Sunday, October 30, 2011

Curang yang bangga

Assalamualaikum..

~bukan sesi mengata apatah lagi mengutuk tapi itulah hakikat yang harus ditelan nampaknya. Alkisah tika aku membuat lawatan ke jusco bukit tinggi. Uih! makin dekat maghrib, makin penuh. Parking pun penuh! Tapi bukan nak cerita pasal orang sembahyang maghrib kat jusco. :D. Sahabat sejak tadika ajak menemaninya untuk ilang stress di kedai buku. Maka aku layan je.

Kisahnya dia mengadu akan bosnya selalu membangga diri dan menunjukkan dengan bahagia sebab dia ada scandal. Aku yang dengar, mak oi, panas telinga kot. Ada jugak orang macam ni. hm.. kesian wife dia...kesian baby dia... ish ish ish... apa daa.. tak dapat meseg, surat pun jadi. belum lagi main pos2 bunga tu. ish ish ish... takmo aku... jauh jauh jauh..

sememangnya tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada...

Bos dia kata dalam hidup rumahtangga ada dua perkataan: SAYANG dan KESIAN. Apa punya konsep entah yang dia guna (dalam kes scandal dia). "Kalau dah rasa sayang takda, maka tinggal rasa kesian!" Katanya konsep nabi. Kalau rasa sayang takda pada perempuan tu, maka haruslah ada kasihan. Sebab tu dia still dengan wife dia lagi. ~Pernah dengar kata2 ni sebelum ni. Tapi aku tak tahu kesahihannya.

Jangan salah faham pula kalau rasulullah ikut konsep ni. Kalau adapun, baginda lakukan atas jalan yang benar. Bukan jalan yang kaw buat ni wahai encik bos. Salahguna konsep dah kaw. ~kawan2 betulkan jika saya salah :)

Aku jawab balik pada sahabatku itu; "Amboi! kalau bab nikah kahwin, bukan main nak pakai hadis segala. Bab lain taknak pulak ikut hadis." Ni samalah konsep poligami. Salah guna hadis dah aku rasa ni. Sah ada skru tanggal!

Sahabatku ada menjawab pada bosnya; "bos, kalau macamni la perangai lelaki, alamatnya lambatlah saya kahwin...tak boleh percaya."


kasihanilah anak kaw encik bos!

Moralnya di sini wahai kaum Adam dan Hawa.

Jagalah hati orang lain akan perilaku yang kamu buat. Sebab kaw terlebih jaga hati kaw lah, orang lain makan hati masak kicap. Gunakanlah konsep SAYANG dan KESIAN tu balik. Kalau rasa kesian tu ada, maka henti2kanlah berperangai sedemikian rupa. Jangan salah konsep. SAYANG PUNYA PASAL, hati orang lain yang terkesan dengan perangai kaw tu, kaw TAK KESIANkan pun. ish ish ish. Jagalah hati! Sekian. :D

Saturday, October 29, 2011

Istikharah bukan jodoh semata

Assalamualaikum.. :)

Petikan akhbar bila entah. Kurang lebih macam ni persoalannya...

"....saya taknak Si B sebab saya sayang Si A. Tapi Si B kerap kali pujuk saya sehinggakan saya keliru untuk memilih sebenarnya. Untuk melakukan solat istikharah, saya rasa ini bukan masa yang sesuai kerana saya rasakan belum tiba masanya saya membuat penentuan jodoh. Saya belum sedia ke arah itu...."

Maka yang si jawap pun menjawab....

.....pilih yang betul-betul adik suka.....~dia nasihat2, tapi tak sentuh pun istikharah tu.

*******
even yang tersembunyi, kalau DIA nak tunjuk, dia tunjuk jugak.

Aku takdalah pandai bab2 masalah orang berkasih ni. Ni apa yang aku tau je la. Salah betulkan la wahai sahabat. Ok, maybe dalam tu bukan ruangan agama tapi hanya sekadar pendapat. Dan biasanya ruangan tu semua mesti persoalan orang berkasih. ~sukahati doranglah!

Sabda Rasulullah saw bermaksud:

"Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah swt. dalam segala urusannya. dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusanNya."

