Friday, February 11, 2011

Pahit diingati


~try to be better :p
Assalamualaikum.

Apa yang telah berlaku sebelum dan beberapa minit lalu sudah boleh dianggap lipatan sejarah. Kalau dah berbicara tentang sejarah, sudah tentulah ada yang manis ada pahit. Yang manis, kalau teringat mesti senyum meleret-leret kan? Cuba yang buruk atau pahit, serius! kalau boleh taknak ingat dah. ~sendiri rasa. huu. Lebih lagi bila melibatkan insiden2 kurang bijak plus memalukan diri sendiri gara-gara kelalaian, kealpaan mahupun faktor persekitaran.

Pahit diingati? Sudah tentulah itu yang paling payah nak lupa malah menjadi ingatan seumur hidup melainkan yang telah berjaya melupakan ingatannya. :p. Jangan kata diri sendiri susah nak lupa, tapi orang sekeliling yang berada di hari kejadian juga confirm ingat. Malah, boleh dijadikan cerita sensasi lagi pada masa hadapan. Tak percaya? Contohnya: ~pengalaman masa lampau (orang sekeliling dan diri ini ;p) long long time ago..

"weh, parut kat batang hidung kaw ni bukan ke kene langgar basikal dengan jiran aku si Z dulu masa sama-sama balik mengaji? nasib baik basikal dengan basikal" ~peristiwa 15 tahun lalu. parut mengingatkan segalanya.

"kaw nak tau tak? aku takdapat ambik exam tu sebab aku boleh pulak tertinggal ic. baik punya aku dah duduk kat dalam dewan exam then, pengawas dah siap edar kertas soalan, tiba2 suruh keluarkan ic. Maak ai, aku dengan confidentnya nak keluarkan ic, malangnya takda dalam wallet! apa lagi, langkah kaki dengan gagah dan confiden jugak la dipersilakan keluar dewan!" ~ish ish ish.. sapa la tu. teramatlah cuai ;p.

"kaw tak ingat apa dia dah buat dengan keluarga kita? sory, sampai bila-bila la takkan lupa. mulut kata lain, tapi buat lain. ungkit sana ungkit sini! rezeki Allah yang kasi. kalau Dia nak tarik balik, anytime la. sedar diri dengan tak sedar je!" ~ini contoh kes penganiayaan berlaku dalam sesebuah keluarga walaupun ada pertalian darah. ish ish ish. Astaghfirullah..

"bukan kaw ke yang ponteng sekolah dulu? elok2 pagi2 pergi sekolah, last2 kantoi cikgu sekolah call rumah sebab kaw dah seminggu tak datang sekolah.." ~ni kes masalah sosial time sekolah. hishh, Alhamdulillah bukan aku! ;p

"weh, bukan ke lab fizik yang kita semua kantoi kene jemur kat gelanggang badminton depan office pengetua? punyalah mengamuk cekgu H. mana taknya, sapa suruh lambat masuk lab. tambah pulak ramai yang kantoi mase test. lagi hanginlah cekgu H tu. sekor2 kene sound baik punya". ~ni kes pahit2 sweet. best student, ketua pengawas, pen pengawas, exco2 tertinggi pun joint sekali. haha.

"masa nak pergi daftar, boleh pulak jatuh tangga. nasib baik dah lepas daftar. yang paling tak tahan, semua mamat2 yang lalu kat situ dah pandang. tiba-tiba ada pulak sorang adik yang baik hati nak tolong. tolong cover malu. hehe. effectnya, sampai sekarang aku rasa. nak duduk lama sikit pun tak boleh dah. lepas jatuh tu tak payah cakap la sakitnye macam mana. mula2 macam bajet ok. tengok malam sikit. biru siku and pinggang. ambik! seminggu tak boleh tidur mengereng." ~haha. ni kes syok sangat jalan sampai tak nampak tangga licin. ;p

