Saturday, September 17, 2011

Salah mata ke?

Assalamualaikum :)

10.00 - 11.15pg.

Aku berjalan ke hulu ke hilir mencari barang yang dikehendaki. Dari satu kedai ke kedai yang lain dengan semangat yang tidak berapa nak cukup. Tapi aku gagahkan juga. Mata liar memandang ke deretan kedai seberang jalan sebelum aku melintas. Kenalpasti barang yang dikehendaki berada di mana. 6 kedai yang dikenal pasti. Dari no 1, aku ke 2, then patah balik ke 1. Melintas jalan, aku masuk yang ke 3 then lalu depan yang ke 4  (aku tak masuk) terus masuk ke 5. Dah jumpa kat 5, call my mum dapat persetujuan. Oh, my mum suruh patah balik ke 4. Naik turun tangga kot. Semput! :P. Fine! aku ikut nasihat. Malangnya takda pun kat yang ke 4. Maka, aku terus masuk semula yang ke 5 dan akhirnya. PAID!

11.15-11.50pg.

Dok jeling-jeling tengok gelagat manusia memandangkan aku memang suka jeling. :D. Terserempak dengan sekumpulan student. (baju seragam, maybe tengah outing kot.) Aku tersenyum sikit pandang dorang sebab dorang comel2 belaka. Yang tak comel bila ku rasakan mereka mengambil waktu keluar tu sempat pula berdating. ~yela. lepaskan rindula kot kan sebab tak dapat jumpa seminggu. :D


gambar bukan untuk menggores hati sesiapa :D

12.55tgh 

aku sampai rumah dengan selamat di cuaca yang agak menduga perasaan hari ni.

2.30-4.00ptg.

Keluar semula untuk penuhi jemputan sempena rumah baru. Mata jeling lagi kepada tetamu yang hadir. ~uhu. asyik nak jeling je kaw ni s a r! Cantik belaka, hensem kacak yang hadir. Tapi mata aku lebih pada yang cantik belaka. Disebabkan cuaca agak hot ditambah pula bayu dari laut berhampiran. Memang best! Yang tak best bila mataku elok je mendarat kat si cantik belaka yang melangkah ke luar rumah. Aduh! Nampak bayang kaki kot. Atas dah cantik. Tang kat kaki? Macam tak pakai apa. Alahai! Kaum Adam berderet kot. Tak taulah dorang pandang ke tak.

4.00-4.30ptg.

Dalam perjalanan balik. Mata tak sah kalau tak jeling. Selagi bolehlah takkan lepaskan peluang yang ada. :P. Sampai satu kawasan. Syok je aku tengok panorama pokok kelapa sawit kiri kanan jalan. Sibuk aku toleh belah kanan, cess! ternampak pula pemandangan kurang enak. Terus tukar belah kiri, adoi! Wish masuk parit pulak. Salah mata aku kot. Macam-macam pula ku lihat hari ni. ~Tu la, tak nak kawal. Selagi boleh! uhuu.. Astaghfirullahal'azim. 

Belah kanan- one guy berdiri di sebelah pokok yang aku kirakan meragukan dari posisi dia berdiri. MasyaAllah...
Belah kiri- WISH tu aku rasa nak pintas kereta tapi tak lepas, tu yang terus masuk lorong bertentangan then masuk parit. Nasib baik orangnya sihat walafiat.

Moral of the story...

Kawal pandangan kita kerana ianya boleh mencetus pelbagai cerita. Kata orang mata banyak menipu kita dari apa yang sebenarnya berlaku. Sewajarnya pandangan mata direndahkan pada tempatnya kan? :)


Jaga tingkahlaku wahai si lady's. Mak ayah tak tahu apa kaw buat belakang dorang. Kalau dorang tahu kaw keluar berdating, never mind la. ~erk? ada ke istilah dating dalam islam ni? hmm.. ~peringatan pada diri ini juga. :)


Again! for all the lady's. Kain baju kurung sekarang memang banyak. Yang makin cantik makin nipis makin jarang ye tak. Makanya make sure ia tak menampakkan apa yang sewajarnya tak nampak. ~oh, peringatan untuk diri ini juga, :)


Kaum Adam! Adoi! malu aku. Pergilah toilet. Jangan ambil jalan mudah. :P


Jangan drive lelaju. Kan dah masuk parit. Drive carefully di hari raya. Jangan nak sibuk kejar rumah terbuka :)

22 comments:

Anonymous said...

jgn pandang2, jgn pegang2...ha3

ada jgk ke yg tak pegi tandas? ish3, mgkn tandas kena bayar kot...hahha

Pia said...

"macam2 la kaw ni sar...hehe...itu lah asyik nak jeling2 lagi kang juling lak mata kaw...,akak pun kalau gi mana2 suka gak jeling2,tapi bab anak2 remaja tu yg akak rasa semacam jer..takut dan risau sbb akak ni ada anak dara 3 org...ank lelaki 2 org..zmn ni bkn anak pompuan jer,yg lelaki pun macam2 hal..."

s a r said...

#encik askura

~ahaha

mana ada tandas berbayar kat kawasan kelapa sawit dik oi. ~eheh. malu saya ~_~"

s a r said...

