Thursday, October 27, 2011

dia nak buang!

assalamualaikum...

alkisah 5 housemate. Kak mas, ina, intan, ani, ami.

(nama rekaan semata-mata, dialog rekaan, kisah je benar)

Kak mas: Intan, jom akak bawak pergi hospital. susah kalau makin teruk sakit perut tu nanti, kita orang tak tahu nak buat apa.

ina: yalah. jom. kita orang temankan.

intan: yalah, tapi awak semua keluar dulu boleh, saya nak tukar baju jap.

ani: ala, tukar ajalah, takyah malu.

(intan still bertegas dan suruh kawan2 dia ni keluar bilik jugak, semua tunggu kat luar bilik)

ani: eh, korang dengar tak suara budak menangis?

ina: eh, mana ada. aku tak dengar pun.

ami: entah, aku tak dengar apa pun. kak mas dengar?

kak mas: takda pun. akak tunggu kat dalam kereta. dah siap nanti suruh intan keluar.

(makanya dah siap, kakmas, ina pergi hantar mereka ke hospital. tapi ani dan ami tunggu di rumah. Si ani ni tak puas hati sebab tadi dia dengar bunyi baby menangis. dia terus masuk dalam bilik intan then nampak satu beg baju macam gerak2. Dia pun panggil si ami masuk dalam bilik sebab dah takut. sekali dia bukak, ada baby yang ditutup dengan baju, tengah menangis2. nyaris lemas!)

MAKNANYA DI SINI!!! ~ Si SAKIT intan tu nak buang baby tu.! huh! tak boleh terima dek akal betul aku yang dengar cerita.

Maknanya kalau si ani tu tak masuk bilik, si sakit intan tu nak pergi buang baby yang hidup tu la kan. astaghfirullahalazim.... maaflah, mungkin ni entry emosi. tapi memang selayaknya la kena marah budak si intan sakit tu. Boleh pulak bila ditanya kenapa buat macam tu? dia jawab dia tak sedar dia pragnant!. Apa benda punya alasanlah! biar betul. Memang mengucap besarlah aku dengar. Semoga  dijauhi dari benda2 macam ni. Sedeh!

jangan buat macam ni. sian dia weh...

Makanya wahai sahabat sekalian... beringat-ingatlah wahai sahabatku sekalian. Terutamanya kaum Hawa. Aku takut benda2 ni jadi tanpa kita sedar sebab dah terlalu syok sangat. Lepas ni, budak2 mulut 'comel' mulalah mengutuk. Yang sekolah agama/ yang pakai tudung labuh pun buat hal! Huh! Sakit je dengar. Kerana sirap setitik, habis susu sebotol tukar jadi sirap bandung. :P ~perosak bahasa betul aku. :D

astaghfirullahalazim...
astaghfirullahalazim...
astaghfirullahalazim...

Allah tu Maha Besar Maha Mengetahui apa jua yang kita lakukan even sedetik hati pun... SubhanaAllah...

15 comments:

Unknown said...

SALAM,
SEDIH TENTANG APA YANG BERLAKU SEKARANG INI ! YANG PIHAK SI LELAKI PULAK, MACAM TAK ADA APA2 TINDAKAN TERHADAP MEREKA ! TERLEPAS BEGITU SAHAJA ?

Cikgu Ma said...

kalo tak ingat dosa, tak takut tuhan itulah jadinya...kita yg tak terjebak beringatlah...

Anonymous said...

tak kan tak tahu pregnant kalau dah terlanjur... dah la teruk, alasan pula tak munasabah...

Dosa zina + bunuh...teruk3

Bila ada ilmu agama tapi tak amalkan, jadilah mcm "bdk sekolah agama tapi mengandung"...

minta dijauhkan semua itu...

kerana sirap setitik, susu pun bleh jadi air bandung dan bleh diminum -- kerana satu faktor, manusia bleh memberi manfaat kepada orang lain... hahhaaa

Kakzakie Purvit said...

