"Hormat tetap hormat! Dosa tetap dosa! Salah tetap salah!"
Hmm.. tu aja yang mampu terluah di hati bila rasa sakit hati teramat apabila hujah diri sendiri mati di tengah jalan. Teringat pesan seorang sahabat. Sebelum menegur akan salah seseorang, kita kena tengok balik diri kita sendiri semula. Hmm.. Muhasabah diri ler bebanyak kan...
"Orang tua tak nak hormat dengan orang yang lebih muda dari dia, takkan pulak aku nak hormat dia. Mak ayah dia pun dia tak hormat. Sekarang anak dia buat benda yang sama pada dia."
"Dah tu, kaw tak boleh la hormat dia? Kan dia lagi tua dari kaw."
"Kaw tak faham apa yang aku rasa. Memanglah kaw cakap aku tak hormat orang tua. Kaw takda kat tempat aku. Kaw tak faham."
"Adab tetap adab." balas aku malas nak layan dah plus kecewa sikit jugak...
"huh. lantaklah..."
Huh! tak sedap langsung ayat merah yang aku dengar tu. Aku tahu aku tak cukup sempurna. Ilmu pun tak penuh di dada. Apatah lagi iman yang sering dilanda badai dilambung ombak ni. Seburuk-buruk aku, sehina-hina aku, setidak baik aku, mak ayah, cikgu-cikgu sekolah tak pernah pulak ajar yang perbuatan jahat orang pada kita, kita WAJIB BALAS JAHAT juga pada orang tu. Ada ke? hmm.. tak tahulah kalau yang ada.
Aku akui ada mulut2 yang kata, KITA TAK PERLU HORMAT PADA ORANG YANG TAK HORMATKAN KITA. Kalau orang tu lebih berusia dari kita, jahat, kurang ajar.. kita pun kena buat benda yang sama jugak ke pada dorang tu? Perlu eh? (dalam konteks hormat pada yang lebih berusia sahaja!)
Pasal adab hormat menghormati. Tak payah cerita panjang. Rasanya semua mesti tau dah. Benda simple. Satu aja yang aku pegang. Kalau kita buat balik apa yang orang tu dah buat pada kita, maknanya sebenarnya kita dah simpan dendam dan memang berniat nak balas. Kalau dah buat semua benda tu maknanya konsep maaf memaafi pun bolehlah dibuang dalam hidup tu kan. Takda makanya dah. Tu belum masuk kisah sabar pulak. Nampak sangat takda rasa sabar dalam diri tu ye tak.
Macam kita nak padam api tapi guna minyak petrol. Ambik kaw! terbakar! Apa pun tak jadi... Yang jahat makin jahat, yang baik pun boleh jadi jahat. Bukan main sukalah Encek2 Syai bergelak ketawa bertepuk tampar menari di lantai dansa ye tak. Huh!
Astaghfirullahal'azim... henti-hentikanlah... tak dapat apa. pencatit belah kiri tu pula yang makin penat... astaghfirullahal'azim...
14 comments:
Yg muda menghormati yg tua
Ya tua mengasihi yang muda
InsyaAllah bahagia........
"ntah la sar,akak pun sebenarnya byk nak kena muhasabah diri ni sbb kdg2 dlm certain2 kes,akak agak dendam..bkn dendam camana tp lebih pd susah nak maafkan org yg telah buat salah yg betul2 buat akak tak boleh terima...tp kebelakangan ni alhamdulillah,akk dah boleh perlahan2 cuba memaafkan...agaknya sbb diri makin berumur dan selalu ingat mati..."
#norsha
yup betul tu. itu la sebaiknya.
#kak pia
ye la kak. saya tahu. lain orang lain caranya kan. terpulang masing2. cuma selamanya takkan orang tu tak nak berubah kan.
alhamdulillah. itulah sebaiknya kak. kekadang kita belajar terima, bersabar,. tu lebih baik. InsyaAllah. hati pun lebih tenang kak. saya dulu pun jenis tak sabar gak. cepat aja mulut ni nak lawan balik apa yang orang kata. sama2 la kak kita muhasabah diri. saya pun banyak kena betulkan lagi. :)
buat baik d balas baik.. tak susah sebenarnya...
hormat dgn takut mmg berbeza... :D
Kita kena hormat orang dulu, baru org akan hormat kita. kalau kita buat jahat kat ibubapa, tak mustahil ank kita akn buat jht kat kita pula...
TQ atas perkongsian...
Salam dear
part hormat ni
saye agak fail
kerana saye tidak menghormati
DIRI SENDIRI
:(
insyaAllah akan lebih hormat pada diri, juga insan2 yang lain ...
:)
* dah start keje ke dear?
ehem ehem
macam terbau2 pizza hut
ade orang nak belanje ke?
>0'o<
#khairul antasha
yup. itulah konsep sebaiknya. bukan yang jahat wajib dibalas jahat jugak kan, tu semua kerja DIa.
#encik askura
yup. betul tu. tu yang terbaik. hormat diri sendiri, memaafi diri sendiri juga penting sebelum orang lain. jika itu berjaya dilakukan, why not pada orang lain juga kan.
most welcome :)
#cik nobody
waalaikumussalam dear.
jangan macam tu. sayang diri sendiri lagi penting mydear. insyaALlah. begitu juga untuk insan lain lepas tu. :)
p/s- ahah. mydear ku ciknob. eheh. keje sekajap je. ahah. private. tau2 je ler. nak cari kerja lain la ni. eheh. bau pizza tu kene hold dulu la nampaknya. eheh. insyaALlah ok. kamu doakan saya yep. :)
kamu busy2 pun sempat ke mari. thanks yep. kamu elok2 study. jangan s.e.w.e.l lagi. :P
tabik springggg
Selalu bermuhasabah diri kerana selagi nyawa Allah bagi pinjam utk sementara ini pasti syaitan yg dah bersumpah dgn Adam akan sentiasa menggoda anak-cucunya selagi belum kiamat...
#encik delarocha
~eheh :)
#kak zakie
setuju dengan akak. benda tu sume buang masa yang ada. syaitan pula yang makin suka bila dapat sesatkan semua. astaghfirullahal'azim. thanks akak. :)
antara akhlak yg terpuji adalah membalas kejahatan dengan kebaikan walaupun kita beroleh peluang untuk membalas kejahatan tersebut..
moga sama2 dapat amal.. amiin...
yep. setuju dengan encik. ameen,.. InsyaAllah.
cuma manusia kita hari ni banyaknya tak fikir tu. jahat kena balas gak jahat. astaghfirullahal'azim.
Post a Comment