Tuesday, November 15, 2011

Tak senang nak senang

Assalamualaikum :D

"Haha..cuba tengok. 8 - 0 kot... haha..." bukan main suka my lil'bro dapat mengayam2kan Barcelona punya team. Dia bukan main syok lagi dengan Real Madrid dia. Oleh kerana my big brother penyokong tegar Barca. Jika di rumah ni mereka adalah musuh bagi dua team tu. Lagi suka my lil'bro itu kalau dapat meletakkan Barca di kaki tangga carta liga Spain dia tu. Dan yang pastinya Real duduk dipuncak jaya.

Maka, aku yang tak tahu apa benda pasal bola, aku pun hanya layaklah menjadi pengkritik tetap. ~ahah. nak tak nak, dorang kena dengar jugak! :P

Aku yang mengkritik ni pun tengok macam tak percaya bila dia mengayam2kan (bahasa abang yang bengang bila si adik mengalahkan pasukannya! ;P) Barca. Maka aku tanyalah, "apa mode yang kaw guna main game ni." Jawab si adik, "pakai beginner ajalah. hahaa.." Aku pun dah gelak sama. Patutlah bukan main senang lagi nak gol sampai 10. Computer yang main pun, player tu macam termenung banyak kot bila bola sampai. Aku kata; "berani main pakai mode top player laa..." Pastu dia sengeh je.


Moralnya...

Bukan senang nak jadi senang.
Syarat mengecapi bahagia di dunia dan akhirat, perlu menghadapi kesusahan dan kesulitan dalam hidup.
Kalau semudah di hujung jari kita boleh mengubah kekuatan orang lain, semudah macam kawalan kat dalam game tu, makanya, segalanya akan menjadi mudah dalam dunia ni. Kita tak akan mengenal erti sabar.
Sabar! hanya satu tu kuncinya.
Mana ada benda senang dalam dunia ni. Semuanya menuntut kesabaran yang tinggi dalam hati.

Sekian... ;)

17 comments:

~PENCHENTA~ said...

Haha. Ingatkan apa tadi. Hahah. Bagusnya adik akak. Bijak2. :)

ghost said...

gua kalau lawan Barca tuh guna beginner,guna team AZ Alkmaar pun leh menang aper..

fuad ansari said...

telah berlalu zaman saya bermain game.. hehe..

kalau dah lama berkecimpung dalam arena ni, top player pun tak susah sgt sbb cara dan taktik komputer bermain adalah sama sepanjang masa.. mudah2 je nak meng'ayam'kan kalaupun mode top player.. (",)

orang kata, hidup nak senang, tido je lah... tapi sebenarnya tido pun bukan perkara senang... sbb masih ada orang lain yang nak tido pun susah.. (",)

Faaein Talip Roy said...

sabar itu salah kunci dalam kehidupan.. hehehe.. 8-0.. dasat tu...

Mutiara Bernilai said...

nak buat ape2 pun, xde yg mudah2..

nak masuk tandas pun perlukan pengorbanan 30 sen..kan?

Anonymous said...

hahaha, main game bola mod senang rupanya, pemain pun termenung je tgk bola....

saya pun sama, main game senang baru bleh score...kalau main tahap susah, score 5 pun susah...hahhaa

s a r said...

#penchentaqu

eheh. terlebih bijak la tu jadi cmtu. :D

#ghost writer

AZ Alkmaar?
~oh! serius tak tau team mana tu :D

s a r said...

#encik fuad.

~ehehe. ada orang umur 30 pun dok obses lagi dengan ps ni.

sangat betul. kalau dah memang khusyuk main je, memang pakai mode apa aja la pun boleh. sampai joystick dekat hancur dah. :D

Ermm.. betul. semudah2 kerja nak buat pun sebenarnya ada kesusahannya. thanks encik fuad :)

s a r said...

#miss pearl.

hee. pasti. tapi sekarang yang RM1 pun ada. :)

#cik faaein

hee. dengan player termenung memang boleh la. :)

s a r said...

#encik askura

hahaa. see? mestilah nak senangkan. cuma dalam hidup ni kalau semua nak menang, ke mana pulak susah tu nak pergi kan. :)

ewanthology said...

ermmm... bukan senang chelsea nak menang liga tahun ni

Anonymous said...

gee bace citer ni di saat gee sangat memerlukan sesuatu penjelasan.. tenkiu sar... <3

Kakzakie Purvit said...

La... kakak ingatkan ada game betul on the field. Alkisah mode elektronik. Anak kakak suka main bintang yg lompat-lompat tu makan duitlah nanti jadi besar... ntah apa-apalah sar...

Cikgu Ma said...

assalamualaikum...im back =_=

aik, men game bola??akk layang chess..pakai beginner jgk..ehehe

s a r said...

#encik delarocha

nampaknya musim ni chelsea macam demam sikit kot. :D

#miss gee

:) be strong dear!

s a r said...

#kakzakie

hee. takla kak. kalau ada game betul pun, jangan haraplah saya tengok. saya penyokong team malaysia je. hee. game2 ni pn saya tak main kak. kekadang main kat pc je. tu pun main game yang orang lain taknak main. hee.

#cikguma.

waalaikumussalam cikgu. kebusyan sungguh cikgu hujung2 tahun ni. eh, dah cuti sekolah la. lepas ni mest hari2 update blog dia. :D

chess? uih, lama sungguh tak mengasah bakat main chess ni. takda partner nak ajak main. main game chess tak bape nak feel la kak. main the real chess la. puas hati. kalau kalah, telangkupkan papan chess tu. ehee.

Mindaberbisa said...

Sabar dengan demam bola... :)