Tapi rata-rata antara kita sebenarnya tak pentingkan pun solat ni kan. Ok, memang tak wajib dilakukan tapi sebenarnya ia sangat membantu untuk kita buat keputusan dengan lebih waras. Tapi ada pula yang beranggapan solat ni perlu buat untuk jodoh je?. Tu dah salah dah tu. Sebenarnya solat ni lebih dari tu. Apa jua yang kita buat terutamanya dalam membuat keputusan. Tak salah kita memohon petunjuk. Sesungguhnya petunjuk Allah itu adalah yang benar belaka kan.

Makanya di sini, janganlah menganggap Istikharah tu untuk jodoh semata. Istikharah bukan untuk jodoh semata! Maknanya kalau dah jumpa jodoh, dah kahwen, lepas tu selamanyalah kita tak payah buat solat ni. Macam tu ke? Janganlah macam tu kan. Kalau tak, apalah guna adanya solat ni kan.~untuk diri ini juga. 

Pasal jodoh, tak semestinya kita kena buat istikharah bila kita dah ada pilihan hati. Solat ini boleh dilakukan sebelum kita dipertemukan jodoh. Macam salah satu usaha cara haluslah jugak agar Dia perkanankan jodoh kita. InshaAllah. Semua atas Dia kan. Kita berusaha ajalah.

Untuk lebih lanjut solat ni, tanyalah yang lebih pakar. Harus juga diingat kesabaran amat diperlukan dalam melakukan solat ni. Jangan ingat sekali buat terus dapat petunjuk. Semua atas perkenan Dia. Kenalah sabar. Petunjuk pun bukan satu je. Tak semestinya mimpi. Pelbagai cara yang boleh Dia tunjukkan. Sekian. :)

Friday, October 28, 2011

kene tag kena tanya kene jawab

Assalamualaikum

segmen siapa saya tak tahu tapi dipelawa oleh cikgu Ma. agak menariklah juga :)
soalan2 cikguMa...

1. nama samaran/panggilan?

sha, sar, arsha, sarwee. macam2 lah. eheh

2. tahap pendidikan? why sampai situ?

deg.- saja sesuka hati nak sampai situ. ehe

3. kereta idaman?

sekarang takda kereta tapi minat dengan nissan xtrail, bm, myvi yang comel. :D

4. makanan pelik yang pernah rasa? how rasa?

pelik? daging burung merpati. tak lalu. tak sedap. liat :P

5. blog akak?

cantik, cute, sejuk je mata nak baca. hati pun tak sakit. :D ~bodek baik punya.

*****

habis, tamat....
makanya tiba soalan saya

1. kenapa kamu berbloging?

2. kenapa ada diskriminasi dalam semua hal?

3. cara terbaik nak cari jodoh selain solat istikharah? ~ahah

4. nama kamu paling suweet nak panggil :)

5. selain saya, Allah, parent, jiran, saudara sepupu sepapat, siapakah yang kamu sayang :P

6. pendapat cik/encik/puan mengenai blog saya dan saya :D


makanya saya tag 

Thursday, October 27, 2011

dia nak buang!

assalamualaikum...

alkisah 5 housemate. Kak mas, ina, intan, ani, ami.

(nama rekaan semata-mata, dialog rekaan, kisah je benar)

Kak mas: Intan, jom akak bawak pergi hospital. susah kalau makin teruk sakit perut tu nanti, kita orang tak tahu nak buat apa.

ina: yalah. jom. kita orang temankan.

intan: yalah, tapi awak semua keluar dulu boleh, saya nak tukar baju jap.

ani: ala, tukar ajalah, takyah malu.

(intan still bertegas dan suruh kawan2 dia ni keluar bilik jugak, semua tunggu kat luar bilik)

ani: eh, korang dengar tak suara budak menangis?

ina: eh, mana ada. aku tak dengar pun.

ami: entah, aku tak dengar apa pun. kak mas dengar?

kak mas: takda pun. akak tunggu kat dalam kereta. dah siap nanti suruh intan keluar.

(makanya dah siap, kakmas, ina pergi hantar mereka ke hospital. tapi ani dan ami tunggu di rumah. Si ani ni tak puas hati sebab tadi dia dengar bunyi baby menangis. dia terus masuk dalam bilik intan then nampak satu beg baju macam gerak2. Dia pun panggil si ami masuk dalam bilik sebab dah takut. sekali dia bukak, ada baby yang ditutup dengan baju, tengah menangis2. nyaris lemas!)

MAKNANYA DI SINI!!! ~ Si SAKIT intan tu nak buang baby tu.! huh! tak boleh terima dek akal betul aku yang dengar cerita.

