Monday, September 5, 2011

Matlamat tak menghalalkan cara

Assalamualaikum :)

Ex-roomate ku berpesan beberapa hari sebelum raya yang lalu. Kerana aku ingin kepastian terhadap keputusan yang bakal dibuat. Ayat ni biasa diungkapkan. Tapi ada pula antara kita tetap masih 'menghalalkan' juga kan. Astaghfirullahal'azim.

Hmm. Aku sendiri rasa kurang keyakinan untuk bertindak lebih semata-mata kerana matlamat yang ingin dicapai dan aku mengenepikan hukum hakam akhirat. Memang pada awalnya menimbulkan sedikit kegusaran hati. Tapi, cara paling mudah yang diambil adalah, back to our guideline as a muslim.

Contohnya; pasal aurat. Apabila majikan menetapkan etika pemakaian tertentu semasa bertugas. Aku takmo la sentuh aurat kaum Adam sebab aku tengok etika pemakaian dorang elok je semua tertutup. Yang kaum Hawa ni cukup merisaukan. Elok2 dah bertudung, tetiba kerja punya pasal, (duit), sanggup bukak segala. Apakahhh??? no no no...

Pesan sahabatku itu. Rezeki Allah tu ada di mana-mana sahaja. Selagi boleh, cuba dielakkan perkara-perkara begini. Ingatannya lagi, dunia ni sementara je s a r. Amal kaw yang nak kena bawak nanti. Bukan duit tu yang teman kaw nanti. ok. pesanan tu sangat bermakna beb.

Sebenarnya persoalan ni timbul bila seorang cousin mengajak ke tempat kerjanya. Bila ku lihat etika pemakaiannya. Allah........... Berjuta kali aku fikir ni. Langsung tak sedap nak tengok. Silap hari bulan, aku yang malu tengok macam tu. Apatah lagi aku pulak pakai macam tu. Tak ke ada yang sewel lepas tu. Astahgfirullahal'azim...

Fighting has been enjoyed upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows while you know not. (2:216)

Aku percaya dengan kata2 tu. Cuma, aku harus ambik setiap risiko dalam melakukan sebarang keputusan yang bakal diambil. Aku haruslah tanggung apa yang dijanjikan selepas itu. Hanya keredhaan yang inginku milik untuk terus kuat melaksana keputusan yang diambil setelah jalan yang dipilih sebelum ini menemui jalan buntu. Hanya padaMu ya Allah. Hope dipermudahkan segalaNya. Aminn. InsyaAllah.

15 comments:

ewanthology said...

kawan kerja pramugari ke sampai kena buka aurat?

s a r said...

:)

eh, pramugari je ke buka aurat? hee,.. tak pramugari pun ada je yang bukak aurat. :)

dunia hari ni kecantikan mengatasi segalanya kan. macam slogan 'dunia tanpa sempadan'. :P

nobody said...

salam dear sar ^^

waaahhhh
bestnye die
dah nak keroje ye :)

benar dear
ada jugak kawan2 saye yang terpaksa mendedah aurat kerana kerja

pilihlah yang terbaik untuk diri kita sar

kita buleh memilih, bukan kerja @ majikan tu yang tetapkan

muga kamu mendapat kerja yang terbaik buat kamu , juga agama kamu dear ^^

p/s: nanti buleh la belanje makan
hehehhee :P

s a r said...

waalaikumussalam dear :D

*happy kamu di sini.

~eheh. macam je. belum lagi. wahaa. kadang2 apa yang dirancang dan yang kita inginkan tak jadi seperti yang diharapkan.

macam ayat al-quran tu. kadang2 yang kita benci tu la sebenarnya yang terbaik buat kita. tapi yang kita suka sebenarnya bukan yang terbaik untuk kita. Dia maha mengetahui dan maha merancang segalanya kan :)

orang kata, mungkin macam memilih oleh kerana sekarang bukan mudah nak cari kerja. betul cakap kamu. kita masih berhak memilih. kalau duniawi yang kita pentingkan, tak hairan esok lusa kita lupa terus yang ukhrawi. am i right? tak kisah la orang nak kata saya memilih ke apa ke. sebab bukan dorang yang bagi rezeki kat saya. :)

p/s- thanks dear. insyaAllah. kalau ada rezeki, insyaAllah. boleh saja kalau diberi kesempatan untuk kita bertemu. InsyaAllah. :)

sekadar satu coretan said...

