Wednesday, February 9, 2011

Ada rezeki takda rezeki

Setengah jam awal aku dah sampai dan buat pendaftaran. Kawasan agak sunyi sebab aku tak nampak pun candidate lain. Nombor giliran dah dapat, no 2. Perghh, maknanya memang akulah terawal kan. Sementara tunggu yang lain datang, ada la 3 4 orang datang daftar tapi bagi jawatan lain. Dalam hati time tu, memang redha je sebab yang datang tu semua kakitangan tempat tu jugak dan rasa macam tak berapa nak yakin.

Tiba-tiba nama aku dipanggil. Aku sedikit terpinga plus agak confident berjalan masuk bilik mesyuarat tersebut. Dalam hati dah kata "maak ai, aku dulu pulak, mana budak yang 1st ni?". Time tu dah rasa macam nak ketuk kepala kat situ jugak sebab blur semacam. Dengan confident jugaklah aku bukak pintu bilik mesyuarat.

Baru bukak setengah, nampak dah 3 orang interviwer. Sekali aku terus masuk, ada tambahan lagi dua orang. Adoi! 5 orang la pulak. Semua sama jantina. Serius aku cukup tak suka apa yang aku rasa time tu. Dari yang 5 ni, aku cukup takut pandang yang last. Muka gila tenang, tapi senyum dia agak menakutkan. Dalam yang 5 ni jugak ada salah seorangnya ketua jabatan. Dan aku pasti yang last tu la ketua jabatan. Tenang yang menakutkan. Cess. Betul sengaja menggoda hati aku yang tengah kacau. huu

Firstly, after aku duduk je, leader interviewer terus cakap

P: cik sar, u takda saingan hari ini, kira u ni seorang sahaja untuk candidate yang mohon untuk jawatan ni.
ak: hah? yeke. ~buat muka pelik plus sikit senyum sebab dalam hati dah rasa tak sedap dah. pastinya soalan pun agak la mencabar kepala otak yang tengah blurr ni kan..hmm.. buang jauh2 rasa ujub di hati!

Lepas kenalkan diri mula la interviewer yang pertama tanya. Soalan? memang dia kasi soalan sengaja buat jiwa kacau.

Q: kalau la awak dapat jawatan ni, then the same time dapat pulak untuk s41, macam mana?

Uish, ni memang soalan sengaja. Aku jawab seconfident yang mungkin sebab aku tahu dia nak tengok kesungguhan untuk dapatkan jawatan tu. Terpulanglah nak fikir apa. Lepas tu, ada la serba sedikit tanya pasal pengalaman masa aku praktikal kat hospital dulu.

Soalan paling tak tahan dan juga mungkin telah mengecewakan aku sangat-sangat sebab aku tak boleh jawab. Soalan ni, interviewer ke-5 yang muka tenang tu yang tanya.

"cik sar, u dulu masa praktikal kat hospital tu, agak2 ada berapa banyak katil?"
~aku senyum plus muka sedikit blurr jugak. adoi! tanya katil, mana la nak ingat. aku agak2 je, tapi diorang tak percaya pulak. huu. sadis lagi kat situ.

"cik sar, u masa study dulu ada belajar teori kerja sosial kan. boleh sebutkan prinsip2 kerja sosial"
~sekali lagi aku blur, tapi aku jawab juga apa yang aku tahu dengan getaran di bibir. malangnya..

"hmm. yang awak sebut tu ciri-ciri yang perlu ada. kurang tepat."
~lagi sebijik aku kena. last2 aku jawab, maaf puan, saya tak ingat. habis! dalam hati, dah down giler dah. mengucap macam dah tak cukup nafas dah. sabarlah hati.

"ok takpa, saya nak tahu itu sahaja" ~terus dia kasi senyuman yang menakutkan tu. huh!

And the same time, one of the interviewer dah geleng kepala. MasyaAllah, Allah je la yang tahu bila aku tengok muka puan yang ke-4 tu. Mesti dalam hati dia kata "eh budak ni, dah la kaw sorang, soalan tu pun kaw tak boleh nak jawab!"
~cehh, aku pulak buat hipotesis sendiri. hehe

Puan ke-4 tu punye soalan pulak,

"kalau la saya kasi awak skala kerajinan dari 1-10, tahap mana kerajinan awak"

Lagi satu soalan yang sengaja membunuh aku ni. Dah pastinya dia nak tahu sebab apa lepas aku jawabkan. cesss. lagi tambah kekecewaan plus hilang kekuatan dah ni. Aku jawab jugak sehabis baik walaupun aku kasi jawapan bukan 10. Hilang sudah the higher confident aku tadi. Lemah lutut dah time ni. Mungkin aku silap di situ. Redha. SubhanaAllah.

Dengan erti kata lainnya, semua soalan yang diberi hari ini memang secara langsung walaupun tanpa niat nak membunuh la jugak. huu. sabar je la. Melangkah je keluar dari bilik tu, aku dah tak boleh tengok dah muka semua interviewer tu. Takut pun yer. Sedih sangat-sangat plus kecewa lagi. Lagi takut aku tengok muka yang ke-5 tu. Still dengan senyuman yang menakutkan tu.

Punyalah bajet soalan2 law yang keluar, hampeh. Sikit pun takda sebut pasal law berkaitan. Dia tanya basic je aku dah blurr nak jawab. Macam mana tu? haishh., sendiri buat, sendiri tanggung!

Moral of the story, balajarlah sesuatu untuk mengaplikasikannya pada masa hadapan, bukan belajar semata-mata untuk exam. Lain kali, sebelum pergi interview, kasi khatam semua sekali jangan sampai terlepas pandang satu pun maklumat. Lagi satu, jangan sesekali main mata sebarangan dengan interviewer. kes naya plus cari pasal! ahaha. ~bukan aku ok! huu. Standby sekiranya anda kelihatan diperbodohkan plus kene torture habis-habis. haha.



“Dan barangsiapa yg bertawakkal kepada Allah nescaya Dia akan mencukupkan . Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”


"Sesungguhnya orang-orang yg sabar itu, akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung"
(Az-zumar:10)



~dah berusaha sehabis baik, dan yang terbaik. tapi apakan daya, hanya redha apa yang dah berlaku. tawakal yang pasti. ada rezeki di situ, ada laa. if takda, memang bukan milikkku la. Diakan yang maha menentukan lagi maha mengetahui. jangan sedih sar! chaiyo!

6 comments:

dreamygirl said...

huhu..gitu citenyeryer..interview memg cam nk psycho orng je kngkdang tuh..huhu..sabarjelaye..-)

s a r said...

hee.

tu la.. bese aku cbuk je nk psycho org.. sekali ambik sebijik!
ngee.

but i'm ok now..
thanks la beb eh,.
kata nak jdi macho yg anggun.. mst ar kne cool kan,,. ngee..

~padahal, tadi punya la kacaw bilau.. kekeke..

dreamygirl said...

hehe..bgusla..kak sar yang oii..hahah

s a r said...

gege.. yer la cek doc! lalala

hansuke said...

ko dah jawab dah semua dalam part tulisan kecik kat bawah tu so aku rasa tak perlu la aku tambah lagi komen ye..:)

insya Allah dapat, doa je banyak2.

s a r said...

hmm. thanks beb.

tu ayat sedapkan hati sendiri. huu.
sedeh ar sebenarnya even aku sorang je, tapi aku tak boleh nak letak harapan pun. teringat je apa yang jadi semalam, macam nk nangis aku rasa. rasa giler macam budak tak pernah bljar kot depan dorang.
huu.

tu je la pun yang mampu. InsyaAllah kalau ada rezeki.

thanks again!