Maknanya kalau si ani tu tak masuk bilik, si sakit intan tu nak pergi buang baby yang hidup tu la kan. astaghfirullahalazim.... maaflah, mungkin ni entry emosi. tapi memang selayaknya la kena marah budak si intan sakit tu. Boleh pulak bila ditanya kenapa buat macam tu? dia jawab dia tak sedar dia pragnant!. Apa benda punya alasanlah! biar betul. Memang mengucap besarlah aku dengar. Semoga  dijauhi dari benda2 macam ni. Sedeh!

jangan buat macam ni. sian dia weh...

Makanya wahai sahabat sekalian... beringat-ingatlah wahai sahabatku sekalian. Terutamanya kaum Hawa. Aku takut benda2 ni jadi tanpa kita sedar sebab dah terlalu syok sangat. Lepas ni, budak2 mulut 'comel' mulalah mengutuk. Yang sekolah agama/ yang pakai tudung labuh pun buat hal! Huh! Sakit je dengar. Kerana sirap setitik, habis susu sebotol tukar jadi sirap bandung. :P ~perosak bahasa betul aku. :D

astaghfirullahalazim...
astaghfirullahalazim...
astaghfirullahalazim...

Allah tu Maha Besar Maha Mengetahui apa jua yang kita lakukan even sedetik hati pun... SubhanaAllah...

Saturday, October 22, 2011

Lain orang lain cara

Assalamualaikum :D

seronok rupanya cerita jom kahwin ni. hee. walaupun brodband aku telah mensewelkan dirinya dan aku? terpaksa mencari alternatif lain dan ditambah pula akan emosi yang dilanda tiupan angin mana entah. :P.

Ok kali ni jom ke sesi adat yang agak mencuit hati tiap kali bertandang ke majlis orang. Lain orang, lain caranya untuk mengelak hujan ketika majlis. Maaf andai aku tersilap. Almaklumlah ramainya buat majlis musim hujan (hujung tahun). Ni apa yang aku nampak dan sempat tanya ajalah. :D

~aku suka gambar lesung batu ni ha :D
orang Perak : Meletak baju si pengantin di atas bumbung.

ada orang Selangor: Dilarang menyapu di atas rumah waktu majlis.

orang Pahang: merebus anak lesung batu sepanjang hari berlangsung. kalau seminggu majlis, seminggu la rebus gamaknya. :D

negeri lain tak tahulah pulak, sebab aku tak sempat nak jeling2 lelama. hee.

Bila fikir balik agak melucukan. Kekadang lepas aku balik rumah, mesti aku fikir balik. Senyum sendiri aku. Tapi itulah adat orang2 kita. Banyak lagi sebenarnya adat merapu repek. Tapi next time ajalah aku bebelkan.

Tentang nak halang dari hujan ni, erm, tu kan kuasa Allah. Siapa kita nak halang. Kenapa tidak dengan tangan kita memohon, kenapa perlu buat benda ni semua eh? Erm, mungkin aku tak cukup arif. Sebab ni semua kan petua orang dulu2. Turun temurun katanya. Mau khurafat percaya benda2 macam ni.hmm..

Tapi rasanyalah kan, belum pernah pula aku pergi majlis orang kahwin hujan lebat. Alhamulillah. Melainkan ada kes2 kat belah pantai timur yang time banjir dulu dalam berita. Kesian... pengantin. Nak tak nak majlis still kene teruskan jugak sebab semua dah dirancangkan.

Semoga jumpa lagi kita ke sesi lain.. InshaAllah  :D

Friday, October 21, 2011

segalanya mungkin...

Assalamualaikum...



....kanak2 yang pendiam selalu bermuram durja dan suka mengasingkan diri dan menunjukkan yang emosi atau perasaan terganggu.... -unknown





*tapi saya dah besar...
psikologi gamaknya...

