Friday, September 9, 2011

Qada' ke kodok?

Assalamualaikum :)

Kenangan lalu...1999

Ustaz: Buka semula kertas ujian dan cuba cek semula soalan tentang rukun Iman. Siapa yang eja selain QADA' sila berdiri.

Maka aku pun turut sama berdiri sebab aku eja KADAK. Alhamdulillah. Dilepaskan. Maka, tinggallah yang rata2 dari mereka mengeja KODOK. Tak pasal2 kena lompat katak keliling kelas. ~eheh. Itu dululah zaman sekolah. Time otak baru2 nak belajar mengenal dunia.

tapi froggy ni saya suka! :D


Beberapa hari lalu ada seorang hamba Allah bertanya kepadaku tentang qada' solat.

Riri: S a r, aku nak tanya sikit. Boleh atau tidak mengqada' solat kita kemudian dengan alasan kita malas bersolat di tempat berkenaan pada waktu itu.

S a r: Mana boleh kita sesuka hati tinggalkan solat dengan alasan ingin berqada' sahaja. Solat tetap solat sebab memang wajib. Melainkan kerana hal-hal tertentu. Bukan sesuka-suki je nak qada'.

Dia tambah lagi; Habis tu macam mana dengan solat yang ditinggal tu?

Aku jawab: Kita wajib ganti and the same time kita kenalah buat solat taubat. Ganti tetap jugak kena ganti. Tapi bukanlah solat yang dia sengaja tinggal tu je. Solat yang dulu2 jugak, kenalah ganti sama.

Dia berseloroh: Oh.. maknanya, berkodok-kodok lah kita ye. Lelama jadi kodok. Ehehhe..

Aku balas: banyaklah kaw punya kodok. Takdalah jadi kodok. nak jadi kodok ke? ehehe.. Kaw gantilah perlahan2. Tapi kaw kenelah buat solat taubat tu dulu bebetul... Kita tak boleh nak ambik mudah aja solat ni.


Dia balas: sengeh je... 


Aku pun tidaklah betapa bijak perihal hukum hakam ni segala. masih lagi belajar. salah silalah betulkan sahabat ku sayang! :D


*aku dengar penyakit itu dosa. kesahihannya diri yang kurang ilmu ni tak tahu. hmm. Ini antara akibat pergi menziarahi, nak try sume makanan kan. ~ahah. amik kaw sore throat and extra flu. :P

16 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sesungguhnya amalan solat saja tidak ada qada'. Setiap umat yg telah cukup syarat/baligh wajib menunaikannya. Jika tidak boleh berdiri, boleh duduk, baring, dengan kerdipan mata, hatta dengan hati sekalipun. Tanggungjawab yg sihat mengambilkan wudu'/tayyammum pada yg uzur.

Taubatlah pada yg leka... wallahu'alam...

Anonymous said...

salam...

lawa katak dlm gmbr tu.. :D

betul tu, tak leh sesuka hati je tinggalkan solat. Solat itu WAJIB. :D

sama-samalah kita elakkan diri kita drpd meninggalkan solat dan melewatkan solat... :D

Anonymous said...

Lawak pula sape yg eja kodok... ha3

solat itu wajib dan meninggalkannya adalah berdosa besar...

sama-sama la kita hindari diri kita daripada meninggalkan solat...

iyan shazlind said...

Assalamualaikum sar,
thanks for the info bab2 Qada solat ni..:)
p/s : tergelak baca sar's classmate eja kodok tu..heheh

fuad ansari said...

kadang2 tu.. pelik gak..
qadha' hajat pandai..
qadha' solat tak pandai.. (",)

hidup kalau tak solat, boleh tenang ke?? banyak masalah oo.. (",)

Pia said...

"salam syawal sar...sihat hendaknya..hahaha..kodok?jauh benar larinya tu......~slmt hari raya,maaf zahir batin..."

musang said...

solat membezakan antara org islam dng org kafir..oleh itu sama2lah kita jaga solat

nobody said...

salam dear ^^

saje singgah
rindu pulak :)

^^

muga cepat sembuh kamu ^^

hansuke said...

:D <-- aku pon nak sengeh gak la..haha~

memang ko kodok pon sar, dari dulu lagi aku dah tau, kodok pisang..ehe~

eh, sebelom tu, selamat hari raya :)

semua yang diperkatakan itu betol, aku juga belajar macam tu. alhamdulillah :)

semua solat yang tertinggal kena ganti, perlahan pon takpa.

sesungguhya solat wajib tetap wajib, walau dalam apa jua keadaan sekali pon kita kena berusaha untuk menunaikanya, kalu darurat dan tertinggal, ganti dan bertaubat la kita ye. ehe~

aku nak kongsi skit bleh? :) dulu ustaz aku ada cakap, dalam bab ganti solat yang tertinggal ni, contoh terbaik kita boleh amik tertinggal solat subuh. just say kita terlajak tidor sampai kul 7.30am, waktu subuh pon dah abis. masa terbangun tu, kita sedar dah terlepas subuh (alamak!!), maka wajib bagi kita beristigfar dan terus bangun untuk solat subuh. tapi kalu kita sedar dah terlepas dan tidur balik dengan fikiran nak bangun pukul 8am untuk qada' subuh tu, maka tak wajib lagi qada' tersebut sebab dah menangguh qada' tu. maka, apa yang aku faham, kalu tertinggal, cepat2 ganti masa kita sedar tu jugak, bukan esok atau lusa.

