Tuesday, June 21, 2011

Rungut mengeluh

Assalamualaikum :)

Sedikit bingit plus kecewa teramat bila orang merungut-rungut akan nikmat yang Allah dah beri, dengan aku. Fine! boleh mengadu apa yang nak dikongsikan. Aku sudi dengar. Mana yang mampu ku tolong (nasihat), aku tolong. Tapi, Maaf! bukan untuk kali ini. Aduan yang berunsur keluh mengeluh atas kurniaan Dia, akan ditolak tanpa belas kasihan! Tapi disebabkan tidak mahu mengeruhkan keadaan yang sudah sedia keruh bertambah keruh, kuperdengarkan juga dengan hati yang tabah.

Wahai sahabat-sahabatku yang ku sayangi lagi ku cintai sememangnya dirindui dengan sepenuh hati. Lupakah anda pernah menegurku kerana keluhan yang terzahir dari bibir ku ini dulu atas perkara kecil sahaja. Lupakah? Meh sini aku nak ingatkan kaw pula. Lupakah juga kaw pernah hampir terkena tempias muka sentapku dulu kerana aku terburu-buru menjawab soalan yang masih belum kaw habiskan..~nasib baik kaw tak sentap sama. kalau tak, susah aku nak pujuk! uhuu.

Bersyukurlah di atas kurniaan yang telah ditentukan oleh Allah swt kepada kita. Cuba bandingkan keistimewaan yang kaw ada dengan orang yang kurang bernasib baik? Kaw tak payah nak banding jauh-jauh. Kaw banding je kelebihan kaw dengan aku. Tidak beruntungkah kaw berbanding aku.Terlalu beruntung kerana Dia telah mengurniakan segalanya untukmu tanpa sebarang halangan malah dipermudahkan lagi. Apa lagi yang perlu dirungutkan?? Tak bersyukur lagi? SubhanaAllah.

~ni, tuan dia dah kasi whiskers, dia nak jugak ikan tu. haish! turun!
Tapi ingat... bukan semua perkara kita boleh bandingkan dengan mereka yang kurang daripada kita. AMAL. Cuba kita bandingkan dengan mereka yang lagi kurang amal dari kita. Apa yang akan jadi? Contohnya: Bab solat (lewat). Pastinya timbul niat di hati; "Aku dah solat ni pun dah cukup bagus dari dia." Ni bunyi ayat orang takda effort nak berubah jadi lebih baik lagi. Sampai bila pun kita macam ni je, tak berubah langsung.

Cuba bandingkan dengan orang yang lebih bagus dari kita. Astaghfirullah.. baru tahu langit tu tinggi rendah. Baru tau ilmu di dada tu takat sekolah budak tadika je. Baru tau yang diri tu sangat jahil dalam ilmu agama. Dari sini kita pasti akan cuba berubah menjadi lebih baik kan. Dalam hati; "tak boleh jadi ni, aku pun nak jugak macam dia." Automatik! kita berubah dengan sedaya kita walaupun mungkin wujud cemburu dalam hati. Tapi, cemburu yang membawa kebaikan kepada diri kita, why not?. Bukan cemburu sehingga ingin membangga diri dengan apa yang kita miliki. Tu dah salah!

Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bukannya dibalas dengan keluh kesah rungut merungut meniti bibir. Nabi kita tak suka umatnya mengeluh. Keluh mengeluh ni boleh mengundang rasa tidak bersyukur di atas kurniaanNya. Tak puas dengan apa yang dah ada. Perlu diingat juga, siapalah kita untuk merungut itu ini atas apa yang dah diberi. Sangat tak layak. Orang kata, dah bagi kaki, nak wing pula.~maaf. part feveret ni. :p.

"....terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur." (Al-a'raf:144)

Terima seadanya apa yang telah dikurniakanNya. Bukan semua nikmat yang kaw perolehi, orang lain juga peroleh. Tidak. Pada yang terpilih sahaja. Fikirlah yang anda sebenarnya lebih beruntung dari orang tidak bernasib baik. Ingatlah wahai sahabat. Untuk ingatan pada diri aku juga. InsyaAllah. :)

17 comments:

iyan shazlind said...

betul3..

liyana said...

thanks for the entry kak

tertouching..

al-araf:114

btw..entry kita mcm nk same je..
jangan pernah mmpersoalkn..
mcm jnji2 plak..hehe

Kakzakie Purvit said...

Inilah manusia sar. Selalu terlupa yg diri sendiri banyak istimewanya.