Tuesday, October 18, 2011

Apalah salahnya :D

Assalamualaikum :D

tiap kali melewati...
say hai, hoi, ui,
paling kedekut, senyuman ku hadiah
walaupun tahu takkan ada sahutan
apatah pula balasan

mata yang terlihat, nampak janggal
pelik telinga yang mendengar
"barangkali gila budak ni"

mulut tak terjawab
namun mata ada jawapan
membalas dengan jelingan
ada tajam menikam
pejaman mata tak ketinggalan

tapi aku bahagia
tetap bahagia bila depan 'mereka'
walau mereka tertambat,
sesama makhluk penumpang
apalah salahnya bertegur sapa
masing2 bahagia :)


:D

Friday, October 14, 2011

Bajet dua hari :D

Assalamualaikum :)

masih lagi di dalam mood jom kahwin2! ~sedikit kesewelan melanda ~ahah. kali ini tentang BAJET DUA HARI. Biasalah nak kahwin, selagi belanja tak keluar 10K, mana nak puas hati kan. Mana ada orang kahwin sekarang hantaran nak 5k je kan. paling sikit 10k. Lagi dasyat ada yang nilai hantaran guna kedudukan seseorang tu. ~sukahati kaw lah labu.. :D


perkara
Lelaki (RM)
Perempuan (RM)
Hantaran
·         Jam
·         Kasut
·         Bla..bla..

600
500
5000+

600
500
5000+
Majlis
·         Makanan
·         Khemah
·         Kek
·         Pelamin
·         Cameramen
·         Mekap
·         Bla..bla..

+++
1000+
500
2000+
500

Ribu+++

+++
1000+
700
3000+
500

Ribu+++
Bla…bla…
+++
+++
Total
Riburiburibu
riburiburibu


*one of the bajet yang terlepas kat aku. Ni mana yang aku sempat perasan ler. Harga kat situ pun tak semua betul. ada lagi yang aku rasa tak munasabah. Ini majlis kecik la kot.~eheh.

Ayat pertama yang keluar masa tengok bajet ni. "Mak oi! camgini ha bajet kaw. Takut aku tengok." Sekarang ni pulak harga barang pulak makin nak naik. Hmm, ni untuk waktu sekarang. Ni untuk majlis kecik je ni. Belum yang guna dewan PWTC tu ha. Lainlah bajetnya pulak kan. Semua main ribu2 riban ajalah.

Erm, yang aku tak berapa nak berkenan, bila ada barang2 yang dibeli harga langsung tak munasabah. RM 300K letak kat kaki ok!Ok fine! mesti akan ada orang kata " kawen sekali seumur hidup!". ~sangat kelakar. Kahwin memang kalau boleh sekali seumur hidup. Masalahnya bajet melampau untuk dua hari dirasakan kurang berbaloi dibandingkan dengan kehidupan selepas majlis yang lebih berhari-hari. :D. Fikirlah sendiri di mana kelogikannya majlis gah. Oh, maaf. Mungkin aku terlupa, pasti ada pula yang menjawab "duit boleh dicari. rezeki ada di mana2." Ops! Terpulang pada individu macam mana nak buatkan. ~aku pandai cakap je. :D

~alololo... gebu dehh...

Tapi sekarang orang memang lebih suka buat 'kebajikan' dalam majlis dorang kan. Gah majlis yang menjamin suatu hubungan itu ke? (aku tak kata majlis kecil menjamin kebahagiaan). Kerberkatan yang paling pentingkan. :). Topik ni dari segi perbelanjaan yang dikeluarkan je. Makin gah majlis, risau hati jadi tak tenteram pulak? Riak main tarik talilah gamaknya. Risau ok! Bukan tu je, lepas je majlis, termenung jauh pulak sebab bajet dah banyak keluar. ~eheh :)

Maaf! aku memang pandai cakap aja sebab aku belum lagi rancang nak melibatkan diri dalam fasa baru ni. hee. Almaklumlah, belum masa nak mengeluarkan bajet untuk majlis macam gini ha. Tiba giliran, tahulah. ~eheh...

Terpulang kepada individu kan. Dah duit tu banyak sangat kan, apa ada hal. setakat 50K habis untuk majlis dua hari. :D. Rasional penting dalam buat bajet ni kan. Akal diberi Allah untuk berfikir kan. :)

~jumpa lagi coret coret jom kahwin! inshaAllah. :D

Wednesday, October 12, 2011

Siapa yang nak pandai ni?

Assalamualaikum. :)

"Cikgu jangan nak marah/rotan saya. Kalau tak saya terjun dalam laut" 
~mentang2lah sekolah depan laut.

MashaAllah. Itulah hakikat hari ini yang terpaksa ditelan oleh guru sekarang di dalam arena menyampaikan ilmu di zaman kekuasaan pelajar (gila kuasa) di sekolah berbanding guru. Menyeramkan...

