebut dan memerlukan lebih bacaan dan bertanya dengan yang lebih arif lagi bijaksana. Dalam agama Islam juga kini ada kes-kes yang melibatkan ketaksuban sehingga tidak menyedari bahawa mereka semakin terpesong daripada landasan agama yang sebenar. SubhanaAllah.

Sedikit pengalaman yang aku alami serta 5 lagi sahabatku semasa study dulu. Pada pendapat kami, ianya mungkin ada kaitan dengan syirik malah ianya amat meragukan kami yang melihat dan mendengar. Mungkin mata banyak berbohong. Tapi, itulah yang kami alami.

Ianya bermula apabila kami perlu mencari sebuah pusat kebajikan yang menggunakan pendekatan atau praktis kerja sosial dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh client ataupun penghuni tempat kebajikan tersebut. Memandangkan semasa undian dilakukan sama ada perlu pergi ke pusat kebajikan kerajaan dan NGo, maka kami terpilih untuk ke NgO.

Dalam mencari-cari 2 3 tempat yang sesuai dan berdasarkan masa yang semakin suntuk ditambah pula waktu exam semakin hampir, kami pun dapatlah menghubungi sebuah rumah kebajikan yang menempatkan anak-anak yang kurang bernasib-baik (masalah) serta mendapat persetujuan dengan serta merta. Pucuk dicita ulam mendatang orang kata, tanpa memikir panjang kami terus bersetuju. Aku dan cek sepatu yang cari, dan membuat appointment segala. Beres di situ.

Perjalanan agak jauh menyebabkan kami tidak dapat menggunakan kereta. Naik komuter, lepas itu cari bas mini pula dan kami diminta untuk tunggu di sebuah masjid kerana kawasan rumah kebajikan tersebut tiada kenderaan awam masuk. Kemudian ada la orang mereka yang menjemput kami. Sampai je di rumah tersebut, layanan yang diberi memang kami puji. Penuh adab dan sopan lagi tertib serta mesra. Bila melihat keadaan mereka yang berjubah, berbaju kurung plus tudung labuh (semua girl), kami berenam agak tersipu kerana kami semua sekadar berseluar tapi masih menutup yang sewajarnya. :)

Dalam leka aku melihat gambar-gambar yang telah diambil tadi, tiba-tiba seorang rakanku membisikkan sesuatu di telingaku.


An: sar, kaw dengar tak ape yang diorang ucap masa dalam zikir tu?
ak: ha? ape benda?

An: cuba kaw dengar betul-betul beb.

~aku angguk je kepala pada rakanku itu plus kerutan di dahi. hee

Maka aku pun dengarlah betul-betul sebab zikir tu berulang kali diucapkan. Agak terkejut dan mula menunjukkan kerutan di dahi semua rakan-rakanku termasuk rakanku yang duduk sama berjemaah sekali tadi. Aku diam, yang lain pun diam. Masing-masing pandang sesama sendiri. Keraguan di situ. hehe.

je semua solat, aku dan rakan-rakan tak betah kot nak duduk berlama-lamaan di situ kerana mula berasa tidak selesa. Dalam kira-kira kami mahu mengundurkan diri, puan pengetua rumah tersebut mempelawa kami untuk menghadiri sebuah majlis dan mengajak kami untuk makan tengah hari sebelum pulang. Bukan niat hati untuk menolak tetapi disebabkan kami perlu pulang segera ke kampus dan seorang rakan kami pula demam. Tolak punya tolak, akhirnya kami tidak berjaya dan mengikut sehaja seperti yang telah dijanjikan.

Sampai sahaja di majlis tersebut, lagi kejutan yang kami terima. Anjuran dari mana, siapa yang terlibat pun dah buat kami buka mata masing-masing. Seumur hidup tak pernah la kot terlibat dengan benda-benda macam tu. Lepas je makan, kami semua cepat-cepat mintak diri takut apa yang tersemat di hati terluah di situ juga. Kes naye! hehe. Melepasi sahaja kawasan tersebut, semua tarik nafas. Rasa nak gelak ada, rasa takut pun ada, rasa terkejut tak payah cakap la. haha. Macam-macam kami nak bincangkan. Sehinggalah di kolej, baru masing-masing nak bukak cerita.

