Saturday, June 25, 2011

Itukah lelaki sebenarnya?

Assalamualaikum. :)

hmm, kali ni topik nak membela sikit. ~eheh. Harap kaum Adam tidak ada yang terasa mahupun berkecil hati juga berdendam bengang dengan aku. Just my opnion ok! :p

Perbualan lantang menusuk ke gegendang telingaku pada suatu hari membuatkanku terfikir, menung jauh masa depanku nanti :p :

"Bro, kalau kaw nak setia pada seorang je susahlah bro. Kaw tengok muka dia, dia tengok muka kaw. Penatlah bro kalau macam tu je..." 

Mula-mula sekali, aku nak kata macam ni : HELLO! ITUKAH PERANGAI LELAKI SEBENARNYA?? Ok fine, aku tahu, bukan semua begitu, malah ada lagi yang masih mulia hatinya dan tidak akan memperlakukan sebegitu. Cuma untuk menjumpai yang sebegitu dicelahan kaum Adam yang terpesong dalam dunianya sendiri agaklah payah.

Hmm. Henti-hentikanlah kepada yang berperangai sedemikian. Jangan nak mainkan hati dan perasaan orang je. Mentang2lah kaum Hawa ada saja di depan mata. Tapi tu bukan kredit untuk mainkan perasaan orang! Ok fine, aku taknaklah tegur lebih-lebih pasal perangai lelaki yang berperangai sedemikian. "Istilah COUPLE" pun takda dalam Islam. Apa kes aku nak emosi terlebih pasal benda ni kan. Kalau dah kahwin, lainlah cerita kan.


"Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai)...." 
(An-nisa':128)


Aku teringat sebuah kisah sahabatku. Dia cantik (cukup pakejlah dengan erti kata lainnya), seorang anak lelaki yang comel sangat. Tapi husband dia? Hmm, sesuka hati je dok bersuka hati dengan gurl lain. Alahai!!! Apa entah yang tak cukup lagi. Astaghfirullah... tak bersyukurkah apa yang dimiliki?? Haish! Ada satu tu pulak, husband baik dah. Wife pulak buat hal. Alahaii...

Bersyukurlah anda... bersyukurlah anda... bersyukurlah anda... bersyukurlah anda dengan apa yang dimiliki...

Hmm. aku taknaklah komen panjang-panjang pasal benda ni. Sebenarnya bila dah dewasa boleh befikir pun cara dewasa. Bukan fikir macam budak sekolah tak cukup umur. Aku tak salahkan kaum Adam. Kadang-kadang kaum Hawa pun sama juga ada yang macam ni. Tak perlu nak tunding jari pada sesiapa kalau berlaku sedemikian rupa. Berbalik semula kepada diri sendiri. Soal balik diri tu sendiri.

~bahagia sangat ni! :p -gambar hiasan

Tetiba kurasakan ketidaklayakan ku untuk membebel hal-hal rumahtangga ni kan. Maaf andai ada kesilapan. Al-maklumlah, pengalaman takda. ~eheh

16 comments:

Wan said...

hi lagi cik sar :)

sy pun tak pandai bab2 kawen ni sbb takde pengalaman lagi ..cuma setuju ngan cik sar..kita kena selalu bersyukur..

eh..takde gamba meow meow dh..kali ni gamba aummm terus..garang tu..hihi

s a r said...

hi lagi encek wan juga :D

yup, bersyukur, redha dan terima seadanya. :)


~ahaha. u make me laugh la encek wan. ~lagi lawak dari jozan semalam :p

ada gambar meow meow. tapi takda yang couple kiut cam ni. eheh. ni aummm ni nampak je garang, tapi kiut. ehehe

Bawang Goreng said...

Salam...

Perempuan lebih ramai tu tak berapa tepat...

NISBAH JANTINA - Nisbah jantina bagi Malaysia pada keseluruhannya menunjukkan terdapat 105 lelaki bagi setiap 00 perempuan. Antara negeri yang menunjukkan trend nisbah jantina yang lebih tinggi daripada nisbah nasional ialah Johor (112), Pahang (111), Negeri Sembilan (107) dan Sabah (106). Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan nisbah jantina yang terendah iaitu 88 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Rujuk : Statistics.gov.my

Anonymous said...

salam.

kak sar bila nak kahwin ?

