Friday, February 18, 2011

Kashaf Imani

Assalamualaikum

Kisah yang juga mungkin mengingatkan kita agar sentiasa beringat bahawa Dia ada dan kebesaranNya. Ambillah kesempatan yang ada untuk bertaubat andai masih berkesempatan. Telemovie bersempena Maulidulrasul. Alhamdulillah, ianya amat bererti. Cuma, mungkin dari sudut pandangan lain, akan ada yang menganggap ianya seperti "ghost whisperer" cerita barat. Tapi buang pendapat yang sedemikian, kita ambil yang positif dalam mesej yang cuba disampaikan dalam drama tersebut.


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini....


Berselang-seli dengan rentak melodi lagu "Tiada Duka yang Abadi" nyanyian opick. Paling menarik dalam drama tu, aku rasa tentang kesempatan untuk bertaubat selain menunjukkan kebesaran kekuasaan Allah swt. Apa yang dilalui oleh Imani dalam kisah tu adalah dia mempunyai 'gift' dengan dapat melihat benda-benda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar orang lain. Bukan sekadar cerita, tetapi dalam realiti aku tahu ada orang yang dapat 'gift' tersebut. Cara hidup Kashaf yang menyimpang jauh dari landasan Islam diberi peluang kali kedua untuk hidup.

"beribadatlah engkau, ibarat engkau akan meninggal dunia pada esok hari"

Kekuasaan Allah dalam menentukan segala hal. Tidak dapat kita melawan akan takdir yang telah ditetapkannya. Dikatakan penyakit atau juga musibah hanyalah penyebab kepada sebuah kematian. Berbalik kepada takdir yang telah Allah tetapkan. Redha akan segala Qada dan Qadar yang telah dicatatkan.

Hadith Rasulullah saw bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya Allah swt membuka tanganNya pada waktu malam untuk menerima taubat orang pada siang hari dan akan membuka tanganNya pada siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada malam hari, hingga matahari terbit dari sebelah barat"

Hadith qudsi disebutkan:

"wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian berbuat dosa, baik pada malam hari mahupun siang hari, sedang Aku mengampuni semua dosa-dosa itu. Oleh kerana itu, mohonlah ampunan kepadaKu, nescaya akan Aku ampuni kalian"

Segeralah bertaubat andai ada kesempatan. Kerana pada bila-bila masa sahaja Dia boleh menjemput tanpa pesanan mahupun isyarat. Tidak berkata besar atau juga mencabar akan segala kekuasaan dan kebesaranNya kerana Dia Maha mendengar akan tiap butiran yang keluar dari ulasan bibir-bibir manusia. SubhanaAllah. Hargai peluang yang ada andai diberi kesempatan untuk berbuat demikian. InsyaAllah.





~peringatan lebih kepada diri sendiri. huu. sadis!
:'(

4 comments:

Kakzakie said...

Sentiasa berdoa semoga dosa-dosa kecil tanpa sedar dapat dilupuskan dengan amalan-amalan tanpa henti dan bertaubat tak mahu mengulangi lagi.

dreamygirl said...

....(6_6) -)

s a r said...

salam kakzakie :)

thanks for that comment and reminder for me. Alhamdulillah.

InsyaAllah, Dia ada untuk mendengar segalanya. :)

s a r said...

salam cek adek si sleepy princess, :p

thanks beb even it just emoticon kaw yang comel lagi bergaya tu. :p

thanks jugak sebab tinggalkan kesan.
hehe.. :p