Pertama kali terkejut dan mula menimbulkan rasa keraguan adalah semasa kami bertanya kaedah atau pendekatan yang digunakan dalam menangani masalah adik-adik (anak yatim, kemiskinan, masalah sosial) tersebut. Pendekatan yang digunakan adalah secara rohanian iaitu dengan "tiupan semula roh". Alamak! lain macam je bunyi kan. Keliru dah kat situ. Dalam kepala, "apa lah yang perlu digoreng semasa presentation kat kelas nanti pasal tiupan roh ni? takda kene mengena langsung pulak dengan praktis kerja sosial". hmm.

Kali kedua, semasa zikir selepas solat jemaah tu. Jika diamati betul-betul, memang tak dinafikan alunan lenggok zikir tu sedap didengar. Tapi sampai satu part, mereka ada menyebut nama seseorang. Dan aku rasa, kami bukan tak cukup bijak untuk memahami apa yang cuba disampaikan. Bukan ke setiap zikir dan doa yang kita panjatkan tiap hari selepas soalat merupakan memuji-memuji kebesaran Allah swt dan Nabi Muhammad saw? Makin konfius kami kat situ.

Kali ketiga, waktu majlis yang kami hadiri. Kelab yang menganjurkan majlis tersebut sudah cukup buat kami buka mata pandang sekeliling kawasan tersebut. Kami turun je dari kenderaan, banyak mata yang memandang. Yang terkejutnya, semua yang hadir tu berkupiah, berjubah, berserban, tudung labuh, berpurdah segala. Kalau yang perempuan, memang takda la pakai macam pakaian yang kami pakai. Jauh sekali mungkin. Kami yang tengah jalan ni macam makhluk asing agaknya. Mata yang pandang macam nak telan kot, atau memang mereka ni tak pernah tengok orang macam kami. Hehe. Wallahaalam.

Apa yang kami kurang selesa di situ adalah cara pandangan mata kaum lelaki yang berada di situ. waah, macam nak telan hidup-hidup kita orang ni. Ish ish ish. Mata banyak berzina dah ni. Sekali pandang rezeki, ni kalau dah berkali-kali pandang dekat terkeluar pulak biji mata tu, apa kes pulak. Kelab yang menganjurkan majlis tersebut sahaja sudah agak memeranjatkan kami, apatah lagi orang yang terlibat. Hmm. Hanya Allah sahajalah yang tahu apa yang kami rasa waktu tu.

Apa yang menjadi persoalan sekarang ni, betul ke tak sebenarnya apa yang berlaku ni? Ke kami yang salah anggap? Biasa la, first impression, memang macam-macam yang berlegar-legar dalam kepala. Dan walaupunlah kami ni tidak berpakaian seperti mereka, tak bermakna tahap pengetahuan agama kami pun tahap tu jugak. Segala yang mereka lakukan mungkin luarannya jelas menunjukkan mereka lebih mendalam mengetahui tentang islam. Tapi dari segi yang kami lihat dan dengar, ianya diluar pengetahuan agama kami. Terdetik dalam hati kami yang mereka mengamalkan agama islam di luar landsan yang sebenar. SubhanaAllah. Tak tahulah nak kata macam mana.

Aku teringat lagi bila ketua di rumah tersebut menyatakan, "kebahagiaan di dunia adalah tidak penting, tetapi kebahagiaan di akhirat dan selepas mati lebih penting".
Ini kerana, sahabatku cuba memancing dengan erti kata lainnya ingin menguji tahap pengetahuan mereka. ~sempat lagi buat ujian iq. hehe. Sebabnya, kami melihat inai dijari beliau yang masih ada dan beliau telah berkahwin sebagai 2nd wife selama seminggu tetapi masih belum berjumpa dan tinggal bersama selepas hari pernikahan. eh? maka, sahabatku punya la nakal bertanya soalan yang mencabar minda beliau. hehe. walhal, kita semua tahu, perlunya keseimbangan antara dunia dan akhirat dan keadilan dalam berpoligami adalah penting selain tanggungjawab yang harus dipikul.

