Saturday, September 24, 2011

Tipu sikit je

Assalamualaikum

"kaw janganlah jujur sangat. Kita kenalah tipu-tipu sikit. Kalau tak, payahlah kaw nanti."

*shell punya pict laa.. :)


Keberkatan dalam melakukan apa jua tugasan dalam harian sudah dipandang sepi ke? Hmm.. Lagi-lagi kalau melibatkan keberkatan dalam rezeki yang kita dapat untuk sara hidup kita seharian. Makan minum pakai kita...

Tipu sikit je... Sebarang penipuan still penipuan dan hukumnya still berdosakan. Ada ke penipuan hukumnya sunat? Oh... aku terlupa. Ada je orang kata hidup ni kalau tak menipu tak sah. Hmm.. Tapi kalau ianya melibatkan rezeki dan keberkatan? macam mana pula tu? Orang yang kena tipu free2 je dapat pahala kot... hmm...

Walaupun banyak kita dapat jika tiada keberkatan, banyak manapunlah ianya still macam tak cukup.

Astaghfirullahal'azim...

wassalam...

14 comments:

nurul said...

salam..betul..tapi kalau orang sekeliling pon xkisah tipu2 ni,susah nak buat ape..sampaikan diri sendiri pun terjerat dalam penipuan tu jugak..

Pia said...

"Asasalamu'alaikum sar...ntah la bagi akk bab2 tipu ni mmg akk tak biasa amalkan..kalau nak cuba2 tipu sekali,sure tak jadi sbb baru jer tipu last2 akk ckp..alahh..tipu jer..ahhaha..rasa bersalah dan berdosa..tp ada org yg boleh buat sampaikan kdg2 sesetgh org ni menipu dah jadi darah daging dia..."

s a r said...

#cik nurul

waalaikumussalam beb.

yela beb. tak taulah nak cakap macam mana. lagi2 bab rezeki. takut aku kot rezeki tu bukan yang pure punye tapi hasil dari tipu daya kita untuk dapatkan rezeki tu. hmm.

s a r said...

#kak pia

waalaikumussalam kak. tu la tu kak. saya rasa bagus kalau rasa berdosa tu. so, kita memang takkan biasakan untuk menipu. buat apa pun la kita takkan menipu.

tapi hari ni kan, rasanya segalanya dalam penipuan. tak tahulah camna tu. Lagilah bab rezeki yang selalu kita makan. Tak jadi apa kalau hasil menipu. berkat takda, dosa pun dapat. saya taknak la camtu.

yang dah jadi darah daging tu lagi lah tak tau camna. memang jawab ajalah nanti. astaghfirullahal'azim. minta dijauhkan terlibat dalam hal ni. hmm. thanks for comment kak. :)

hansuke said...

salam.

ustaz kazim cakp, kadang2 kena gak tipu untuk mengelakkan dari bergaduh besar. contohnya dalam perkahwinan, isteri tak suka suami lepak kat gerai makan ngn kawan2. so kalu makan ngn kawan2 kat kedai, tapi bila isteri masak kat umah ajak makan, maka kena la makan, pastu tak yah la citer dah makan kat gerai sebab nanti gaduh pulak, maka tipu yg macam ini disunatkan :)

ke yg macam mana maksud ko? ehe~

Asakura said...

kalau jujur, org ckp lurus bendul...
sy pun paling tak suka kalau ada org menipu...

delarocha said...

klu dah namanya tipu..dosa la jugak

ainnoraini said...

mmg pantang betul kalau org suke menipu ni...mmg tak berkat hidup...
ade jugak terkena org yg suke menipu ni...

Norsha said...

betul tu dik, ada org pegang prinsip, tipu utk kebaikan apa salahnya, org lain pun buat juga...kalu sume org ikut prinsip ni, abislh....

s a r said...

#encik hansuke

salam.

ada juga dengar yang macam tu.

hmm, maybe statement merah aku tu more to general. Tu yang kaw masuk bab yang kaw sebut tu. tapi aku terima juga. thanks for sharing :)

ni sebenarnya lebih pada sumber rezeki. Keberkatan rezeki yang kita dapat dari kerja yang kita lakukan. Cth kerja kita memerlukan aksi penipuan walaupun sebenarnya tidak memudaratkan kedua belah pihak pun tapi stil kena juga buat tipu tu. tu je.

kaw rasa adakah best sedemikian rupa punya kerja? ke sebab aku ni lurus sangat sampai tak pandai menipu or aku memang nampak kurang bijak dalam menipu? ohh.. apakah entah...

s a r said...

#encik askura

betul. lurus bendul pun orang kutuk, penipu lagi la.. hmm..


#encik delarocha

yup betul tu. cuma ada part2 yang diharuskan kita menipu kan.. cth: bab rumahtangga. :)

s a r said...

#cik noraini

saya pun kak. ada je kena tipu, kekadang rasa macam kena buli pun ada. ambil kesempatan. hm.. sangat tak berkat kalau hidup penuh penipuan je kan.

#cik norsha

betul jugak tu kak. ada je orang macam tu. cuma kekadang kan, benda tu lelama jadi kebiasaan. Allah tu maha petunjukkan. menipu mana pun la kan... apalah salahnya peluang penipuan itu digunakan pada tempatnya. bukan lelama dijadikan amalan kan. thanks akak. :)

fuad ansari said...

mula2 tipu sikit, pas tu dah rasa syok, mula la nak tipu yg besar2.. (",)

benda tak baik jgn dimulakan.. ketagih nanti.. (",)

s a r said...

encik fuad :)

yup. betul tu. banyaknya sekarang macam tu. mula sikit lelama jadi banyak. segala boleh kena dielakkan. kalau dah terbiasa, nak ubah pun payah kan nanti.