assalam sar...
terpulang pada masing2...pilih la mane yg terbaik dan diberkati allah...

selamat hari raya...

s a r said...

waalaikumussalam kak. :)

selamat hari raya :)

yela kak. hak masing2 untuk memilih. petimbangan dunia kini tak pandang dah untuk mendapat keberkatan. hmm..

bak kata mulut2 comel, kubur lelain. tapi saya kata, even kubur lelain, hukum Allah, semua kena tempias.

thanks kak. :)

Anonymous said...

stuju sgt...aurat lebih penting daripada duit. Janganlah kita jadi seperti orang mata duitan. sanggup buat apa saja utk dapatkan duit. Inilah akibatnya bila cintakan dunia. Tidak yakin rezeki dari Allah...

Anonymous said...

tambah skit lagi, header baru ye...background header apa tu? mcm coklat pun ada, mcm batu bata pun ada, macam papan pun ada jgk..... ha3

s a r said...

thanks encik askura :)

hmm.. ye la encik. kekadang cuma manusia ni je yang tak percaya dan tak nak percaya dengan apa yang Allah mampu bagi. hmm.. ujian ujian ujian... siapa tahu apa yang dijanjikan lepas tu.. hmm..

dunia lebih dipentingkan sekarang ni. hm..

Ahah.. sebenarnya nak cari coklat. tapi macam tak berapa jumpa. yang jumpa pintu gate papan warna coklat. ~eheh.

Wan said...

Salam cik Sar :)

betul tu..rezeki allah tu ada dimana2..jgn sbb kehendak dunia kita lupakan akhirat..hidup ni kena seimbang..

kalu sbb kena bukak aurat atas sbb keje..baik berenti keje tu..biarla keje kita tu pendapatan nye sedikit..selagi tidak melanggar segala perintah Agama..baru la ada keberkatan dalam pekerjaan tu kan..

Selamat hari raye..maaf zahir batin :)

iyan shazlind said...

assalamualaikum sar,

Buatla keputusan terbaik utk diri kita sendiri...rezeki Allah ada kat mana2...jangan takut nak menolak benda yg kita rasa tak baik utk diri kita...

s a r said...

*encik wan :)

waalaikumussalam encik wan :)

yup. betul. setuju tu. tapi zaman sekarang, banyaknya dah tak kisah kan tu semua. tapi saya kisah tu semua. mungkin orang kata saya ni pemikiran konservatif, sukahati la kan.

keberkatan itu lebih baik. sebab, saya tahu, duit yang diperoleh dari kerja yang kurang berkat, tak kemana. segala yang dilakukan pun serba tak kena.

thanks ye encik wan. :)

p/s- eh, kamu lama juga tak update blog kan. tetiba ada gambar cik bunga terus. ~eheh. tahniah encik wan. hope diberkati hubungan kamu berdua. InsyaAllah. selamat hari raya maaf zahir batin :)

s a r said...

cik iyan :)

waalaikumussalam.

yep. betul tu iyan. pertimbangan yang harus dilakukan based on our guidelines. sebab itu adalah lebih baik dari buat satu keputusan atas kepentinga luaran semata. thanks cik.

fuad ansari said...

saya pernah tolak tawaran kerja sebab depa suruh pergi solat jumaat secara bergilir... seminggu pergi seminggu tak pergi..

alaa, bahasa kasarnya... tak mati la dek kerana tak keje kat situ..

s a r said...

saya sangat setuju encik fuad! tapi tu la kan. apa boleh buat. peluang kerja sekarang makin tipis. belajar bagai apa entah. kerja punya la payah. maybe kredit pada yang punya kelebihan yang indah berbanding yang tiada. yang tiada ni pula banyak songehnya. uhuu

tapi bak kata encik. kalau semua benda tu diutamakan tanpa menimbal balik jalan yang sebenarnya pun, tak ke mana kan. saya percaya pada rezeki Allah. cuma hati ni kurang lagi bersabar barangkali. thanks encik fuad atas perkongsian. :)