Monday, September 26, 2011

Jemputan khas!

Assalamualaikum...

Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang2 yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, " (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang2 yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang2 yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 
(an-nisa':18)


Terkejar-kejar berlari-lari ke sana ke mari
mula suria menyinar hingga menyembunyi diri
masih tetap tak berhenti
sibuk jadi santapan saban hari
bagi si sibuk di dunia hari ini

Diam-diam elok termenung leka memerhati
sentiasa menunggu segala yang tak pasti
anganan menjadi lauk pengubat hati
diri tetap leka memerhati
leka si tenang melayan perasaan hati

Si sibuk si tenang 
sama menghuni pentas dunia sementara
pengarahan masih sama
berbeza skrip yang diterima
tetapi masih hala yang sama akhirnya

Keduanya sama taranya
beza tiada tempat bawah akhirnya
hanya beza amalan yang dibawa
pilihan pintu antara dua
Malik setia menanti
Ridwan sedia menerima

Izrail datang atas arahanNya
sedia laksana tugasan yang dibawa
andai kita masih sibuk si sibuk
andai kita masih tenang si tenang
langsung tiada pesan untuk siap bersedia

Petanda diberi atas peringatan
jika sibuk menjadi pilihan
jika tenang masih dalam anganan
mata terlena gagal pula dibuka
sedarnya pula dalam kegelapan akhirnya

Tangis kuat, takut bermaharajalela
tiada yang dengar mahupun menyapa
sedih teramat hingga tak terkata
hanya gelap jadi teman setia
gagal kembali ke dunia nyata

Si kacak wajar jadi peneman setia
hilang entah ke mana kesan langsung tiada
Munkar Nakir sedia datang pula
sesal di hati hingga tak terkata
ucapan taubat langsung tak diterima

Seperti apa yang dikata
masa tidak menunggu kita
tetap juga kita persia
tidak sesaat mengenal Dia
jemputan khas tiba tidak kira masa
sesaat ini juga kita boleh disapa.
Astaghfirullahal'azim.

~by s a r

~geleng kepala banyak kali... 
astghfirullahal'azim. semoga kita diberi lagi kesempatan waktu.

8 comments:

nobody said...

dear baby
thanks ingatkan kite
suwiiitttlah kamu ni
sentiasa hati tu ingatNya kan?

kalu saye lelaki
dah pinang dah kamu :)

hurm...
sayang kamu keranaNya ^^

Kakzakie said...

Bangun tidur, celik mata, makan, kerja, berhibur, jalan-jalan, mengumpat, gembira tak toleh mana-mana lagi.

tiba-tiba bencana dtg, nak berwudu' untuk solat pun tidak mampu, masa itu baru tersedar.... masih beruntung sebab masih ada peluang

bayangkan bencana tiba terus izrael yg tak pernah ingkar perintah Allah dtg. apa yg dapat? Na'uzubillah moga kita sentiasa muhasabah diri....

s a r said...

salam kamu.

~eheh. meh la pinang. ahaha
pernah dengar kata2 ni:

"orang banyak buat salah memang macam tu"

~eheh. tu la tu jadi camtu. uhuu
banyak sangat dah masa terbuang sia-sia je. macam kamu pernah kata. iman turun naik pasang surut. dah tau salah, buat jugak lepas tu ingat Dia balik. time buat taknak pula ingat Dia. ish ish. apalah nak jadi ni. sedeh! uhuu.

thanks kamu. kamu bz ye? jawab elok2 nanti exam tau. :)

sayang kamu kembali keranaNya juga. Alhamdulillah.

s a r said...

#kak zakie

takut baca comment kakzakie.

hm, sume dah tak sempat dah. ucap taubat time izrael dah datang pun dah tak diterima. nauzubillah.

masih senang berlenang ni kita selalu je lupa and anggap waktu tu lambat lagi. astaghfirullahal'azim. semoga kita diberi lagi kesempatan yang ada. inshaAllah.

thanks kak. sangat bermakna. :)

fuad ansari said...

seperti kisahnya firaun yang berkata di saat2 akhir kematiannya, "sesungguhnya aku beriman dengan Tuhan Musa"

p/s: kadang2 untung jugak orang2 di tali gantung yang punya kesempatan membuat sedikit persediaan menghadapi kematian tatkala yg lain ada yg pergi dengan mengejut..

s a r said...

encik fuad :)

yup. betul. diberi lagi kesempatan untuk berbuat amal sebelum dijatuhkan hukuman.

macam orang kata betapa beruntungnya manusia yang dah tahu waktu dan saat kematiannya. masa yang ada dipenuhi sepenuhnya untuk Dia semata. Apa yang di dunia langsung tidak dipandang lagi. thanks encik. :)

ainnoraini said...

kalau tau bile malaikat maut nak menjemput..mase tu kite tak akan buat dosakan...

tq dear saling ingat mengingati sesama umat...

s a r said...

yup kak. sama2 kak. alhamdulillah. inshaAllah. ingatkan juga if saya terlupa kak. :)