:P hehe~

Anonymous said...

Laki pompuan saling melengkapi...ada kekurangan dan kelebihannya dan kena hargai jgk pasangan kita.

Kalau dh jenis gatal, xleh nak kata apa dah. ha3

iyan shazlind said...

takdak yg sempurna didunia ni...so sebagai insan yg ingin hidup berpasangan secara bahagia berpanjangan...jgn mencari kekurangan pasangan utk dijadikan sebab utk mencari yg lain...tp kena sama2 melengkapi..baru la bahagia...(ini juga pandangan dari sy = yg kurang berpengalaman ni) hehehe

nurul said...

salam..sar..
semalam ak dengar tazkirah kat masjid..teringat pulak ustaz tu cakap kalau kita buat semata nak dapat redha Allah,semata2 kerana Allah,xdelah istilah boring dalam pasangan suami isteri ni.. -)

hansuke said...

salam.

hakikatnya memang ramai la lelaki macam yang ko sebut tu skang, tapi bukan sekarang je malah sejak dari dulu lagi.

dari mana kita nak mula sebenarnya? bagi aku agama. sebab kurang ilmu agama maka tak tau apa yang boleh dan tak boleh. masa sejak couple lagi pon dah tak tahu, dan tak pernah pon rasa nak tahu islam kata apa, Allah nak macam mana kalu dah bernikah. kalu dari awal dah tak tahu, bila kawin sebab tu jadi macam-macam tu.

islam dah cantik dah, semua merangkumi semua perkara seorang manusia perlu tahu. contohnya dalam perkahwinan, berkahwin tu un tuk apa? kerana apa? tugas suami macam mana yang Allah redhai? dan seorang isteri pula macam mana yang Allah redhai? persoalan2 kebanyakkan orang islam lupa nak tanya sebab kurangnya ilmu agama itu sendiri.

tapi kebanyakkan manusia tak tahu sebab tak nak amik tahu pon, maka terjadi la cerai berai, sebab masa bercinta sampai la masa lepas bernikah hanya kerana nafsu dan bukan kerana Allah swt. jika bukan kerana Allah dan bukan kerana agama-Nya, maka tak mungkin akan kenal dunia akhirat.

wallahua'lam.

sekian pendapat dari aku..:)

s a r said...

*cek iyan shazlind>

betul, memang tiada yang sempurna dalam dunia ni. untuk ada rasa penerimaan atas segala kekurangan dan kelemahan pasangan, we should ada pegangan yang betul juga kan.

thanks :)


*cek dreamyguirl>

waalaikumussalam beb :)
betul tu beb. aku pun pernah dengar pasal redha Allah tu. thanks beb :)

s a r said...

*encek hansuke>

~terima kasih atas pendapat anda yang sangat manarik ini.

setuju!

kata2 mu itu mencetus pula idea lain ni. hmm, menarik. mohon pinjam seandainya ku keluarkan semula kata2 mu itu ya. :D

yang pasal sabar tu pun, aku lupa nak kasi tau kaw tapi aku dah publish. mintak halal kawan :)

s a r said...

*cek onion :)

terima kasih atas fakta tu cek onion :) i really appreciate it! :)


*encek mohd yusuf

~ahaha, yang gatal memang tak boleh nak handle dah :D

s a r said...

*cek lyana>

waalaikumussalam

~amboi soalan cek lyana. cepuberlian punya soalan ni. :p

tapi ku jawab juga. :)

~seru tak sampai, calon samar2 bayangan, and perasaan tu belum cukup sepenuhnya. :D

RuMaH TuA said...

Setuju. (^-^)

s a r said...

:)

thanks sebab sudi ke mari :)

liyana said...

kesetiaan tu pntg..

s a r said...

yup. itulah yang terbaik. InsyaAllah, segalanya lebih diberkati nanti. :)