tapi setahu aku ada yang berpendapat solat yang tertinggal tu tak wajib ganti sebab solat wajib tu wajib, kalu dah tertinggal berdosa la kita, dan ganti pon tak akan terima Allah. tapi kdanga2 aku tak ikut pon yang ni, kalu boleh qada' buat la, mana tahu Allah boleh maafkan dan terima solat yang kita qada' tu.

bagi aku, antara dua ni, dua-dua ok je, ikut individu. yang paling penting bertaubat bila dah tertinggal dan berusaha lain kali supaya tak tertinggal solat kita lagi.

wallahua'lam

thanks for sharing sar :D

s a r said...

# Kakzakie >

sangat betul kak. Islam tu memudahkah dan tak pernah menyusahkan. Dia bagi cara macam ni kita tak boleh, diberi pula talian hayat lain untuk melaksana yang disuruh tu. thanks kak :)

#ariesyah>

waalaikumussalam. thanks. mr goo punya. :D
betul! benda yang wajib tetap wajib kan. no excuse! InsyaAllah. sama2lah kita beringat. thanks yep.

s a r said...

#encik askura

~eheh. tu la pasalnya. pelik sudaa kalau -percaya kepada KODOK (qada') dan kadar (QADAR).

benar kata encik. dah nama pun wajib kan, hukumannya tetap berdosa andai ditinggal tanpa sebab. thanks yep :D


#cik iyan

most welcome dear :)
~eheh. tu la pasalnya. budak2 lagi pun time tu. dalam kelas ada 2 3 orang je eja betul. hee.

s a r said...

# encik fuad

~eheh. benda tak kena syarat, memang mudah kan encik :)

sangat! segalanya payah. bak kata encik. kalau tetiba bangun tido tersedar aja dah dalam tanah macam mana. nauzubillah. thanks yep. :)


# akak Pia

salam syawal kembali kak. lama tak pergi blog akak rasanya. thanks akak sudi ke mari :)

alhamdulillah kak. tapi still flu lagi tak ilang. tekak dah ok sikit.
tu la pasalnya. eja pun dah lari jauh, apatah lagi maknanya. hehe

s a r said...

# musang (tak sampai hati nak panggil musang. i will call u mus yep :D)

yup betul tu. cuma solat kita penuh dalam seharian. mereka tidak. thanks yep sudi ke mari and jadi follower :D



#dear nobody

thanks dear. alhamdulillah. :)

s a r said...

# encek hansuke :D

cess.. kodok pisang dah habis. takda takda takda :P

selamat hari raya juga kamu encek. :)
(ehem ehem, kelip2 mata sebentar baca komen kamu :P)

hmm.. yang bab kedua tu ada pernah dengar jugak. tapi, tak pernah ler follow. agaknya kalau aku malas, boleh jadi follow gamaknya,. astaghfirullahalazim. tak tak tak. :)

yang encik cakap tu kan.. yang mula2 tu kan. aku follow yang tu ler. tapi kan nak tanya sikit sebab ilmu bab2 ni memang kurang. erm, kaw kata yang 'maka tak wajib qada' tu, makanya apa? kita terus berdosalah kan. then still kena ganti diiringi dengan solat taubat kan? betul ke salah aku kata ni?

hmm, aku pun rasa macam tu. kita ganti aja yang dah tertinggal termasuk yang dedulu tu jugak even ada yang kata Allah tak terima. tapi rahsia Dia kan. Mana kita tahu dia terima ke tak kan. Dia kan maha pengampun kan. kita buat ajalah kan kan.

thanks beb atas perkongsian. sama2. ingat2 and tegur2 if ada salah. :)

hansuke said...

oh, pasal tu, sebab bagi sesetengah pendapat, solat 5 waktu kan wajib maka tak wajib qada'. berdosa la tinggal je.

tapi kalu pikir balik, apa salahnya kita nak cuba qada' gak, mana tau Allah nak ampun dan terima, kan? lagi pon sebab dah berdosa, maka kena la ganti atau buat solat taubat.

sebenarnya, aku rasa pendapat yang cam yang ko tanya tu, terlalu tegas. pendapat tu nak bagi tegasan bahawa yang wajib tu tetap wajib, kalu boleh elakkan dari qada'. itu je kot. cuma kita manusia, biasa la kan, mana ada perfect, mesti ada tertinggal punya.

dan aku dah komen, qada' ni kena buat terus @ instant. kalu tangguh, dah jadi tak wajib dah qada' tu.

sekian cik kodok..hahah~

s a r said...

hmm.. ye la. patutnya takda qada' sebab dah kewajipan kita. selagi boleh kena elakkan.

thanks wahai encik. :)

~pulak aku jadi cik kodok. cess..