Semoga Allah ampunkan kami andai kami salah anggap dan berperasangka buruk terhadap mereka. InsyaAllah. Mungkin aku dan rakan-rakan masih lagi kurang bab-bab hukum hakam agama. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkara-perkara khurafat, syirik dan tahyul atau pun perkara-perkara yang lari dari landasan sebenar agama islam. Alhamdulillah setakat ilmu yang ada, masih tahu dan dapat bezakan mana yang betul dan mana yang salah. Kami pun takda hak untuk tentukan bahawa seseorang tu salah atau pun berdosa dengan apa yang dilakukan. Semua hak Dia. Dia yang berhak menentukan. Wallahuaalam.

4 comments:

hansuke said...

salam.

pandangan laki2 kat korg tu aku tahu ape..haha~ tapi sebenarnya, mereka yang macam tu tak patut la judge orang.

tak semestinya mempunyai dalam ilmu agama akan masuk syurga, sebab akan ada dugaan lain Allah berikan kepada kita seperti Ujub, Riak, atau Ghurur. ini penyakit hati yang sering dilanda orang2 beriman. semua ini adalah ujian belaka. dan syaitan tidak pernah pon penat menghasut orang2 beriman kerana mereka tahu hati manusia amat senang tertipu.

mmg benar, Allah tak suruh pon kejar akhirat sahaja, sedangkan rasulullah sendiri seorang businesman. bukankah ini sudah cukup untuk kita faham bahawa tidak salah untuk mencari rezeki (kebahgiaan) di dunia, kerana ia memang lumrah kehidupan mencari rezeki untuk lebih selesa di dunia yang singkat ini sebelom menemui ajal. tidak pula Allah menyuruh kita meniggalkan ibadah dalam mencari rezeki. maka seperti yang kita tahu ia mestilah seimbang.

kadang2 ia bergantung pada pemimpin ilmu itu sendiri, jika faham betol2 Islam, tidak lah terlalu rigid untuk di ikuti. Islam itu indah sebenarnya, tiada cacat cela di dalam agama Islam, tapi disebabkan manusia yang membuat isinya rigid dan susah kepada umum, malah akibat mereka2 seperti ini masyarakat menjauhkan diri dari mengenali Islam. padahal, bila tahu ilmu agama, perlulah kita menyampaikannya dengan baik (dimanakah ilmu dakwah mereka?), bukan memandang sinis bagaikan kita sahaja akan masuk syurga.

wallahua'lam.

s a r said...

i like your comment! ;p

terima kasih kerana sudi membuat huraian kesimpulan kerana saya kurang malah lemah bab2 ilmu syirik ni. sekadar mengetahui dari apa yang dilihat dan apa yang didengar. huu

~poyo suda ayat aku. ;p

thanks again beb!

Bawang Goreng said...

Assalamualaikum...

SAR, thanks for sharing. Saya dah lama dengar fasal puak ini, mereka pernah difatwa 'sesat' oleh JAKIM, jika benarlah mereka ini dalam kumpulan yang disebutkan... wallahu'alam.

Saya pun tak reti nak komen lebih-lebih, tapi jika fokus mereka hanya memuaskan nafsu dengan mencukupkan quota (poligami), maka tiada apalah yang mereka pentingkan, kecuali 'benda dalam seluar'... Sorry, kasar sikit bunyinya, tapi TokMod egroup al-Falaah memang ada personal experience dengan golongan ini. Yang pastinya, pengalamannya itu memang 'jelek'.

Lihat saja komen mereka, saya baca di MW#1440 di ruangan 'isu'. Benar sekali ulasan DrJuandaJaya dan PGSM. Mereka bukan hendak memartabatkan kaum wanita, tetapi lebih menindas kaum sendiri...

s a r said...

waalaikumussalam.

thanks cek onion sebab sudi baca and comment :)

hmm, saya pun tak arif tentang benda ni cek onion. saya akui saya memang kurang ilmu bab2 macam ni. lagi2 time kami pergi tu. tahu akan kewujudannya tapi tak sangka pula kami boleh termasuk dalam grup tu.

tu la kan cek onion. kadang2 saya sendiri tak faham apa sebenarnya tujuan utama mereka ni. hmm