Sunday, September 11, 2011

Bahagia memanipulasi

Assalamualaikum :)

peringatan: tidak ada tujuan kepada sesiapa. diharap tidak ada yang terasa sebaliknya untuk peringatan diri sendiri. :D

Hmm. Orang, kalau berkata itu ini, ingatkan orang itu ini, bukan main sedap lagi kan. ~macam akulah jugak :p. Dan bila mana kesalahan itu atau teguran yang pernah aku sendiri keluarkan, dilakukan atau diulang tayang oleh aku/kita semula sedangkan menyedari ianya tidak sewajarnya berlaku. Rasa itu memang pelik dan tetapi tidak menghiraukannya malah terus sedap elok melakukan. Bila fikir balik, hipokrit namanya. Bak kata orang comel, 'cakap tak serupa bikin'. 

Sebab apa? Sebab ada rasa bahagia dan berbunga mekar di dalam hati sehingga kita tak rasa dan sedar apa yang kita lakukan. Rasa seronok, bahagia teramat apa yang kita lakukan sehingga terlupa. Ditegaskan di sini. MANUSIA MEMANG CEPAT LUPA. ~termasuklah aku. Bila rasa bahagia bermaharajalela di dalam diri, maka mudah lupa segalanya. Sehinggakan kata-kata yang tidak sewajarnya terzahir di bibir comel tu, terlahir juga. Begitu juga dengan perbuatan kita. Ikut suka aja lakukan tanpa fikir panjang. Sebab apa? Janji hati suka dan bahagia. Tak timbang semula apa effect yang kita dapat kemudian nanti.

jangan lakukan demikian demi si chentaqu. make sure ada cop halal dulu! :D


Hmm. Menyesal teramat, apabila segala2nya telah terlepas kan? Tapi rasa menyesal lagi bagus dari tak rasa apa-apa kan. Alhamdulillah. Diberi lagi kita kesempatan untuk mengingat dan kembali semula kepadaNya. Tapi lepas tu buat balik ke? Nononono.. berusaha elakkan! Takkan kaw nak kasi catitan belah kiri kaw penuh? No no no.. better kasi yang mencatit belah kiri tu rehat ye s a r. :)

Aku sebenarnya risau teramat bila benda macam ni berlaku kat aku sendiri. Tak layak rasanya nak berkata lebih sedangkan diri sendiri tak berapa nak betul lagi. Jujurnya aku sendiri perlu ada yang mengingatkan dan alhamdulillah kerana tiap kali berlaku, tiap kali tu jugalah aku ingat. Alhamdulillah. Syukur sangat. 

Tapi sampai bila pulak asyik nak terlupa aja kan. Astaghfirullahal'azim. Usaha usaha usaha. Dan lebih elok seandainya sentiasa berwaspada dalam apa yang dituturkan dan yang dilakukan. InsyaAllah. Dia sentiasa ada membantu kan. Alhamdulillah. :)

Diulang. RASA BAHAGIA KERANA-NYA indah rasanya. RASA BAHAGIA KERANA INSAN LAIN, lain rasanya. Keduanya boleh datang seiring sekiranya kita berlaku jujur atas keduanya. :)

13 comments:

Kakzakie Purvit said...

Menyesal atau bertaubat demi kebaikan lebih baik dari terus-terusan alpa dgn kelalaian seolah hidup tak akan mati....

s a r said...

akak, garangnya. :D

betul la tu kak. itu lebih baik dari terus menerus hanyut tanpa diberi sedikit pun ruang untuk mengingatiNya. thanks akak :)

iyan shazlind said...

terima kasih atas ingatan ni sar...

fuad ansari said...

bahagia di dunia mmg sering dimanipulasi.. bahagia sebenar di syurgaNya.. (",)

ewanthology said...

bila seronok memang selalu lupa

Norsha said...

kerana kita selalu lupa, lalu bila ingat semula kesilapan kita; maka beristigfarlah......moga2 Allah ampunkan kita...

s a r said...

# cik iyan>

sama sama :)

# encik fuad>

betul! tiada yang terbaik melainkan di sana berbanding yang sementara ni. :)

# encik delarocha>

tu la tu. selalunya macam tu la. hmm.. kena beringat selalu kan.

# cik norsha>

yup, bila terlupa cepat beringat dan kembali kepadaNya. InsyaAllah. betul caranya insyaAllah. Dia maha pengampun kan. sering memberi peluang untuk kita kembali kepadanya. thanks. :)

Anonymous said...

sentiasa berckp perkara yg baik dan sentiasa berusaha untuk menjauhkan dan mengelak daripada melakukan perkara yang berdosa.

Bila kita tegur orang, kita anggap kita menegur diri sendiri supaya kita tidak lupa yang kita tidak sempurna, byk kesalahan dan dosa yg dilakukan...

Manusia mmg cepat lupa bila tidk muhasabah diri dan amalkan.. hehehe

Ismi Ijmi said...

cantik gambar di atas
:-)[:-bd]

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?f6d07506eab084336d4eff91a021cdb3

s a r said...

:)

gambar pinjam je. thanks :)

Cikgu Ma said...

assalamualaikum..(",)

s a r said...

waalaikumussalam cikgu
:)

thanks to be one of my followers :)

s a r said...

encik askura :)

soory. lambt balas.

yup, betul tu. semua back to our niat kan. thanks :)