Monday, October 10, 2011

Apa ada hal

Assalamualaikum :D

Disebabkan sekarang musim main kahwin2,dan ada juga majlis terhampir dengan ku, maka adalah suka untuk membebel perihal kahwin2 ni. :D ~untuk ingatan diri sendiri yang belum nak melangkah ke fasa tu :D. Sesi pertama dimulakan dengan calon pilihan yang dah confirm. Kalau dah sayang....

Pada satu majlis...

Paksu bersuara: S a r, tak makan ke? tu sate, mee sup, roti jala, nasi impit. nape tak makan?

aku jawab: Hehe.. yalah. nak makanlah ni. ~aku senyum je la sebab perut dah kenyang.

my mom said: Dia kenyang makan banyak dah kat rumah makngahnya tadi. ~ bocor rahsia. :P

makngah di sisiku pula: Ala... makan ajalah s a r. Kaw tengok si Man tu. Selamba aja makan semua. ~tunjuk pada cousin ku yang duduk didepanku.

Si Man jawab: Ahaha,.. makan ajalah. Apa ada hal dah dapat yang cantik. Peduli apa. makan ajalah... ~erk, aku tak jangka dia nak jawab macam tu. 

Ok, tu dari sisi jawapan si lelaki. Sebenarnya aku nak cakap yang "BILA DAH SAYANG, SEGALANYA NAMPAK SEMPURNA, TERIMA SEADANYA." Alangkah senangnya begitu kan. Hal penampilan diri dah jatuh no dua bila mereka sudah miliki yang mereka inginkan. Tu penampilan si lelaki la. Yang si wanita? macam mana pulak tu.

Realiti hari ini, penampilan sesorang diutamakan sehingga sanggup mengenepikan segala hal yang tak sepatutnya kan. Terutamanya ketika ingin mencari pasangan hidup. Semua nak cantik hensem belaka. Dengan erti kata lain taknak kalahlah. :D

Siapa yang problem? Kaum adam ke hawa? Wanita jugak. Biasanya memang wanitalah segala2nya. Hmm.. Masalahnya pula, adakah kaum Adam yang inginkan pasangan mereka yang menjolok mata? Adakah? Atau aku yang tertinggal ni. Atau, memang itulah taste kaum Adam? Maaf, aku memang kurang arif bab ni. Harap maaf kaum adam semua. Akal sedia dikurnia Allah untuk berfikir kan. Fikirlah sendiri....Tidaklah ku tau siapa pilihan hatimu. :D


Lazimnya perempuan2 yang jahat adalah untuk lelaki2 yang jahat, dan lelaki2 yang jahat untuk perempuan2 yang jahat, dan (sebaliknya) perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik, dan lelaki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang2 (yang jahat), mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-nur:26)


Kelebihan disyukuri, kekurangan diredhai kan. Dia sebaik-baik perancangkan. Setiap manusia dijadikan pasangan. Andai di sini tidak kesampaian, pastinya di sana nanti sedia berteman. InshaAllah. Janji Allah itu pasti kan. 

22 comments:

Cikgu Ma said...

assalamualaikum...selamat pagi cumill...

ala..dah nak kawen ke?tunggu akak dulu la...hehhe

btol tu, nak cari pasangan tak kan rupa sahaja jadi pilihan...perempuan ni memang banyak kelemahan dan kekurangan...moga akk juga dikurniakan pasangan yang selayaknya...

***ttbe datang doa kat sni..hehe

ghost said...

pokok pangkalnya,pada perasaan sayang.tak cantik pada orang,cantik pada kita.takl baik pada orang,baik pada kita.kalau dibiarkan perasaan sayang tuh menghilang,kita payah nak rasa semula.

fuad ansari said...

sudah ada calon nampaknya.. patutnya semerbak bau nasi minyak.. (",)

hansuke said...

salam.

labels: jom kahwin? memang ko sangap..hahahah~

1stly beb, sorry to say, memang org laki suka cari yg cun melecun punya, kalu boleh biar dapat stok rozita che wan, mak ai, meletop!!! ehe~

kadang2 ada je yang nak show off, dan aku pon suatu ketika dahulu, pada zaman pak cekodok, nak cari teman wanita cun dgn sebab yg sama la..astagfirullah (sib bek Allah hukum aku..:P), akhirnya aku insaf..alhamdulillah..:D

pokok ceritanya, budak laki pada mulanya akan tertarik pada wanita cun luaran. tapi bila umur meningkat, dagu pon terbelah 2, dan dah kenal erti tanggungjawab, dan dah wajib mandi yang wajib (ehe~) dan sebagainya, dan dah tahu erti cinta kerana Allah, insyaAllah, dia akan lebih tertarik pada perangai si gadis tu dan nilai keislaman seseorang wanita tu.

datang la secantik lisa suharni, datang la secantik artis yang bajet cantik tu, kalu aurat tak reti nak jaga, nilai islam pon tak tahu (jahil), tak payah cakap nak takel, tgk pon tak nak beb..whahawha..(agak pedas la pulak..;P)

ok, aku dah merepek. pape pon, aku tak nak puji ko kali ni sebab ko tak nak riak kan..:D

k beb cau.

ewanthology said...

yup..janji Allah itu pasti, setiap manusia ada pasangannya.