Kesian cikguku itu. "Dulu zaman korang, nakal jugak. Tapi takda pulak sampai nak kena warning dengan korang. Ni sampai cikgu yang takut nak ajar student ni."

Hampir 1 dekad aku tinggalkan zaman sekolah, dan diakui zaman ku itu, senakal-nakal aku dan rakan2, semerajuk cikgu dengan aku dan rakan2, semarah cikgu dengan aku dan rakan2, belum pernah kita orang nak kasi warning kat cikgu if kami kena rotan ke apa ke. Bila mengadu kat mak ayah pun, mak ayah siap kasi lampu hijau lagi suruh tambah rotan. Tu belum kes, kami sendiri disuruh memilih saiz rotan. :D. Ni zaman aku sekolah dulu... dulu kala...

Sekarang? "Kau jangan nak pandai2 sentuh anak aku. Aku jentik dia pun tak pernah, kau jangan nak pandai2 ajar anak aku!" ~skrip drama. :D. Tapi itulah jugak yang berlaku sekarang ni. Pantang anak kena jentik sikit, see u in court! Seram!

~encik jaws, gigitlah dia yang nak terjun laut tu. :D

Sayangnyalah... orang nak kasi ilmu, dia boleh nak ugut2 pula. Ni kes kecik je ni. Kalau dah sorang buat, tak mustahil satu sekolah pun nak buat kan. Makanya, boleh satu malaysia pun nak ikut cara gaya ugutan ni. Astaghfirullahal'azim. Nanti mak ayah salahkan siapa? Cikgu jugak. Cikgu jugak... Ish ish ish... Rasanya lagi teruk dari kes ni pun adakan. Murid lempang cikgulah... macam2lah.

Ini antara cabaran guru sekarang sebab anak2 sekarang makin advance selari dengan negara yang sama naiknya. Negara makin nak maju, zaman rasanya yang nak mengundur ni. Hmm... nauzubillah... pastinya aku juga makin takut untuk mengharungi zaman mendidik anak di alaf kemajuan melampau nanti. SubhanaAllah. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari itu semua. inshaAllah.

Monday, October 10, 2011

Apa ada hal

Assalamualaikum :D

Disebabkan sekarang musim main kahwin2,dan ada juga majlis terhampir dengan ku, maka adalah suka untuk membebel perihal kahwin2 ni. :D ~untuk ingatan diri sendiri yang belum nak melangkah ke fasa tu :D. Sesi pertama dimulakan dengan calon pilihan yang dah confirm. Kalau dah sayang....

Pada satu majlis...

Paksu bersuara: S a r, tak makan ke? tu sate, mee sup, roti jala, nasi impit. nape tak makan?

aku jawab: Hehe.. yalah. nak makanlah ni. ~aku senyum je la sebab perut dah kenyang.

my mom said: Dia kenyang makan banyak dah kat rumah makngahnya tadi. ~ bocor rahsia. :P

makngah di sisiku pula: Ala... makan ajalah s a r. Kaw tengok si Man tu. Selamba aja makan semua. ~tunjuk pada cousin ku yang duduk didepanku.

Si Man jawab: Ahaha,.. makan ajalah. Apa ada hal dah dapat yang cantik. Peduli apa. makan ajalah... ~erk, aku tak jangka dia nak jawab macam tu. 

Ok, tu dari sisi jawapan si lelaki. Sebenarnya aku nak cakap yang "BILA DAH SAYANG, SEGALANYA NAMPAK SEMPURNA, TERIMA SEADANYA." Alangkah senangnya begitu kan. Hal penampilan diri dah jatuh no dua bila mereka sudah miliki yang mereka inginkan. Tu penampilan si lelaki la. Yang si wanita? macam mana pulak tu.

Realiti hari ini, penampilan sesorang diutamakan sehingga sanggup mengenepikan segala hal yang tak sepatutnya kan. Terutamanya ketika ingin mencari pasangan hidup. Semua nak cantik hensem belaka. Dengan erti kata lain taknak kalahlah. :D

Siapa yang problem? Kaum adam ke hawa? Wanita jugak. Biasanya memang wanitalah segala2nya. Hmm.. Masalahnya pula, adakah kaum Adam yang inginkan pasangan mereka yang menjolok mata? Adakah? Atau aku yang tertinggal ni. Atau, memang itulah taste kaum Adam? Maaf, aku memang kurang arif bab ni. Harap maaf kaum adam semua. Akal sedia dikurnia Allah untuk berfikir kan. Fikirlah sendiri....Tidaklah ku tau siapa pilihan hatimu. :D


Lazimnya perempuan2 yang jahat adalah untuk lelaki2 yang jahat, dan lelaki2 yang jahat untuk perempuan2 yang jahat, dan (sebaliknya) perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik, dan lelaki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang2 (yang jahat), mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-nur:26)


Kelebihan disyukuri, kekurangan diredhai kan. Dia sebaik-baik perancangkan. Setiap manusia dijadikan pasangan. Andai di sini tidak kesampaian, pastinya di sana nanti sedia berteman. InshaAllah. Janji Allah itu pasti kan. 