Lihat sajalah kucing itu ada whiskas pun masih nak cuba makan ikan dlm balang sebab ikan yg dia aim tu cantik warnanya ditambah macam mengacah-acah dia. Hehehe....

s a r said...

*cek iyan shazlin >

:) thanks :)


*cek liyana>

Ha'ah. kebetulan. untuk ingatan bersama liyana. kita manusia tak lari dari ni kan. kadang2 tergelincir juga dari landasan dan perlu ada orang ingatkan agar kembali semula ke landasan yang sebenar. :)

s a r said...

*kak zakie :)

iyalah kak. hmm, tak pernah rasa cukup. Dah mudah, lagi nak mudah.

If dah terlalu sangat tak pernah puas apa yang dah diberi, risau akan ditarik semua kenikmatan yang ada tu. Astaghfirullah. semoga diberkati InsyaAllah. :)

~eheh. seksi sangat ikan tu agaknya kak. eheh

Anonymous said...

Entri yg bagus :D
Jika kia bersyukur, Allah akan tambah lagi. Tapi manusia nie, bila Allah bagi 1 lautan, kita akan minta lagi bagi jadi 2 lautan sbb tak bersyukur.

Mutiara Bernilai said...

terima kasih sayang, atas peringatan ni,,

sgt2 bermakna,,

s a r said...

thanks and thanks again sebab sudi ke mari :D

yup. betul. Dia akan permudahkan lagi if kita sentiasa ingat nikmat yang diberi. selagi kita beringat, selagi tu juglah dia akan memurahkan rezeki kita kan :)

s a r said...

*miss pearl :)

alhamdulillah. untuk ingatan bersama dan terutamanya diri ini. agar sentiasa beringat akan segala kurniaan dan nikmat yang telah diberi :)

ghost said...

pandang lar kekurangan orang lain kalau mau fikirkan kekurangan kita..lihatlah kelebihan orang lain kalau hampir hati mula rasa riak dengan kelebihan diri.

s a r said...

:)

yup. betul tu. dengan cara tu kita tahu sapa diri kita dan kat mana kita berdiri. thanks ghost writer sebab sudi ke mari :)

nobody said...

baby mish you :)

alamak rasa pedas pulak
hehehehe :)

betullah dear
kena selalu bersyukur
dan redho dengan ape yang ade kan?

ni sibuk nak itu nak ini
pantang tengok manusia lain dapat nikmat sikit
mulalah nak mengeluh :(

astaghfirullah...

s a r said...

miss u too babe ^^,

~eheh. maaf.tak sengaja. tak tuju kat kamu. :)

yup. itulah yang sebaiknya. kalau tak, mulut mudah benar nak berungut itu ini kan. ~diri ini kadang2 terlepas juga cek nob. sama2 kita beringat. InsyaAllah semgoa diampuniNya.

kamu take care ya :)

nobody said...

eh. takpelah dear.
tahu je.


tapi tak salah kan rase pedas?
saje2 rase biar ingat dalam otak ^^
diri ni bukan bagus sangat pun :p
biar setiap ingatan kengkawan tu jadi panduan :)

ehehe...
k baby
nak kena study dah :)

take care ^^

s a r said...

alamak baby ke? ~ahah. boleh jadi mama baby dah. ahah

study molek2 kamu. :)

take care kembali :)

hansuke said...

salam.

"Orang kata, dah bagi kaki, nak wing pula". macam aku kenal je ayat ni..hehe~

wei..sekelip mata je follower ko dah cecah 50 lebih. bagus2..ko berjaya kalahkan aku..:) tapi takpe, follower tu tak penting, dakwah itu yang diutamakan.

teruskan usaha cik sar..:)

aku tak nak komen banyak, sebab ko dah sentuh banyak pasal bersyukur..alhamdulillah.

neway, ko aper citer skang? kije ke melangut? haha~

s a r said...

waalaikumussalam encek :D

~erk. kenal ke? ahah

~bukan ku pinta. alhamdulillah :)

~thanks a lot beb~ eh, teringat pulak, kaw dulu selalu kata aku ni mudah sangat nak ucap terima kasih. hmm, ada perkataan lain ke yang boleh tukar. :p

~ :)

~ diam-diam. tengah hibernate. tengah buat terapi hormon, mental dan telinga untuk mendengar kritikan dan tomahan orang yang tak faham apa yang aku rasa! ~ahah
aku juga sedang melakukan tugasan harian dengan tenang, tabah dan lebih ikhlas. :p

eh, kaw exam dah ke?