Anonymous said...

label "jom kawin"... hahaha

kdg2 laki nie ckp lain, dlm hati lain pula...

like! KELEBIHAN DISYUKURI, KEKURANGAN DIREDHAI... :d

dwatyKNY said...

susah nak jumpa lelaki yang tak pentingkan fizikal... rata2 semua akan tengok luaran dulu baru dalaman..

Qaseh Dalia said...

ntah lah kdg2 pun tak terfikir ..

nobody said...

dear baby,

just stop by to say

miss u
miss u
miss u

rindu awak sngt2

hehe

-yg cuak nak exam

s a r said...

#cikgu ma

waalaikumussalam kakak :D

~eheh. pulak ak kawen. lanbat lagi kot. calon pun tak nampak lagi ni ha. eheh. tunggu akak dululah ni. hee

betul tu. kekadang itulah yang jadi utamanya kan. apa2 pun luaran jadi keutamaan. hmm.. entahlah. semoga ada mata tap tak buta untuk menilai. :D

inshaAllah kak. smoga dikurnia sebaik2nya untuk akak. doakan saya juga. :D

s a r said...

#encik ghost.

~sedap pulak nak sebut ayat encik tu. like!
sangat setuju. dan semuanya kembali pada hati juga. terima kasih. :)

s a r said...

#encik fuad

~tersenym2 baca komen encik fuad ni. hee bau nasi minyak orang lain la tu. :D

lambat lagilah encik. calon pun tak nampak lagi ni haa.. uhuu

s a r said...

#encik hansuke

S.E.W.E.L ~ahah

ha'ah. memang tau dah. lagi2 kaw :P (alhamdulillah. insaf sudaa :P) nak stok rozita che wan. tak bley bla betul. yalah kan. tahan tak kedut punya kan. ahah

erm. dengan erti kata lain memang payah sebenarnya nak jumpa lelaki yang tak show off ni. demand. mak oi. nak lisa surihani aja. ambik la sangat. ~alala

bab aurat tu jugak yang paling tak tahan tu. eheh. ~seru tak sampai lagi nak pakai tudung, (bukan aku kata :D)

takpalah kan. mata lelaki yang 'tak buta' tahu menilai kan. Janji Allah itu pastikan. aku redha je. :)

gudgud. :D

thanks beb sudi ke mari membuat tazkirah pendek yang pedas. :D

s a r said...

#encik delarocha

:) yep. kita hanya redha dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan. sebab Dia adalah sebaik2 kurnia. :)

#encik askura

kamu dah sama maacam ensik hansuke dah,gelak pulak dengan label tu. uhu. label sengaja. ahah

erm. entahlah. mungkin ye. tapi biasanya memang ye. eheh. pernah je dengar dari lelaki kata yang dorang ni lebih banyak nak 'suka2' pada girl yang 'suka2' jugak. uhu. tak tahulah.

s a r said...

#cik dwaty

yup. hakikatnya memang ramai yang begitu. semoga mereka tak buta menilai sebab kerana mata banyak menipu kita.

#cik qaseh.

thanks for dropping by. :)
selamatlah berfikir lepas ni. ;)

s a r said...

#dear cik nob.

alalalala...
miss u too dear.

study elok2. jangan nakal2 selalu. :)

Kakzakie Purvit said...

Sebagai wanita berhak juga memilih. Tapi lelaki tu jangan lupa yg 4 terbaik mencari pasangan, bukan 4 cawangan tau. 4 ciri wanita yg patut untuk dijadikan pasangan...

Segalanya telah tertulis di loh mahfuz Allah sar...

s a r said...

yep. betul tu kak. kalau tak macam mana nak jadi imam kelak kan.

setuju dengan akak. syarat yang 4 bukan cawangan dibuka 4. :D

yup. inshaAllah. sgalanya rancangan Dia. :)

sekadar satu coretan said...

sudah tertulis...allah maha mengetahuinye...
ape yg penting untuk mencari pasangan biarlah yg beriman dan bertanggungjawab...

s a r said...

yep. inshaAllah. itulah yang sebaik2nya. :)

hansuke said...

skang aku kat johor, ada audit kat sini dari isnin, esok jumaat last, aku dah tak sabar nak balik kl..dah bosan..haha~

tak sempat nak tulis apa2 post sar, so baca ko je la, dan comment yg mengarut..:D kena plak aku tgh kering idea skang ni..:)

takpela, teruskan usaha ko..aku akan baca kalu ada input..haha~

aku ada benda nak citer kat ko tapi, nanti dulu, biar jadi dulu baru aku bagitau, heh~ (mesti ko panas punggung pas nak jadi reporter goreng pisang cekodok balik kan? aku yakin akan dapat email dari ko soon..:P)

k beb. cau.

s a r said...

jalan2 tempat orang best, tapi kaw pening kepala la kaw ye. eheh.

takpe beb, aku faham tahap kebusyan kaw. aku tak komen kat blog kaw pun, aku stil baca. :D

aku ni dah jarang gak on9 semenjak brodband berpenyakit. ~ahah. so, mana yang sempat ajalah.

erk? aku dah resign la jad reporter tu haa. :P

ok beb. thanks sebab sempat jugak ke mari. :)