Sunday, October 9, 2011

Terjawab :)

Assalamualaikum... :)

Antara jawapan yang boleh diguna pakai terhadap soalan kenapa dikala hati merusuh. :D

"puas kita berdoa, memohon kepadaNya namun, petujuk dan keinginan kita tetap juga belum tercapai."

jawapan:

"teruskanlah bersabar, bersabar dan bersabarlah lagi. hikmah itu pasti. Teruskan bersabar dan jangan putus asa. Dia suka umatnya memohon kepadaNya. Buatlah solat taubat. Kita kadang-kadang tidak perasan akan dosa-dosa kecil yang kita dah buat. Dosa-dosa kecil yang belum diampunkanNya. Kemudian buatlah solat hajat dan Istikharah. Kita berserah dan tawakal.  Mintalah bersungguh2 agar dia perkenankan. InshaAllah."
~mencari bidadari

~aku suka gambar ni even takda kene mengena pun :D


"Orang berbuat taubat berkali-kali adalah lebih baik kerana dia sentiasa kembali ke jalan yang benar apabila tiap kali dia terlupa dan terleka." -unknown

Saturday, October 8, 2011

Pujian adalah umpan

Assalamualaikum :)

pujian itu enak didengari, mengembangkan hati, mengukir indah senyum di bibir...

'eh, cantiknya blog kaw...'
'eh, cantiknya kaw...'
'terbaiklah entry kaw beb...'
'nice entry...
'weh, pandainya kaw bermadah helah...
'sar, pandainya kaw buat ayat... 

~CONTOH mydear :D

~mashaAllah... jangan disebut oi! dah macam masuk bakul, golek2 sendiri ni. ~ astaghfirullahal'azim... geleng kepala berkali-kali

~takda kene mengenan langsung. :D
haish! dengki bebenor oren ni!
Astaghfirullahal'azim...

Aku tak tuju pada orang lain, tapi diri ini sendiri merasai keindahan pujian. Astaghfirullah... ~hentikanlah s a r! Enak yang dirasai, tak enak di sisiNya s a r. 

Hakikat yang manusia ini sukakan pujian tapi sebenarnya dengan pujian ia akan membunuh hati manusia itu sendiri tanpa kita sedari. Again! Encik Syai buat parti liar, bergelak ketawa, berdansa sakan bila manusia terpedaya dengan pujian.

Ada yang menyatakan pujian itu wajar diberi untuk tujuan tertentu. Contoh anak2 kecil. Sebagai ibubapa kita digalakkan memberi pujian sebagai pemangkin pada anak kecil agar dia tidak berjauh hati dalam apa yang dilakukan. Dalam erti kata lain, memberi semangat. Pujian ni sebagai peneguhan. Begitu juga dengan guru2 di sekolah yang memberi pujian kepada anak muridnya agar lebih bersemangat dalam belajar. Demi kebaikan, amat digalakkan. :) ~based on teori pelaziman operan :) 

Tetapi tidak pula yang berlaku pada dasarnya. Pujian merupakan racun kerosakan hati. Dengan rasa bangga yang dimiliki membuatkan seseorang itu lupa, alpa dan leka. Lambungan pujian menggunungkan rasa riak, takbur, ujub dan seadik-beradik dengannya. Hakikat sebenar melumpuhkan hati. Astaghfirullah...

Dia benci manusia yang cuba membangga diri. Tidak ingat pada yang hakiki. Anugerah yang diberi bukan untuk dibanggai, jauh sekali untuk diperagung. Tapi itulah yang banyak berlaku kini. Sebenarnya tanpa sedar ujub di hati bertandang tanpa sedar. Sekecil-kecil pujian, malah sepatah perkataan pujian boleh buat kita berubah hati. Hati lain macam aja dah rasa. Astghfirullah.... Jauhi, jauhi, jauhi...