#akak Pia

~ehehe. semenjak jadi penunggu rumah, saya jarang keluar rumah kak. Kekadang sekali keluar, memang tak lepas peluang tengok gelagat manusia sekeliling. eheh. tapi lepas ni, hari2 la mengadap gelagat manusia. eheh. but, lepas ni under control. :)

betul tu kak. saya tengok pun macam tak best je la pandang sebab dorang dalam uniform. pastu ada guy (pakai baju biasa). nampak macam couple la. kalau tak pun maybe abang dia ke, sedara dia ke. tapi entahlah kak. macam pelik je la pulak kan. sama risau keduanya kak sebab sama naik. insyaAllah anak2 akak anak2 yang baik. InsyaALlah. :)

p/s- thanks kak sudi ke mari. lama tak nampak akak. :D

musang said...

wish ko tu camne tahap kecederaannya

Norsha said...

Salam sar,
akakpun kalau jalan2 susah nak jaga pandangan....ada sekalitu, nampak sorang mamat berdiri bawah pokok tepi belukar....buat apa ntah.....tak kisah langsung kat orang.....

s a r said...

#encik mus

wish tu remuk depan sebab langgar tiang letrik then terus masuk parit. orang takda pape pun. :)

s a r said...

#kak norsha

waalaikumussalam kak. ~eheh. tu la dia kak. kekadang dah control pun still terpandang jugak. tu belum yang saya pernah nampak buat aksi 18sx di tempat awam sebab orang tu ada masalah mental. hee.

tapi kalau bab yang ada akal tapi buat2 tak kisah tu memang pelik bin heranlah. saya yang malu. uhuu

Ismi Ijmi said...

assalamualaikum...

s a r said...

waalaikumussalam.

:)

iyan shazlind said...

aiipp jgn suka jeling2, pandang takpe..hihihi
mamat tu tak sempat gi toilet eh...comot je

Asy Faro said...

sampai skrg masih beraya lagi ke?kebanyakan perempuan skrg mmg suka cari baju yang jarang2 kan. kononnya nak tarik perhatian. bnyak lagi cara bole tarik perhatian. kalau tak usahakan pn tak apa. nanti mr. right datang dengan sendirinya pada masa yang telah ditetapkan. =)

s a r said...

#cik iyan

~eheh.. tu yang terlebih pandang tu. ahah. sangat comot kot :P

s a r said...

#encik asy faro

thanks for stopping by and leave the comment :)

bukan sibuk nak beraya. sibuk nak makan dirumah terbuka hari raya. :D

hmm.. banyaknya kain baju kurung memang macam tu. Yang lagi cantik, lagi nipis lagi jarang. kalau bab nak tarik perhatian tu.. no comment. semuanya berbalik kepada niat hati masing2 nak goda ke tarik perhatian ke. tak tahu la tu. kerja dengan Allah la tu. Dia je yang tahu.

Saya akui saya sendiri miliki baju2 sedemikian rupa. tetapi, make sure ianya tidak dipakai begitu sahaja. selagi boleh elak ianya sampai menampakkan aurat.

tapi kalau kata kamu dari pihak lelaki menyatakan girl yang pakai macam tu just nak tarik perhatian, terpulang. Mungkin ye mungkin tak. mungkin ada tapi tak semua.

yup betul tu. segalanya sudah tertulis kan. cuma kita still digalakkan berusaha. cara berusaha pun haruslah kena dengan caranya kan selagi ianya tidak melanggar batas sebagai seorang perempuan. bukan macam apa yang kamu cakap tu kan.

thanks again for the comment :)

nurul said...

sar,me back!!as-salamualaikum....hu2 -)

Kakzakie Purvit said...

Mata kakak ni lagilah lama dah digunakan sar... takut juga bila agaknya masa akan terkatup utk selamanya...

Banyak guna utk kebaikan atau sebaliknya tak tahulah.... astaghfirullah...

fuad ansari said...

orang kata, orang yg buta itu lebih terang hatinya.. sebab kurang lihat perkara2 tak elok..

bila hilang perasaan malu, mcm2 benda yg tak sepatutnya akan terjadi..

mahal jugak rupanya harga 'sifat malu' tu kan... (",)

s a r said...

#cik nurul.

uih. baru kembalikah? eheh. kaw memang dah kembali tapi blog kaw jap lagi sunyi sepi macam takda tuan rumah. eheh.

s a r said...

#kak zakie

insyaAllah kak. segalanya yang baik. insyaAllah. saya ni je kena belajar kawal. eheh. risau jugak. banyak tengok yang kurang baik dari yang baik. :)

s a r said...

#encik fuad.

yup. sangat betul encik. hikmah bagi yang tidak dapat melihat. tapi kita yang dapat melihat ni kekadang tak reti nak hargai nikmat yang Allah bagi. tak diguna sebaiknya.

ye la encik. segalanya ditolak tepi bila rasa malu tu tiada. astaghfirullahal'azim. sangat bernilai rasa malu itu kerana mengajar kita agar sentiasa dalam batasan dan beringat. thanks encik fuad. :)

Wan said...

Menjeling, menjeling ku bertentang...
Mata kita sama memandang,
Ku cuba, ku cuba nak bertanya,
Siapa diakah namanya..

hehe..salam cik sar :)

s a r said...

encik wan :)

aduiyai. nyanyi senang hati pula ni.. bertentang mata dengan cik bunga la tu :P

salam encik wan :)