Salam Sar,

Astaghfirullah sayu kakak baca N3 ini. Sampai begitu sekali. Makin kuat iman kita makin kuat syaitan menggoda itu yg kena ingat. Jaga diri sar... kakak takut kalau bab2 begini tambahan anak-anak semuanya perempuan. Allah....

fuad ansari said...

betullah.. kerana sirap setitik, susu sebotol dah jadi sirap bandung.. (",)

menyorok kelahiran adalah sukar..
ianya lebih sukar dari berkahwin.. (",)

Cikgu Ma said...

jom main...akk tag awak ^^,

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2011/10/kena-tag-kena-tanya-kena-jawab.html

ghost said...

sedey!!!

memey supa nate lagu nih..

ouch..ingat2kan diri.hihi

Norsha said...

Bala yang semakin banyak menimpa kita, baik adam mahupun hawa, tolonglah jauhi zina, jauhi zina, jangan hampiri sekalipun....!

Pia said...

"assalamu'alaikum sar....na'uzubillah..minta dijauhkan dari perkara2 sebegini kan..dlm dunia skrg ni dah tk kira lelaki ker pompuan...yg alim,anak imam..yg cetek ilmu agama tu lagi lah..Yaallah kalau difikir2kan benda ni akk jadi takut sgt sbb..yelah anak2 akk ramai kan..risau sgt2..smga mereka akan menjadi ank2 yg sentiasa kuat imannya..AMin!.."

dwatyKNY said...

memang tak logik alasan tu... boleh plak tak sedar dia pregnant...
berani buat kenala berani tanggung...

s a r said...

#luah fikiran

waalaikumussalam Dr.
ermm.. tu la dr. biasanya yang lelaki dah buat derk la jadi macam ni. dah taknak tanggungjawab, tu yang sanggup sampai nak buang and bunuh.

#cikgu ma

yep. benda yang dah jadi ni la baik untuk kita beringat. astaghdfirullahala'zim. takut sangat.

#askura

ahaha. saya suka maksud peribahasa anda. eheh.

#kakzakie

waalaikumussalam kak. tu la kak, saya yang dengar dari sahabat saya ni pun sedih dengar. kesian gila la kat baby tu. dah la hidup. sempurna. boleh pulak dia nak buang. sedih!

yalah kak. inshaAllah, takut sangat bab2 macam ni kak. saya pun tak tahu apa nak jadi masa depan. just beringat je ni. mintak dijauhkan. inshaAllah. thanks akak.

#encik fuad

betul2. sangat susahlah sebab dah buat salah. cuba kalau kawen kan dah senang, eheh.

#encik ghost

tu la tu. tak tau la mana letak dah iman dia. astaghfirullahal'azim. ingat ingat ingat untuk diri sendiri juga ni. apa pun boleh jadi kan...

#norsha.

tersangatlah setuju. masyaallah. minta jauh la. hmm.. takut sangat, kekdang dalam tak sedar. jauh jauh jauh...

#kakpia

waalaikumussalam kak.
tu la dia kak. sedih sangat dengar berita ni.

aminn. inshaAllah kak. cumanya anak2 sekarang memang tak boleh lepas pandang sikit pun. kena beringat selalu.tak kira la anak pak imam pun. hmm..

#cikdwaty

nauzubillah.yang dah buat tak reti nak tanggung tu yang problem. hmm.

nurul said...

salam.betultu sar.erm..siannye kucingtu...banyak gambar kucingye dlm blogni..lepas ni bukan sar-what dah..sar-cat..he2 (main2 je ) -p

s a r said...

waalaikumussalam.

ahah. aku kan fanatik dengan haiwan berbulu ni. walaupun sekarang dah agak malas menjaga kucing aku yang ada kerana kucing feveret aku dah takda. uhuu.

tapi kalau dapat, aku nak pegang bawah leher rimau tu ha. nak gosok2 dia. eheh.

Faaein Talip Roy said...

Nauzubillah min zalik.. merisaukan keadaan macam ni.. memang mohonlah dijauhkan. risau jugak..

s a r said...

erm.. tu la tu.. sama2 beringatlah. apa yang dah jadi dan yang melanda negara sekarang ni banyak beri peringatan dan pengajaran pada kita. InshaAllah.