Penyakit hati ni dah boleh jadi one of silent killer. OOA. Semoga kita dijauhi dari golongan ini. Astaghfirullah... Kita manusia, memang dilahirkan lupa. Jika tidak, kita tak sedar diri pada Maha Pencipta. Entry ni sekadar peringatan pada diri aku sendiri. Kalau dah syok sangat, tak jadi apa pun kan. Lagi Dia sisihkan ada. Astaghfirullah... jauh..jauh..jauh... berlipat kali ganda kita kena mengejarnya semula. ~boleh semput oi! :D

*peringatan pada diri sendiri :)

Saturday, October 1, 2011

Ujian adalah peluang

Assalamualaikum :)

"Setiap Ujian adalah peluang" 

Sungguh bermakna kata-kata ni dan pastinya mesti ada yang pernah dengar ayat ini dituturkan. Kata orang hidup ni satu perjudian. 'Life is gamble'. Tu orang katalah. Eh, lupa pulak, Life is an open secret kan. :D. Diakui segala perjalanan dan ketentuan hidup kita sudah tertulis. Hanya kita yang tidak tahu ke mana arah yang sebenar dan tidak dapat hendak meramal atau mengagak apa sebenarnya yang berlaku pada masa hadapan. Tu yang orang cakap macam tu kot. Di sinilah pentingnya panduan dan petunjuk dariNya kan.

Makanya, dalam penentuan hala tuju hidup, selain milikNya mutlak, kitalah sebagai pelakon yang membuat keputusan untuk menyelesaikan segala pertimbangan. Semua atas diri kita. Nak baik, maka berbuat baiklah. Begitulah sebaliknya. Hmm..

About test. Siapa kita untuk mempersoal ujian yang diberi. Persoalan KENAPA atau WHY memang takda jawapan. Kerana ia milikNya. Apa yang dimaksudkan oleh "setiap ujian adalah peluang" di sini adalah peluang atau kesempatan kita merapatkan diri denganNya apabila tiap kali dihujani ujian dan dugaan. Tapi, harus diingatlah. Bukan time susah aja baru nak cari Dia. ~ni dah salah ni. susah senang kerana Dia kan. :)

Ujian yang Dia turunkan kepada kita merupakan peluang terbesar untuk kita merapatkan diri denganNya. Pernah kan dengar orang kata 'alaa... dah terkena baru nak ingat Allah'? Manusia tak lari dari melakukan kesilapankan. Syukur Alhamdulillah diberi lagi peringatan agar kita kembali kepadaNya. Cuba bayangkan pula kepada mereka2 yang langsung tidak mensedarkan dirinya terhadap ujian yang diberi. Still buat tak tahu aja, malah ada pulak yang sesuka-suki memarahi dan semakin hilang percaya pada Dia pula. Gila ke apa. Kaw nak kena panah petir ke oi! Jangan sesekali dibuat ok. Yakin!

Contoh macam kita nak berjaya. Banyaklah juga ujian dan halangan yang kita lalui kan. Kalau kita tak lalui, manakan kita nak dapat peluang untuk berjaya kan. :) ~eh macam tak kena pulak contoh ni ha... maaf

~ni memang ambik PELUANG untuk TIDO! :p
Diakui. Bukan setiap manusia sama kuat sama tabah menghadapi setiap ujian dariNya. Sungguh! Aku sendiri rapuh. Namun, dalam kelemahan hati, kesakitan jiwa, kesesakan nafas, sedaya upaya juga yakin dan redha dengan ketentuanNya. InsyaAllah. Hanya dia Maha Mengetahui dan Menentukan apa yang terbaik bagi diri kita kan. Dia cukup faham juga apa yang kita rasa sungguhpun muka tu konon2 tabah.

Oleh yang demikian. Janganlah lepaskan peluang yang ada. Mungkin ianya peluang yang terakhir, atau juga peluang yang mempunyai seribu hikmah yang tersembunyi dan kita sendiri tak dapat nak pastikan. Allah tak pernah janjikan keburukan kepada manusia yang sentiasa beringat kepadaNya. InsyaAllah. Beruntunglah dan bersyukurlah s a r dengan apa yang diberi dan diperingatkan kepadamu selama ni. SubhanaAllah. Alhamdulillah. InshaAllah.

#~one of the dialogues in Nur Kasih the movie. :D