Thursday, September 1, 2011

Esak ibu

Assalamualaikum..salam lebaran..
*Alhamdulillah. bangun sudaa...

Redup pagi nyaman sunyi
Suria pagi masih malu menunjuk diri
Sama mengerti nada bakal bersemi
Jadi santapan lebaran di pagi hari

Jari disusun sedia bersatu
Mengucup lembut jemari siibu
Nada di hati tetap debar menanti
Mengatur ayat kesalahan dimaafi

Yang berlaku akan tetap terjadi
Si anak lari tetap mengasingkan diri
Jurai si ibu mula didengari
Esak terus berlagu pilu di dalam hati

Kekesalan kekecewaan menunjuk ketara
Laku si anak tetap ditangisi
Menjenguk tidak menegur pun tidak
Apatah lagi kucupan rindu di jari

Esak si ibu masih tetap berlagu
Si ayah diam tidak berbicara
Kekesalan terus jadi raja di hati
Memikir runsing punca terjadi

Daya apa yang boleh dilaku
Andai ego masih tetap diagung
Bisu si ayah menambah derita
Si ibu kalah dengan tangis kecewa

Kebahagian tetap boleh dimiliki
Andai segala sanggup diketepi
Walau tetap mengagung diri 
Kesedihan tak mungkin datang kembali.

~by s a r



*I pray the best for their family. InsyaAllah.

8 comments:

Yusuf said...

Ini ciptaan asli dari sar ke? tulis kat bawah tu "by sar"... terbaik la...

s a r said...

hee. haah. sendiri. thanks yep. :)

fuad ansari said...

persoalannya, adakah ini blog sasterawan negara?? (",)

p/s: slmt hari raya s a r... apakah maksud huruf a dalam perkataan s a r?? (",)

s a r said...

bukan bukan bukan. blog insan bernama s a r yang selalu rapuh menjalani dugaan hidup :D

p/s: selamat hari raya encik fuad :)
huruf A n R dah nama abah. A for Abdul. S je nama saya :D

delarocha said...

nice... family tetap no 1

s a r said...

yup. itulah yang terbaik. tiada galang gantinya. thanks :)

Asakura said...

rupanya SAR adalah nama penuh... :D

s a r said...

~eheh. memang nama penuh. kamu ingat nama apa encik? ~eheh