"kesian abang tu taw. dia kawen lambat sebab susah nak percaya dengan mana-mana perempuan lagi after girlfriend dia tolak lamaran plus dapat tahu ada lelaki lain yang lagi tak hensem dapat tackle girlfriend dia" ~huu. takda jodoh namanya but memberi kesan yang amat mendalam.

hmm. banyak lagi rasanya kisah yang pahit dalam hidup kan. Rasa-rasa dah taknak ingat dah. Tapi, itu jugaklah yang selalu datang tanpa izin dalam kepala tu kan. Tu belum masuk bab-bab yang melibatkan kes-kes yang bagi luka parah walaupun tak berdarah plus kekecewaan menggunung dengan extra frust lagi. Serius! langsung taknak ingat, dan kalau boleh nak delete je dari memori kan. Kalau komputer, maybe yes. Sebab boleh je tekan button Del kat keyboard tu kan. ;p. Ini pula dalam kepala. Melainkan melupakan diri secara sengaja mahupun tidak sengaja sahaja yang dapat mengatasi. hehe.

Tapi tu la kan. Benda dah jadi, menyesal pun tak guna. Sendiri buat, sendiri tanggunglah jawabnya. Lagi satu yang paling penting, Qada dan Qadar tu kan daripadaNya. Siapa kita nak menghalang. Terlalu banyak hikmah yang tersirat disebalik yang berlaku bukan? Cuma kita sebagai manusia kadang-kadang tak sedar malah hampir tak perasan atas apa yang berlaku. SubhanaAllah.

"Segala perbuatan hamba adalah diketahui Allah swt melalui ilmu-ilmunya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti."
(IslamGRID,2009)


~ni namanya kena kat diri sendiri. ;p
orang kata, pengalaman lalu, mengajar kita kan??

6 comments:

nurul said...

yup.. :-)...n coklat tu..reprensent bittersweet life la erk..hehe..perfect example..hehe..
:-)..kalo masam manis plak?? ;-p

Bawang Goreng said...

Salam,

Betul... yang pahit selalunya terpahat... tapi kalau belajar redha, mungkin boleh lupakan.

Psssttt... tengah lupakan yang pahit-pahit. Tapi makin cuba, makin ingat pula... kui kui kui...

s a r said...

dreamgirl>

hehe.. thanks beb baca..

kalau dah masam manis, nanti boleh pkai gmbar ikan masak sweet sour la..
haha.. ;p

s a r said...

cik onion! waalaikumsalam

thanks sebab sudi menjengah atau dengan erti kata lainnya, meninggalkan jejak di blogku ini.. hehe

ermm. betul! dengan redha and kuat hati je dapat lupakan..huu

ppsstt.. yang pahit tu la yang maha dasyat nak lupa.. makin di cuba, makin dengan selambanya datang.. huu

hansuke said...

salam.

memang tak bole nak lupa peristiwa pahit, sebab ia tersimpan dalam otak, kalu ko nak hilang kan gak, terjun ke depan train, insya Allah hilang ingatan haha~

tapi apa yang kita boleh buat ialah macam cik onion tu cakap, belajar untuk redha, atau dalam erti kata lain, 'move on'.

kita tak mungkin boleh mencungkir keluar kenangan pahit dalam hidup, tapi boleh belajar untuk terus hidup, belajar untuk bersyukur dengan apa yang dah berlaku, dan pasti ada hikmah disebalik semua kenangan, tak kira manis atau pon pahit.

bersyukur ertinya, redha dengan sepenuh jiwa dan raga, tanam sifat cinta akan Allah, berserah segala akan takdir dan berharap hari yang lebih baik pada esok hari.

wallahua'lam.

s a r said...

waalaikumsalam

cesss. tu dah masuk kategori melupakan dengan sengaja tu. ;p

hmm. thanks beb,.
betul la tu. Redha dulu dengan apa yang dah jadi. bersyukur yang pasti. takkan selamanya kita nak hidup dengan kenangan lalu kan. life has to go on right?

thanks a lot beb. Alhamdulillah. terima kasih sebab ingatkan. :)