Thursday, February 17, 2011

Nak tunjuk mungkin?


Assalamualaikum

~post kali ni sekadar cerita syok sendiri barangkali atau sebagai pandangan peribadi terhadap pemerhatian. hehe

1705 at library.
Sedang aku dan seorang sahabat berbual akan perihal masalah pengangguran sekarang (~cari langkah mengatasi masalah sendiri ahaks :p), tiba-tiba dengar bunyi alat tulis berselerakan. Serentak aku dan sahabatku menoleh ke arah kejadian. Maka terdengarlah si lelaki dan si girl bertengkar. Dan ada pulak watak tambahan di situ.

kak K (penjaga library), B (si lelaki), Z (girl)

Z : haa, tau pun. macam tu lah aku rasa sakit hati. ~sambil bangun dengan muka bengang.
B : bla..bla..bla.. ~sebab aku tak ambik peduli pun apa ntah dia membebel. ;p

kak K : dah dah. nak gaduh pun janganlah dalam ni. habis barang library ni.
~membebel sambil kemas alat tulis yang selerak.

Kes tu habis di situ sebab semua yang ada di tempat kejadian menumpu sepenuh perhatian ke arah kejadian. Apa yang digaduhkan pun aku tak tahu. Malas nak ambik tahu sebab berpendapat dalam hati, "ala, budak sekolah, memang kecoh lebih. tak kira kat tempat awam pun jadi". Tanpa memikirkan masalah sebenar yang berlaku. ~hipotesis awal. hehe. Ayat yang meluncur keluar dari mulutku pula, "ala, budak sekolah. hish" plus aku geleng. Mungkin disokong oleh sahabatku kerana dia hanya mendiamkan diri tanpa sepatah dua kata :p.

Masa ingin pulang, singgah di kaunter untuk merekod buku yang dipinjam, si lelaki dan si girl masih ada di situ. Di sebabkan library ingin ditutup oleh kak K, aku terdengarlah dengan sengaja si lelaki ni berkata kepada sahabat si girl yang kebetulan lalu di kaunter tersebut. Si girl tu pulak, menonong je jalan terus keluar tanpa mempedulikan keadaan di kaunter. Si lelaki pun berkata,

"H, kaw kirim salam eh kat Z, cakap aku mintak maaf hal tadi dan aku sayang dia." ~lebih kurang camni lah. hee.

Eh?? bercinta ke ape? terdetik dalam hati aku. Bukan sengaja dengar tetapi memandangkan si H berdiri betul sebelah aku dan si B pula duduk betul-betul depan aku, maka memang dengar dengan sengajalah kan eh?. hehe. Whatever la. Dalam hati gelak sebenarnya. Macam-macam hal budak remaja sekarang ni. Lagi-lagi yang bercinta, takkan la gaduh pun nak tunjuk dekat umum kot. huu. Lagi tak tahan, dalam uniform sekolah la pulak. ;p

Tu kisah remaja. Faham sangat dah bila hati tengah panas, mula la semuanya out of control. Kalau mulut tu, confirm boleh dengar perkataan-perkataan yang terlebih 'menarik'. haha. Tu fiil budak zaman remaja yang mungkin pemikiran pun belum nak matang lagi kan.

Apa pulak kesnya dengan yang dah dewasa ni bila buat aksi kejar mengejar macam dalam drama? haha. Lagi kelakar mungkin. Ada sekali aku dan family balik beraya ke kampung, dan dalam perjalanan di sebuah kawasan rumah kedai. Tiba-tiba aku ternampak seorang girl (comey berkebaya nyonya warna hitam rambut sanggul high hills lagi) keluar dari sebuah kereta hitam. Terus je jalan dengan muka gila ketat. Keluar pulak si lelaki dengan speck hitam berkejaran sebab girl tu jalan dah jauh. Aku tengok dari jauh dah macam bergaduh dah sebab lelaki tarik tangan girl tu but girl tu tolak and terus je jalan.
~mungkin mata kita banyak menipu sebab sekadar pandang je kan. ni sekadar assume la dari apa yang aku nampak. hehe.

Dalam kereta aku terus je bersuara, "alamak, buat drama ke ape couple ni?" hehe. Ayah dan mak aku senyum je. My bro dah tergelak sambil kata "haalaa..nak gaduh tepi jalan pulak. tak malu ke?". haha. Tak terkata apa aku dah.

Moral of the story. Tak kisahlah bercinta ke couple ke, ada masalah apa sekalipun, tak perlu rasanya kita menunjukkan kepada umum yang sebenarnya kita sedang bergaduh di khalayak. Bukan ke macam-macam tanggapan negatif nanti yang akan keluar dari mulut orang yang melihat. Teringat senior ku bilang "kaw takyah la gaduh depan orang ramai sebab tu akan tunjuk kaw sama je bodoh dengan orang yang cari gaduh dengan kaw tu!". Ada betulnya kan? hmm. Tapi tu la kan. Hati manusia, unpredictable. Lagi-lagi time temperature tak stabil kan. Orang bijak pun kadang-kadang boleh bertindak luar kawalan. Kesannya kemudian hari, tanggunglah sendiri. Sama-samalah kita berfikir mana yang sewajarnya :).

**thanks a lot to makcik Z dan anaknya kerana memberi kata-kata semangat kepada saya hari ini. "sar, sabar je la. apa boleh buat kalau orang nak kata. mulut orang"~ hehe. sedikit sinar kebahagiaan. :p

2 comments:

nurul said...

Huhu..klo bdak2 kcik slalu la gaduh depan umum..lgpon dorng xde nk pk malu ker..Trngtla plak time ak gaduh ngan kwn ms skolah rendah dulu..kwn aku bebel,ak plak pi tunggang terbalikkan kerusimeja..hahah.So childish..hehe..Bile besar sikit,dah bleh fikir dgn matang n rational n dah pandai control diri sket..he2..

s a r said...

salam beb! hehe.
kaw memang,. hehe.

ala. aku dulu yang kes pencil box terbang tu pun dah kecoh. haha. tu belum lagi kes mengamuk dalam kelas sebab salah sendiri. nak cover punye pasal. huu

hmm. tu la. kalau budak2 belum baligh belum mummayiz mungkin la jugak. ni dah besar boleh fikir dah rasanya mana yang baik mana yang tak.

belum yang dekat jadi mak ayah budak pun nak gaduh kat khalayak apa kes la plak kan. huu.

takpe la, hope kita tak jdi macam tu insyaAllah. kalau dah marah, setan pun suka. dari kemarahan tu yang jadi lagi benda2 buruk, tu yang setan lagi suka.

Nabi Muhammad saw pernah mengajarakan isterinya apabila dilihat isterinya sedang marah, disentuh kepala isterinya dan mengajak bersama membaca:

"Ya Allah, ampuniku bagiku dosaku, keluarkanlah rasa kemarahan dari hatiku dan lindungilahku daripada syaitan"

thanks komen beb :)